Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta vios

Saiz bateri kereta vios. Bateri kereta apakah yang sesuai digunakan oleh sebuah kereta jenama toyota vios ? Apakah saiz bateri kereta yang boleh digunakan oleh kereta vios ini ?

Penggunaan bateri kereta sememangnya alat yang sangat penting yang mampu menyimpan tenaga elektrik di dalamnya. Apabila anda memerlukannya lebih-lebih lagi pada waktu ingin start enjin kereta, maka bateri kereta akan berfungsi dengan mengalirkan cas elektrik kepada starter dan berlakulah penghidupan enjin.

Jadi, apabila tiba masanya bateri kereta anda hampir nak lemah atau telah pun kong, maka penukaran kepada bateri kereta baru adalah diwajibkan tanpa anda lengahkan lagi.

Anda masih mempunyai pilihan lain iaitu dengan mengecas bateri kereta. Namun, ianya perlu betul-betul anda kenal pasti terlebih dahulu sama ada tarikh penggunaan bateri tersebut adalah masih belum mencapai kebiasaan.

Sekiranya telah melebihi tempoh sepatutnya, anda perlu segerakan penukaran bateri kereta vios yang baru.

Bateri kereta toyota vios

Ada beberapa generasi kereta toyota vios yang terdapat di atas jalan raya sekarang. Ianya masih digunakan walaupun generasi pertama vios itu dibawa masuk ke dalam negara pada tahun 2005. Versi generasi vios yang pertama ini dikenali sebagai NCP42 (facelift).

Selain itu, turut masih didapati masih banyak digunakan oleh pemilik kereta vios adalah generasi kedua atau digelarkan orang ramai sebagai vios dugong. Ianya bermula pada tahun 2007 dan model ini dikenali sebagai NCP90 atau NCP93.

Seterusnya, model vios generasi ketiga digelarkan sebagai vios keli oleh orang ramai. Model vios NCP150 ini juga turut mendapat sambutan ramai dengan semenjak ianya dilancarkan pada tahun 2013. Setelah itu, model facelift pula bermula pada 2019 hingga 2021.

Kemudian, barulah pengenalan kepada generasi baru iaitu keempat dengan modelnya dikenali sebagai AC100.

Kesemua model di atas boleh dikatakan menggunakan bateri toyota vios yang sama. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih teliti mengenai bateri kereta vios yang sesuai dengan model vios anda.

saiz bateri kereta vios

Jenis bateri kereta vios

Sememangnya apabila nak perkatakan tentang jenis bateri kereta vios manakah sesuai untuk anda gunakan adalah bergantung kepada individu atau pemilik itu sendiri.

Berdasarkan aku sebagai pemilik sebuah kereta vios ncp150 yang mempunyai pengalaman sendiri menukar bateri kereta vios akan memilih bateri kereta jenis kering.

Bateri jenis kering amat sesuai dengan cara penggunaan aku yang sibuk dan kadang tiada masa dalam membuat maintain pada bateri kereta. Jika aku memilih bateri kereta basah pada kereta vios aku, maka sedikit perhatian perlu diberikan pada bateri kereta vios bagi mengelakkan ianya tiba-tiba bertukar menjadi lemah saat anda sibuk dengan kerja semasa.

Anda sendiri boleh bandingkan bateri kereta kering vs bateri kereta basah sebelum membuat pilihan yang tepat. Ada juga kelebihan untuk bateri kereta basah vios dimana ianya memberikan ketahanan yang lebih dibandingkan bateri kering vios.


Saiz bateri kereta vios

Saiz bateri vios juga menjadi persoalan dan ketidakpastian apabila ianya perlu ditukar selang 2 hingga 3 tahun sekali. Di artikel inilah boleh anda jadikan panduan untuk mengingatkan anda semula bateri toyota vios yang manakah perlu dibeli oleh anda.

Oleh itu, pastikan saiz bateri kereta vios yang anda bakal gunakan adalah seperti berikut :

  1. NS60
  2. NS60L
  3. 50B24L
  4. 55B24L
  5. 65B24L

Pastikan anda membuat checking pada kod bateri di atas agar ianya sesuai dengan bateri kereta vios anda. Semakin besar bacaan di hadapan maka semakin tinggi jumlah aH dibekalkan kepada kereta vios anda.

Namun, untuk kod B24L perlu dikekalkan kerana ianya merupakan saiz bateri kereta vios yang sepatutnya berdasarkan dimensi (panjangxlebatxtinggi). Manakala, huruf L dibahagian belakang mewakili kedudukan terminal positif(merah) pada bateri vios yang terletak di sebelah kiri.

Cara tukar bateri kereta vios

Berikut merupakan aturan bagaimana anda nak tukar bateri kereta vios secara sendiri di rumah :

  1. Pastikan enjin kereta vios dihidupkan.
  2. Buka bonet depan kereta vios.
  3. Pastikan kedudukan bateri vios di sebelah kanan.
  4. Buka pengikat bateri kereta(jika ada)
  5. Longgarkan skru pada wayar hitam (negatif) terlebih dahulu can cabut dari kedudukan terminal bateri.
  6. Diikuti skru pada wayar merah (positif) dan cabut dari kedudukan terminal
  7. Bawa keluar bateri kereta vios yang lama.
  8. Masukkan bateri vios yang baru berdasarkan kedudukan terminal positif disebelah kiri dan negatif di sebelah kanan.
  9. Pasang semula wayar merah (positif) pada terminal bateri positif.
  10. Kemudian, diikuti dengan pasang wayar hitam (negatif)
  11. Apabila sudah dimasukkan kedua wayar dengan kemas ke dalam terminal bateri kereta, maka anda boleh ketatkan kedua skru dengan baik.
  12. Pasang semula pengikat atau pemegang bateri kereta dengan kemas.
  13. Hidupkan enjin kereta vios.
  14. Selesai.

Teknik di atas merupakan teknik asas bateri pemasangan bateri kereta secara diy. Jika anda dalam keraguan, maka elakkan dari tukar bateri kereta vios secara sendiri untuk mengelakkan sebarang masalah.

One thought on “Saiz bateri kereta vios

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *