Bila perlu tambah air bateri kereta ?
Bila perlu tambah air bateri kereta. Apakah jangka masa bagi anda yang menggunakan bateri kereta jenis basah untuk tambah air bateri kereta ?
Sudah tentu air bateri kereta perlu ditambah ke dalam bateri kereta jenis basah setelah ianya menjadi kering. Jangan anda salah sangka. Air bateri kereta juga akan turut kering oleh sebab-sebab tertentu yang akan kita bincangkan sebentar lagi.
Keperluan bagi anda mengisi atau menambah air kereta perlu dijadualkan supaya anda tidak terlepas pandang. Hal ini demikian, lebih-lebih lagi bagi anda yang baru saja mencuba menggunakan bateri kereta basah.
Kebanyakkan pengguna kepada bateri kereta basah gagal mewujudkan jadual dan mengikuti jadual sekiranya ianya sudah dibuat. Hal ini juga kerana, penjadualan bagi mengisi air bateri kereta hanya disimpan di dalam minda sahaja bukan di tempat-tempat yang penting.
Apa yang perlu dibuat bagi tidak terlupa bila perlu tambah air bateri kereta ?
1. Wujudkan jadual mudah bila perlu tambah air bateri kereta
Jadual yang kita maksudkan disini bukanlah perlu sediakan buku dan catit masa bila perlu tambah air bateri kereta.
Namun, perlu diingatkan mengisi air bateri kereta adalah perkara penting perlu dilakukan kepada anda yang menggunakan bateri kereta basah. Apa yang kita cadang untuk lakukan antaranya adalah mewujudkan sticker seperti sticker minyak hitam kereta anda.
Lekatkan pada bahagian bersebelahan sticker minyak enjin atau minyak hitam kereta anda. Anda boleh dapatkan sticker kecil ini hanya di kedai peralatan tulisan atau mana-mana kedai runcit jika dijual.
Tuliskan bila tarikh kali terakhir anda mengisi air bateri kereta. Di situ anda boleh jadikan sebagai peringatan supaya tidak terlepas tempoh tertentu tambah air bateri kereta.
2. Setkan alarm pada tarikh tertentu bila perlu tambah air bateri kereta
Zaman sekarang semua orang tidak terlepas dari memegang telefon pintar. Disebalik telefon pintar tersebut terdapat kemudahan pada kalender yang boleh anda tetapkan peringatan di dalamnya.
Contohnya jika anda baru sahaja mengisi air bateri kereta, setkan alarm 5 bulan dari tarikh tersebut untuk mengingatkan bila perlu tambah air bateri kereta seterusnya.
Gunakan kemudahan ini dengan baik. Mungkin ada orang pandang perkara ini remeh, namun sangat membantu dari mengelakkan air bateri kereta anda menjadi kering.
Baca juga : Cara isi air bateri kereta
Masa yang sesuai bila perlu tambah air bateri kereta
Di bawah terdapat 3 jangka waktu yang boleh anda rujuk pada bateri kereta basah anda dalam mengikuti jadual bila perlu tambah air bateri kereta :
1. Air bateri kereta kurang dari tahap maksimum
Untuk kes ini, jika anda perhatikan pada bahagian tepi bateri kereta basah anda, terdapat tahap air bateri kereta atau water level yang disediakan.
Di situlah anda membuat rujukan sekiranya air bateri kereta anda berkurang sedikit atau pun masih berada di tahap maksimum.
Jika air bateri kereta sudah di bawah paras maksimum, maka tambah air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maksimum yang disediakan.
2.Air bateri kereta ditahap kering
Sudah semestinya jika anda melihat menerusi pandangan melalui lubang air bateri kereta dan dapati ianya telah kering, anda wajib cepat-cepat tambah air bateri kereta.
Jika masih dibiarkan air bateri kereta menjadi kering, bateri kereta anda pasti akan menjadi rosak dan tidak berfungsi dengan baik apa lagi tahan lama.
Tambah air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maksimum pada setiap lubang air bateri kereta anda.
3.Air bateri kereta tidak stabil pada setiap bahagian
Namun, terdapat juga kes air bateri kereta pada setiap bahagian lubang air bateri kereta tidak sekata. Ada bahagian berada di tahap kering, manakala bahagian seterusnya separuh serta seterusnya kering kontang.
Jadi, perhatikan baik-baik pada kesemua bahagian lubang air bateri kereta dan tambah air bateri kereta dengan merujuk takat water level yang disediakan sehingga ianya mencapai tahap maksimum.
Pingback: Cara isi air bateri kereta - Mekanikakereta