Bateri kereta Proton X90 : Suv terbesar jenama tempatan
Bateri kereta Proton X90. Proton X90 merupakan model SUV terbaru yang dilancarkan oleh Proton pada tahun 2023. Ia merupakan lanjutan daripada siri model SUV Proton, seperti X50 dan X70, namun X90 lebih menumpukan kepada keselesaan, teknologi terkini, dan prestasi yang lebih tinggi.
Dengan reka bentuk yang lebih besar dan elegan, Proton X90 menjadi pilihan ideal. Ianya bagi mereka yang mencari kenderaan keluarga yang lebih luas dan selesa.
Kereta ini dilengkapi dengan enjin 1.5L turbocharged dan menawarkan pelbagai ciri keselamatan serta teknologi infotainmen yang canggih.
Proton X90 turut memperkenalkan pelbagai varian dan pilihan, memenuhi keperluan pengguna yang mencari prestasi dan kemudahan dalam satu pakej.
Kalau dari awal pengeluaran kereta proton x90 dari tahun 2023 hingga 2025 diperkenalkan dengan mild hybrid. Proton x90 mc1 yang terbaru tidak lagi disertakan hybrid dan menggunakan petrol sepenuhnya.
Berikut merupakan saiz, jenis, harga dan lain-lain mengenai bateri kereta untuk sebuah kereta proton x90.

Saiz Bateri Kereta Proton X90
Proton X90 menggunakan beberapa saiz bateri bergantung kepada varian dan keperluan penggunaan. Saiz bateri asas yang digunakan untuk model Proton X90 adalah DIN55L, yang sesuai untuk menyokong sistem enjin dan elektrik pada tahap penggunaan harian yang biasa.
Bateri ini memberikan kuasa yang mencukupi untuk memulakan enjin dan menjalankan sistem elektronik dengan cekap.
Bagi pengguna yang memerlukan prestasi lebih kuat, terutama dalam keadaan cuaca ekstrem atau penggunaan elektrik yang tinggi, pilihan bateri yang lebih besar seperti DIN60L/LN2 (EFB) tersedia.
Saiz bateri ini boleh digunakan oleh model awal proton x90 dan proton x90 mc1 walaupun bezanya pada tambahan hybrid dan petrol penuh.
Jenis bateri kereta Proton X90
Terdapat 4 jenis bateri kereta yang boleh digunakan oleh kereta proton x90 iaitu :
- Bateri kering (Dry/Free Maintenance)
- Bateri basah (Wet/Conventional)
- Bateri EFB
- Bateri AGM
Bateri kering macam biasa sangatlah mudah dicari dan ramai menggunakan bateri ini dengan tertulis pada badan bateri MF yang membawa maksud tiada penyelenggaraan. Ianya juga sangat mudah digunakan dan menjadi pilihan ramai sebab tak perlu susah-susah menjaganya pun dengan hanya beli, guna, habis dan tukar baru.
Manakala, berbeza pula bagi bateri jenis basah, ianya sangat jarang digunakan pada zaman sekarang tetapi mempunyai manfaat dari segi ketahanan lebih lama berbanding bateri kering. Cumanya air bateri dalam bateri basah akan kering dan anda perlu setkan jadual sendiri untuk mengisi air bateri ini secara berjadual.
Selain itu, bateri Enhanced Flooded Battery (EFB) ini memberikan prestasi yang lebih stabil dan ketahanan yang lebih baik dalam keadaan beban tinggi dan keadaan cuaca yang panas.
Sementara itu, bagi mereka yang mencari prestasi terbaik dan ketahanan yang lebih lama, Proton X90 juga menawarkan pilihan DIN60/LN2 (AGM). Bateri Absorbent Glass Mat (AGM) ini direka untuk memberikan ketahanan yang sangat tinggi terhadap getaran dan suhu yang ekstrem. Sambil menawarkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding bateri konvensional.
Bateri AGM juga lebih sesuai untuk kegunaan yang lebih berat. Ini terutama bagi mereka yang sering memandu dalam keadaan trafik yang padat atau di kawasan yang mempunyai suhu tinggi.
Dengan teknologi AGM ini, sistem elektrik dalam X90 akan lebih stabil dan kurang terdedah kepada kerosakan akibat beban elektrik yang tinggi.
Secara keseluruhan, pilihan bateri yang lebih besar seperti EFB dan AGM memberikan kestabilan dan keandalan yang lebih tinggi untuk Proton X90. Ini memastikan pengguna menikmati pengalaman pemanduan yang lebih baik, serta mengurangkan kemungkinan masalah berkaitan bateri dalam jangka panjang.
Keputusan untuk memilih bateri proton x90 antara DIN55L, DIN60L/EFB, atau DIN60/LN2 (AGM) bergantung kepada gaya pemanduan dan keperluan penggunaan individu.
Dengan sokongan bateri yang kuat, Proton X90 dapat terus berfungsi dengan efisien dan memberi prestasi yang terbaik dalam semua keadaan.
Harga bateri kereta Proton X90
Bagi mendapatkan bateri kereta proton x90 yang baru, ramai juga hanya bergantung kepada pihak SC dan gunakan bateri yang disediakan atau dijual di pusat servis proton.
Pilihan di sc proton sebenarnya tidak banyak dibandingkan di kedai bateri kereta. Namun, ikut pada keselesaan anda dan keyakinan anda nak tukar bateri baru di mana.
Anda boleh saja tukar bateri baru di luar dan tiada bersangkut paut dari segi warranty pun kerana ianya adalah peralatan pakai buang (wear & tear) .
Harga bateri kereta proton x90 yang diberikan mengikut saiz dan jenis yang anda perlukan. Saiz berikut adalah perlu diikut dengan betul, manakala jenis itu adalah mengikut keperluan anda sebab anda sendiri yang nak menjaganya.
Ikuti juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta di sini dan anda juga boleh lakukan perbandingan antara model lebih kurang dengan kereta suv anda.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton x90 :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton X90 |
| Century Marathoner Max | DIN60L/LN2 | Bateri kering (Dry/MF) | RM315 |
| Amaron PRO | DIN60L/LN2 | Bateri kering (Dry/MF) | RM430 |
| Motolite Hybrid | DIN55L/LN2 | Bateri basah (Wet/Conventional) | RM245 |
| Varta SIlver Dynamic | DIN60L/LN2 | EFB | RM530 |
| Bosch | DIN60L/LN2 | EFB | RM460 |
| Camel | DIN60L/LN2 | AGM | RM660 |
P/s : Ketahui lebih lanjut tentang segala jalan penyelesaian bagi pelbagai persoalan yang berkait rapat dengan bateri kereta di sini.
