Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jangka hayat bateri kereta bezza

Jangka hayat bateri kereta bezza. Berapa lamakah sesuatu jangka hayat bateri kereta untuk kereta bezza dapat anda gunakan bermula dari ianya mula dibeli ?

Kereta perodua bezza merupakan antara kereta yang menjadi pilihan ramai di negara kita. Sudah tentu penggunaan kereta bezza akan berkait rapat dengan topik ini iaitu berkaitan bateri kereta bezza.

Anggaran kepada jangka hayat bateri kereta bezza boleh anda ketahui dan dapat anda agak sekiranya anda selesai membaca artikel ini.

Justeru, manfaat kepada jangka hayat bateri kereta bezza sudah pasti anda mampu mengelak dari kereta anda berlaku tiba-tiba tidak boleh start walau dimana anda berada.

Perkara inilah kita nak elakkan agar kerja-kerja hakiki anda tidak tertangguh pada hari tersebut. Ada antara kita nak ke tempat kerja namun kereta tak boleh start. Manakala, ada juga suri rumah nak ambil anak di sekolah mengalami kereta breakdown sewaktu dalam perjalanan.

Contoh di atas inilah kita nak cegah supaya anda tidak panik mengapa tiba-tiba kereta tidak boleh dihidupkan. Hal ini kerana, jangka hayat bateri kereta bezza anda telah pun tiba masanya.

jangka hayat bateri kereta bezza
Jangka hayat bateri kereta bezza

Berapa lama jangka hayat bateri kereta bezza ?

Anda sebagai pemilik kereta bezza terutamanya yang baru beli kereta ini adalah sesuai untuk mengetahui jangka hayat bateri kereta bezza.

Untuk yang dah lama menggunakan kereta bezza juga turut sesuai bagi mengetahui apakah sebab sekiranya bateri kereta yang sedang digunakan itu cepat habis atau melebihi tempoh yang akan diberikan ini.

Jangka hayat bateri kereta bezza kebiasaannya adalah bermula dari 2 tahun hingga 2 tahun setengah.

Sekiranya melebihi 2 tahun setengah atau di bawah 3 tahun itu juga turut biasa. Namun, untuk 3 tahun ke atas itu adalah luar biasa sebenarnya.

Bagaimana jika jangka hayat bateri kereta bezza kurang dari 2 tahun ?

Situasi jangka hayat bateri kereta bezza di bawah 2 tahun adalah bukan kebiasaan. Jika anda mengalami perkara ini, jangan biarkan ianya berlarutan.

Ada kemungkinan terdapat masalah yang berkait rapat dengan bateri kereta anda. Contohnya seperti alternator. Rujuk kepada bengkel kereta yang boleh anda percayai untuk check alternator adakah ianya masih berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Bukan sekadar itu, kita lihat juga pengalaman yang pernah berlaku semasa menggunakan bateri kereta bezza. Ada yang pernah terjadi kes terbuka lampu kereta tanpa disedari semasa kereta ditinggalkan.

Ada juga kes yang suka membuat tambahan aksesori kereta. Jangan hairan kerana ianya memberi kesan terhadap jangka hayat bateri kereta bezza anda.

Hal ini kerana, jika membuat tambahan aksesori yang berkait rapat dengan wiring dan bateri kereta anda secara berlebihan pasti akan ada perubahan kepada situasi ini.

Mengapa jangka hayat bateri kereta bezza boleh melebihi 3 tahun penggunaan ?

1. Cara anda menggunakan kereta

Jika diikutkan, kekerapan anda menggunakan kereta tersebut akan menyebabkan bateri kereta bezza itu bertahan lebih lama dibandingkan dengan kereta hanya parking sahaja di rumah.

2. Penjagaan servis kereta bezza

Sekiranya anda sering terlepas waktu servis kereta bezza ini, maka penggunaan bateri kereta anda adalah di tahap optimum. Jadi, jangka hayat bateri kereta bezza akan turut berkurangan.

Manakala, jika anda menjaga servis kereta terutamanya minyak enjin atau minyak hitam dengan baik. Pasti bateri kereta bezza anda akan digunakan dengan cermat dan sederhana. Jangka hayat bateri kereta bezza akan turut memberi kesan iaitu lebih bertahan lama sehingga mampu mencapai lebih 3 tahun.

2 thoughts on “Jangka hayat bateri kereta bezza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *