Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jangka hayat bateri kereta Viva

Jangka hayat bateri kereta viva. Adakah jangka hayat bateri kereta bagi sesebuah kereta terutamanya kereta perodua viva mampu bertahan lama atau sebaliknya ?

Siapa yang tidak kenal lagi kereta perodua viva suatu ketika dahulu menjadi pilihan ramai pembelinya selepas kereta perodua kancil.

Kalau dibandingkan, kereta viva ini mempunyai kelebihan sedikit dari segi ruang dalaman dan enjinnya yang mempunyai 3 pilihan. Pengenalan kepada enjin 1000cc adalah satu kelebihan yang menandakan produk tempatan ke arah kemajuan.

Walaupun keseluruhan berat bagi sebuah kereta viva adalah kecil, pemilihan ramai terhadap 1.0cc mendapat sambutan hangat dan positif. Namun, adakah jangka hayat bateri kereta viva ini turut memberikan penjimatan malah turut tahan lebih lama ?

Adakah jangka hayat bateri kereta viva tahan lama ?

Berdasarkan apa yang pernah dilalui, jangka hayat bateri kereta viva adalah bermula dari 2 tahun setengah hingga 3 tahun bagi setiap bateri kereta viva yang digunakan.

jangka hayat bateri kereta viva
Jangka hayat bateri kereta viva

Walaupun saiz bateri kereta untuk kereta viva ini kecil, jangan anggap ianya tidak tahan bagi tempoh yang lama. Bagi setiap bateri kereta viva, mampu digunakan lebih lama dibandingkan kereta-kereta bersaiz lebih besar.

Apakah faktor kepada jangka hayat bateri kereta viva akan bertahan ?

Walaupun umur kereta viva hampir mencecah 2 dekat, ianya tetap gagah dan boleh digunakan seperti keadaannya baru beli di pusat servis perodua.

Namun, perbezaannya adalah bergantung kepada cara penjagaan pemiliknya. Jika baik penjagaannya, maka baguslah bagi jangka hayat bateri kereta viva untuk terus berkhidmat kepada tuannya.

1.Penjagaan bateri kereta viva

Jika anda menggunakan bateri kereta viva jenis kering, penjagaannya tidaklah susah. Sepanjang anda gunakannya, sesekali anda hanya perlu membuka bonet dan memerhatikan pada bateri kereta viva itu adakah terdapat serbuk atau kekotoran pada terminal bateri kereta viva.Buat pembersihan pada kawasan terminal bateri kereta itu.

2. Penjagaan servis kereta viva

Jangan sesekali anda tidak mengikut jadual servis kereta viva anda. Walaupun anda servis kereta di luar dari pusat servis perodua, paling penting adalah anda menjaga tukar minyak enjin kereta viva dengan tepat pada masanya.Penjagaan servis kereta viva akan mempengaruhi jangka hayat bateri kereta viva ini.

3. Ubahsuai dalaman aksesori kereta viva

Teknologi dalaman pada kereta viva tidaklah banyak menggunakan tenaga elektrik. Namun, sekiranya anda membuat ubahsuai berkait rapat dengan wiring dalaman kereta viva, maka jangka hayat bateri kereta viva akan berkurangan dari biasa.

Contohnya sebelum ini anda gunakan bateri kereta viva tahan sehingga 3 tahun, namun bila dah buat ubahsuai dalaman, bateri kereta viva anda hanya tahan hanya 2 tahun sahaja.

One thought on “Jangka hayat bateri kereta Viva

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *