Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri Perodua Rusa : Mini Van / Mpv masih diperlukan

Bateri Perodua Rusa. Apakah ciri-ciri yang diperlukan bagi sebuah mini van dari produk tempatan iaitu perodua rusa dalam penggunaan bateri kereta ini?

Walaupun ini adalah sebuah mini van atau juga boleh dikategorikan sebagai mpv mikro yang hingga kini ramai menggunakannya sebagai kenderaan harian.

Perodua rusa dianggap antara mpv kecil atau van kecil yang diperkenalkan di negara kita dengan reka bentuknya jika dilihat lebih teliti seakan bentuk bujur.

Jika anda lihat sendiri di atas jalan raya sudah pasti terkejut kerana kenderaan ini masih bertenaga dan mampu membawa penumpang mahupun barangan yang lebih banyak disebabkan oleh ruangnya agak luas.

Jadi, tidak hairan ramai yang masih menggunakan kenderaan perodua rusa ini dan buktinya di atas highway tadi saya dipotong olehnya dan terpana bukan sebab kelajuannya, tapi sebab ianya masih relevan.

Oleh itu, di artikel ini, anda sebagai bakal atau pemilik perodua rusa yang sedang cari maklumat mengenai bateri perodua rusa, inilah tempatnya.

Lihat juga panduan utama bateri kereta perodua yang merupakan model-model terkait keluaran dari jenama sama perodua ini.

Saiz bateri Perodua Rusa

Setiap bateri kereta yang digunakan oleh jenama perodua kebanyakkannya adalah lebih kurang dan paling penting paling mudah untuk ianya dicari di pasaran.

Sudah tentu jika anda nak beli atau baru saja memiliki perodua rusa ini, saiz bateri yang digunakan adalah menggunakan kod NS40ZL.

Kod saiz bateri ini sangatlah berbaloi untuk dimiliki dan jika dicari di kedai aksesori kereta paling minima pasti akan ada bateri dengan saiz kod ini.

Sebab itu la saya katakan memiliki perodua rusa boleh dikatakan antara yang terbijak sebab nak cari saiz bateri pun mudah dan tak rumit bila tiba-tiba bateri ini kong atau habis.

Lihat juga pada kereta yang merupakan dari jenama sama bateri kereta alza yang menjadi penyambung bagi segmen mpv.

bateri perodua rusa

Jenis bateri Perodua Rusa

Bila dah tahu saiz bateri perodua rusa di atas, maka bila masuk saja mengenai jenis bateri, ianya ditentukan antara 2 pilihan yang boleh anda miliki :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)

Jenis bateri ni senang cerita adalah keperluan mana yang anda nak dan boleh serasi dengan gaya penjagaan perodua rusa.

Antara 2 pilihan jenis tersebut, bergantung juga pada kerajinan anda sama ada hanya nak pakai tak nak buat apa-apa kat bateri tu guna la bateri jenis kering.

Manakala, pilihan bateri basah pula agak rumit sebelum dilakukan tapi ianya mudah lepas dah buat dengan mengikut jadual yang anda telah rancang.

Saya faham ada tiada masa dan disarankan guna bateri kering dan jika ada masa terluang sedikit boleh guna bateri basah untuk mengisi air bateri.

Bateri kering mudah dari segi penjagaan dan tak perlu fikir apa-apa bila ianya dah digunakan sampailah ianya habis atau kong.

Bagaimana pun, untuk bateri basah, bateri perodua rusa yang terletak bawah kerusi itu perlu dibuka dan tak seleceh buka bonet hadapan kereta-kereta lain. Buka 6 penutup air bateri dan isi air bateri hingga ianya berada di level antara low dan high.

Harga bateri Perodua Rusa

Selesai dalam mengetahui saiz dan dah buat keputusan untuk jenis bateri manakah yang anda nak gunakan, kemudian barulah masuk soal harga bateri perodua rusa.

Walaupun perodua rusa nampak seperti van atau mpv yang lain dari yang lain, anda patut bersyukur sebab harga bateri perodua rusa boleh didapatkan dengan ramai pesaing yang bersaing secara sihat dari segi kualiti.

Nak murah sahaja tak boleh sebab kualiti bateri yang baik memberikan kepuasan kepada anda yang keluarkan setiap ringgit agar dapat gunakan bateri sepenuhnya.

Siapa saja nak gunakan bateri bermasalah kan?Jadi, letakkan harga sebagai pilihan last sekali agar anda dapatkan nilai lebih-lebih lagi dari jenama bateri yang menjadi pilihan anda sejak dari dulu.

Ikut juga perbandingan harga, jenis dan saiz bateri kereta yang boleh dilakukan antara model atau antara jenama kereta yang anda di negara kita.

Berikut merupakan senarai harga bateri perodua rusa yang mudah untuk anda lakukan semakkan :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri Perodua Rusa
Astra40B20L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM220
Century Marathoner Max46B20L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM220
Motolite HybridNS40ZLBasah (Wet/Conventional)RM150
Amaron Go46B20L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM230
Osima40B19L (NS40ZL)Kering (Dry/MF)RM160

P/s : Ketahui lebih mendalam dan dapatkan jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan anda mengenai bateri kereta di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *