Bateri kereta Proton Putra : Kereta 2 pintu milik tempatan
Bateri kereta Proton Putra. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang digunakan oleh kereta impian ramai suatu ketika dahulu hingga sekarang dicari di pasaran iaitu kereta proton putra ?
Setiap kereta pasti dibekalkan dengan sebuah nadi iaitu bateri kereta yang memainkan peranan begitu penting sewaktu kita hendak gunakannya.
Nak hidupkan enjin perlukan bateri yang baik agar kuasa kereta proton putra dapat dilancarkan dan seterusnya diambil alih oleh alternator untuk pengecasahan.
Namun, sekiranya bateri kereta proton putra yang digunakan telah lemah, maka gangguan akan bermula dari awal ketika hendak start kereta.
Dari situ boleh menyebabkan segala penggunaan ketika perjalanan boleh menjadi lemah lebih-lebih dari penggunaan elektrik dan elektronik kereta.
Bagi proton putra, kereta ini lebih kepada teknikal dan tidak banyak keperluan barangan elektrik dan elektronik diperlukan.
Namun, asas seperti lampu, hon dan juga radio sangat bergantung kepada bateri kereta lebih-lebih lagi ketika enjin telah dimatikan.
Ikuti ciri-ciri bateri kereta proton putra yang betul agar anda tidak tersalah membuat pilihan bagi meneruskan kelancaran sistem kereta ini.
Saiz bateri kereta proton putra
Sejak dari tahun 1996 hingga 2001 dan juga 2004 (limited edition), proton putra ini telah diperkenalkan di pasaran tempatan.
Keunikan dari segi reka bentuk kereta ini yang menggunakan 2 pintu sahaja dan enjin 1.8cc memberikan keistimewaan terhadap namanya proton putra.
Bila dah istimewa begini, adakah saiz baterinya juga turut berbeza dibandingkan model lain seperti kereta proton wira di pasaran ?
Jawapannya adalah saiz bateri kereta proton putra yang digunakan adalah NS60R atau B24R. Ianya sebenarnya sama saiz yang digunakan oleh proton wira.

