Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jangka hayat bateri kereta basah

Jangka hayat bateri kereta basah. Apakah bateri kereta jenis basah itu mempunyai jangka hayat bateri kereta yang tahan lama untuk digunakan bagi sesebuah kereta ?

Bateri kereta basah merupakan antara pilihan yang boleh dipilih oleh pemilik kereta. Di sebalik perbezaan jenis bateri kereta ini, bateri kereta jenis basah ini pasti mempunyai kelebihannya.

Namun, ianya juga tetap masih mempunyai sedikit kekurangan. Namun, tidaklah memberikan masalah besar sekiranya anda sebagai pengguna sudah tahu cara penjagaan bateri kereta basah ini.

Justeru, bagi jangka hayat bateri kereta basah juga sangat mempengaruhi mengapa pemiliknya ingin memiliki bateri kereta jenis basah ini. Ianya terletak kepada pengetahuan sebenarnya, kemudian barulah anda membuat keputusan untuk membeli bateri kereta jenis basah ini.

jangka hayat bateri kereta basah
Jangka hayat bateri kereta basah

Berapa lamakah jangka hayat bateri kereta basah sebenarnya ?

Jangka hayat bateri kereta basah ini adalah mengikut pengalaman aku sendiri yang masih sedang menggunakan bateri kereta jenis basah pada kereta myvi aku.

Setakat ini ketahanan bagi bateri kereta jenis basah ini adalah sangat memuaskan. Walaupun ini merupakan kali pertama aku gunakan bateri kereta jenis basah, tahun ini sudah memasuki tahun ke 3 aku menggunakan bateri kereta basah tersebut.

Kalau aku menggunakan bateri kereta jenis kering sudah pastu masuk tahun kedua dah nak kena beli bateri kereta baru. Tetapi kali ini berbeza pula kerana jangka hayat bateri kereta basah yang sedang aku gunakan sudah mencapai bulan ke 36 atau tahun ke 3.

Ianya masih lagi tidak menimbulkan sebarang tanda-tanda nak lemah atau kehabisan langsung. Bahkan, seperti terasa menggunakan bateri kereta basah yang baru dibeli.

Bilakah jangka hayat bateri kereta basah ini perlu ditukar kepada baru ?

Berdasarkan penggunaan bateri kereta basah ini masih lagi berkuasa dan tidak menimbulkan sebarang masalah untuk ianya perlu ditukar kepada baru.

Jadi, jangka hayat bateri kereta basah ini aku anggarkan sehingga mencapai 4 tahun penggunaan. Kemudian, barulah aku berhasrat tukar kepada bateri kereta yang baru.

Jika gunakan bateri kereta basah yang terlalu lama pasti berasa tidak sedap pula hati lebih-lebih lagi aku yang selalu melakukan pemanduan jarak jauh. Sebarang masalah jika tiba-tiba bateri kereta basah ini akan kong juga akan aku dapat elakkan dari awal.

Justeru, penggunaan sehingga tahun ke 3 pun sudah berpuas hati bagi aku. Cumanya bila nak dapatkan jangka hayat bateri kereta basah yang baik memerlukan sedikit penjagaan secara berkala namun ianya tidak lah menyusahkan langsung.

Apakah cara penjagaan bagi mendapatkan jangka hayat bateri kereta basah yang bagus ?

Seperti yang aku katakan terdapat penjagaan bagi mendapatkan jangka hayat bateri kereta basah yang mampu bertahan lama. Ianya adalah hanya penjagaan air bateri kereta bagi bateri kereta basah anda.

Penjagaan air bateri kereta perlu didahului dengan membuat cek air bateri kereta mengikut jadual. Jadual yang dikatakan tidaklah terikat pada mana-mana cara. Namun, jadual ini perlu anda lakukan supaya anda tidak terlepas dari mengalami air bateri kereta kering.

Seterusnya, selepas membuat cek air bateri kereta, barulah anda membuat keputusan untuk tambah air bateri kereta atau pun tidak. Jika air bateri kereta berada ditahap “Upper” atau “Max”, maka tidak perlu lagi anda tambah air bateri kereta.

Sekiranya air bateri kereta berkurangan, maka hendaklah anda mengisi air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maximum semula. Penjagaan ini pasti akan memberikan anda jangka hayat bateri kereta basah sehingga mencecah 3 hingga 4 tahun penggunaan.

One thought on “Jangka hayat bateri kereta basah

Comments are closed.