Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton Gen2 : Kereta sedan tempatan diyakini

Bateri kereta Proton Gen2. Apakah elemen paling penting sebaik sahaja anda mengetahui bateri kereta gen2 anda hampir nak habis atau telah pun kong ? Apakah saiz bateri kereta digunakan oleh kereta proton gen2 ?

Berikut merupakan perkara yang perlu anda ketahui tentang bateri kereta proton gen 2. Walaupun kereta proton gen2 ini sudah lama pengeluarannya, ianya masih digunakan oleh ramai orang dan pemilik.

Hal ini kerana, kereta dari kilang tempatan kita ini merupakan koleksi yang bagus sejak dari awal ianya diperkenalkan. Bukan sahaja dari segi reka ciptanya, malah termasuk sekali bahagian dalamannya termasukkan bateri kereta gen2 itu sendiri.

Berikut merupakan saiz bateri kereta gen 2 yang boleh anda jadikan rujukan ketika anda tidak berapa pasti atau terlupa akan berapakah kod bateri kereta yang boleh digunakan.

Berapakah saiz bateri kereta gen2 yang sesuai anda gunakan ?

Pilihan bateri gen2 tidak begitu banyak dari segi saiz bateri kereta gen2. Namun, dari segi pilihan terhadap jenama bateri kereta terdapat hampir semua jenama bateri terkemuka di negara kita.

Saiz bateri kereta gen2 yang sesuai digunakan oleh kereta proton gen2 anda adalah seperti :

  1. Bateri DIN55R
  2. NS60RS
  3. 46B24R

Lihat juga pada bateri kereta proton persona yang juga generasi selepas dari proton gen 2 ini dan mudah untuk anda faham walaupun teknologinya semakin canggih.

Cara meilihat saiz bateri kereta gen 2 berdasarkan kod bateri kereta

Jika diikutkan dari segi dimensi, bateri kereta gen 2 amat mudah dilikat berdasarkan kod bateri seperti 46B24R. Angka 24 tersebut menandakan panjang bateri gen2 tersebut adalah sebanyak 24cm atau 240mm.

Manakala, huruf B menandakan lebat dan tinggi itu dalam kategori sederhana. Iannya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

Manakala, huruf R pula bermaksud kedudukan wayar positif yang menghubungkan kepada terminal positif bateri kereta terletak di sebelah kanan (right).

Kesilapan memilih kedudukan terminal disebelah kiri akan menyebabkan kesusahan untuk menghubungkan wayar dengan terminal bateri dan akan menjadi tegang jika dapat dihubung.

saiz bateri kereta gen2

Manakala, nombor di hadapan menandakan kuasa Ah (Ampere hour) yang disimpan di dalam bateri kereta. Semakin tinggi bacaan, maka semakin tinggi aliran yang mampu dibekalkan dan semakin lama ianya boleh bertahan.

Contohnya, antara bateri 46B24R dan 55B24R mempunyai saiz bateri kereta gen2 yang sama dan sesuai dimasukkan kepada kereta gen2 anda, namun pilihan antara 46 dan 55 adalah terletak di tangan anda.

Semakin tinggi nombor tersebut, maka kosnya juga akan semakin tinggi. Oleh itu, buat pilihan antara keduanya jika anda. Namun, perlu diingatkan bacaan yang lebih rendah adalah tidak digalakkan kerana akan menyebabkan ketahanan bateri kereta gen2 anda berkurangan.

Jenis bateri kereta Proton Gen2

Jenis bateri memainkan peranan penting mengikut keperluan pemilik kereta proton gen2. Ianya ibarat seperti karakter sesebuah bateri yang dipadankan dengan kesesuaian diri pemilik kereta proton gen2 itu sendiri.

Terdapat 2 jenis bateri yang sesuai digunakan oleh kereta proton gen2 ini iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/Free Maintenance)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)

Biasa pemilik kereta proton gen2 yang menggunakan gearbox automatik suka menggunakan bateri jenis kering sahaja. Ianya ringkas dengan cara pasang dan pakai tanpa fikir nak maintain bateri tu langsung. Guna sampai ianya habis atau kong.

Manakala, pengguna proton gen2 menggunakan gearbox manual pula lebih terdedah kepada teknikal kereta. Pasti dah biasa dengan tukar bateri sendiri bila ianya kong. Pemilihan bateri basah perlukan maintain topup air bateri yang menjadi satu acara kegemaran kereta ini untuk mendapatkan ketahanan bateri lebih lama.

Situasi juga boleh terbalik dari situasi di atas dan ada juga tidak berapa pasti jenis bateri apakah yang sedang ia gunakan. Ini adalah normal dan bukan anda seorang sahaja begitu.

Jika anda berada dalam situasi tidak pasti dan taknak banyak fikir, pilihan wajib adalah terus memilih bateri kering sebagai kemudahan terbaik yang diperlukan oleh kereta proton gen2 anda.

Harga bateri kereta Proton Gen2

Melihat kepada senarai harga bateri kereta proton gen2 yang akan diberikan menjadikan anda mudah untuk mengumpul budget duit sebelum nak tukar bateri yang baru.

Bateri baru memberikan keyakinan agar ianya dapat digunakan lebih lama tetapi harganya yang sedikit tinggi.

Ada juga pilihan bateri baru yang berpatutan berdasarkan jenama yang kurang dikenali. Ini juga banyak dijadikan pilihan pemilik proton gen2 kerana harga murah diantara jenama terkemuka.

Nak cuba boleh tapi pastikan warranty yang diberikan standard adalah selama 1 tahun. Berikut merupakan pilihan tersebut :

Sambil-sambil tu buat la perbezaan di antara model yang lebih kurang atau sama dengan kereta proton gen2 di harga, jenis dan saiz bateri kereta .

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Proton Gen2
Century Marathoner Max55B24R (NS60)Kering (Dry/MF)RM240
Amaron Go46B24R (NS60R)Kering (Dry/MF)RM300
Motolite Heavy DutyDIN55RKering (Dry/MF)RM250
Motolite HybridDIN55RBasah (Wet/Conventional)RM245
OtoPower48B24R (NS60)Kering (Dry/MF)RM160
Osima46B24R (NS60R)Kering (Dry/MF)RM230

Tak semestinya bateri baru, bateri secondhand pun masih dicari dan laku di kedai bateri dan ianya juga mengikut budget anda yang menggunakan kereta proton gen2.

Harga boleh didapati sekitar RM70 hingga RM100 sahaja mengikut kadar peratus SOH (State of Health) bateri yang ditawarkan kedai bateri kereta.

Tapi kekurangan disini adalah tiada sebarang warranty akan diberikan. Nasib kurang baik tak boleh tukar lain, nasib baik dapat guna buat sementara.

P/s : Rujuk di bateri kereta yang merupakan post utama kami jika anda tidak mendapatkan jalan solusi terhadap masalah yang anda cari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *