Lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin
Lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin. Apakah tanda sekiranya anda mengalami masalah lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin ?
Adakah perkara ini merupakan masalah bateri kereta itu sudah menandakan ianya lemah atau hampir kehabisan ?
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya menghadapi masalah lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin ini ?
Bagaimanakah untuk anda mengelakkan dari lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin kereta ini berlaku lagi pada masa akan datang ?
Ikuti artikel ini bagi penjelasan tentang lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin yang sedang berlaku kepada anda.
Apakah sebabnya lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin ini terjadi ?
Mekanisma semasa ingin menghidupkan enjin kereta perlu melalui beberapa langkah. Bermula dari “LOCK” kepada “ACC” kemudian “ON” dan seterusnya ke “START”.
Seperti yang kita tahu lock itu bermaksud stering kereta anda berada pada keadaan dikunci sebaik sahaja anda mencabut kunci kereta. Pada keadaan lock ini, tiada sebarang nyalaan pada paparan meter kereta. Ini menandakan kereta anda adalah selamat untuk ditinggalkan.
Manakala, pada acc pula bermaksud aksesori. Ketika anda menghalakan kunci dari lock ke acc, maka hanya aksesori seperti radio sahaja yang boleh berfungsi. Tiada nyalaan lampu pada paparan meter kereta juga ketika kunci ke arah acc ini.
Seterusnya, pada butang on pula mempunyai 2 fungsi. Untuk pertama kali kunci diarahkan kepada on, enjin kereta tidak dihidupkan lagi ketika ini. Namun, ada terdapat beberapa nyalaan lampu pada paparan meter kereta anda.
Fungsi kedua pula sebaik sahaja kunci kereta anda diarahkan kepada start. Dari start ini pula akan berbalik semula kepada on sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan. Namun, berbeza pula nyalaan lampu paparan meter pada peringkat pertama dan kedua ini. Yang kedua ini tidak sama seperti nyalaan yang pertama.
Bagi menjawab persoalan mengapa lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin ini adalah kerana anda berada pada peringkat pertama kunci diarahkan pada ON. Paparan nyalaan lampu pada meter kereta akan menunjukkan simbol bateri kereta itu menyala.
Namun, bukan lampu bateri kereta sahaja yang menyala, ada terdapat beberapa lagi nyalaan lampu yang turut menyala seperti check light enjin, airbag serta simbol takat minyak enjin(simbol teko).
Adakah tanda lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin berbahaya ?
Nyalaan lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin merupakan persediaan bagi bateri kereta sebelum ianya berfungsi menghidupkan enjin kereta.
Tiada sebarang tanda berbahaya sekiranya anda menghadapi perkara ini. Bacaan dan nyalaan itu tidak perlu anda risaukan kerana setiap kereta semuanya akan berfungsi secara demikian.
Yang penting pastikan lampu bateri kereta menyala sebelum enjin kereta anda dihidupkan. Jika enjin sudah dihidupkan, kemudian lampu bateri kereta masih menyala, itu barulah tanda yang bateri kereta anda perlu segera anda check.
Bagaimana pula jika lampu bateri kereta menyala sebelum start enjin bagi kereta yang menggunakan push start button ?
Sistem kereta yang menggunakan push start button adalah hampir sama dengan kereta yang menggunakan kunci bagi menghidupkan enjin kereta.
Jika anda menekan sekali, maka lock kepada kereta tersebut akan di nonaktifkan. Seterusnya anda menekan kali kedua butan push start tersebut, maka lampu pada paparan meter kereta anda akan menyala termasuk lampu bateri kereta.
Manakala, jika anda terus menghidupkan enjin kereta dengan cara menekan pedal brek dan menekan sekali push start button, maka anda tidak akan melalui proses seperti di atas. Ianya akan terus menghidupkan enjin kereta anda.
Baca selanjutnya : Lampu bateri menyala
Pingback: Kenapa lampu bateri kereta menyala ? - Mekanikakereta