Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta wira

Saiz bateri kereta wira . Berapakah saiz bateri kereta yang sesuai untuk anda yang ingin menukar baru bateri kereta wira yang telah pun lemah atau telah pun habis atau kong ?

Apabila anda sedang mengalami kehabisan bateri kereta bagi kereta wira anda, anda mungkin terlupa akan bateri kereta wira manakah yang sesuai untuk anda miliki bagi menggantikan bateri wira yang baru.

Di artikel ini, anda akan dapati beberapa maklumat yang utamanya adalah tentang saiz bateri kereta wira. Kebanyakkannya kereta wira yang digunakan di atas jalan raya sekarang menggunakan enjin 1.5cc.

Namun, masih juga terdapat kereta wira yang menggunakan enjin 1.3cc yang juga 1.6cc serta 1.8 (convert) yang dimiliki oleh pemiliknya.

Berdasarkan rujukan yang sama, anda juga boleh mengenal pasti saiz bateri wira yang sesuai dipilih. Dan dapat mengelakkan anda membuat kerja banyak kali disebabkan memilih saiz bateri wira yang salah.

Apakah terdapat beza dari segi penggunaan saiz bateri kereta wira berdasarkan cc enjin ?

Memandang kereta proton wira pada ketika dahulu mengeluarkan beberapa spec dan enjin seperti 1.3cc, 1.5cc, 1.6cc dan juga terdapat 1.8cc setelah diubah suai enjinnya, anda mungkin agak sedikit pening bateri kereta wira apakah yang sesuai anda gunakan.

Sebenarnya tiada beza pun dari segi ukuran bateri kereta wira anda berdasarkan cc enjin. Dimensi bateri kereta wira adalah sama dari segi panjang, lebar dan juga tinggi.

Namun, terdapat had minimum bacaan kuasa (aH) yang sesuai bateri kereta wira anda guna berdasarkan perbezaan cc enjin. Contohnya bateri kereta wira 1.5 sesuai menggunakan saiz bateri kereta wira 1.5 yang mempunyai kod NS60 atau NS60S.

Secara minimumnya untuk saiz bateri wira 1.3 yang mempunyai cc paling rendah juga turut menggunakan saiz yang sama seperti bateri kereta wira 1.5.

saiz bateri kereta wira

Berapakah saiz bateri kereta wira yang sesuai digunakan oleh setiap cc kereta wira ?

Berikut merupakan saiz bateri wira berdasarkan cc enjin yang boleh anda jadikan rujukan :

Saiz bateri kereta wira 1.3

Kod bateri kereta yang boleh anda beli adalah berdasarkan saiz bateri wira. Oleh itu, saiz bateri wira 1.3 yang sesuai anda gunakan adalah NS60 dan juga NS60S. Namun, terdapat rujukan kod bateri yang lebih teliti iaitu 46B24R merupakan bateri kereta wira yang sesuai anda gunakan untuk 1.3cc ini.

Saiz bateri kereta wira 1.5

Manakala, saiz bateri kereta wira 1.5 juga turut sama dengan saiz bateri wira 1.3 iaitu 46B24R. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan saiz bateri wira 1.5 yang sama, namun membekalkan kuasa yang lebih seperti 55B24R kepada kereta wira 1.5 anda.

Antara jenama bateri yang dijual di pasaran untuk kod bateri 55B24R adalah bateri wira amaron yang lebih spesifik namanya adalah Amaron Hi-Life.

Pilihan di tangan anda sama anda nak beli bateri kereta yang lebih berkuasa atau tidak. Perlu diingatkan agar setiap harga bateri kereta wira adalah tidak sama merujuk kepada jumlah kuasa yang dibekalkan.

Saiz bateri kereta wira 1.6

Pilihan bagi anda yang memiliki kereta wira 1.6cc pula boleh memilih saiz bateri wira 1.6 yang merujuk kepada kod bateri iaitu 46B24R dan juga 55B24R. Seeloknya anda menggunakan kuasa yang lebih seperti 55B24R yang lebih tahan sesuai dengan saiz enjin kereta wira anda.

Untuk penjimatan memang tiada masalah untuk anda memilih saiz bateri kereta wira 1.6 yang mempunyai kod seperti 46B24R kerana ianya lebih murah.

Saiz bateri kereta wira 1.8

Amat jarang sekali kereta seperti wira 1.8cc ini sebenarnya terdapat di atas jalan raya. Namun, ianya tetap ada disimpan oleh para peminat kereta proton wira tersebut. Saiz bateri wira 1.8 yang sesuai digunakan oleh kerana anda adalah disarankan NS70 atau NS70S.

Namun, bateri wira ns70 ini agak berbeza sedikit. Dimensinya pula melebihi daripada biasa iaitu D26R. Jika belum diubah suai, anda masih boleh menggunakan dimensi bateri B24R, tetapi darisegi kuasanya akan terhad.

3 thoughts on “Saiz bateri kereta wira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *