Bateri kereta Proton Emas 5 : Auxiliary 12v Battery
Bateri kereta Proton Emas 5. Bateri 12v apakah yang merupakan kereta penuh ev (Full EV) iaitu proton emas 5 yang sedang mendominasi jalan raya di negara kita sekarang.
Di artikel ini, kita akan fokuskan kepada bateri tambahan 12v yang tetap digunakan bagi menyokong bateri penuh kereta ini.
Ramai yang anggap bila kereta dah full EV, tak perlu dah pakai bateri 12v ini sebab dah cukup dengan keperluan bateri sendiri, malah tanggapan itu meleset.
Ini kerana bateri tambahan ini sangat diperlukan bagi menyokong aksesori asas seperti radio, lampu, sistem alarm dan yang pasti bagi menghidupkan bateri besar sebelum ianya dialirkan sepenuh kepadanya.
Untuk dapatkan maklumat tentang bateri kereta proton bagi model-model dibawah jenama sama, anda boleh buat rujukan untuk lakukan perbandingan ringkas.

Saiz bateri kereta Proton Emas 5
Sebelum kita pergi terus ke saiz bateri proton emas 5 yang digunakan, mari kita lihat dulu bateri yang digunakan original dari kilang di China iaitu menggunakan kod 6-QW-32L.
Sedikit maklumat tentang nombor tersebut :
- 6 itu menandakan terdapat 6 buah bateri 2V
- Q pula bermaksud Qi Dong (Starter/Pemula) memberikan arus tinggi pada awal untuk menghidupkan bateri utama.
- 32 membawa erti bekalan 32Ah dalam bateri tersebut
- L pula merupakan terminal positif di sebelah kiri.
Kod saiz ini memang kita takkan jumpa di negara kita sebab ianya merupakan kod asas bateri yang digunakan di negara sana.
Untuk menggantikan dengan tukar bateri proton emas 5 yang baru, anda boleh dapatkan kod saiz yang seakan sama digunakan di negara kita iaitu NS40ZL.
Jenis bateri kereta Proton Emas 5
Manakala untuk jenis bateri yang digunakan oleh kereta proton emas 5 sejak dari kilang (original) adalah berdasarkan kod W (Wai-hu) yang telah dinyatakan membawa maksud bateri tersebut adalah jenis kering (Dry/Maintenance Free).
Digalakkan untuk anda yang nak gantikan kepada bateri baru nanti, mengekalkan jenis bateri kering bagi memudahkan penjagaan bateri 12v kereta ini.
Pilihan lain seperti bateri jenis basah juga turut boleh digunakan, tetapi ianya memerlukan sedikit pemerhatian dan perlukan penjagaan air bateri secara berjadual.
Jenis bateri ini merupakan satu pilihan, namun, dengan mojoriti pemilik kereta proton emas 5 ini akan menghantar ke pusat servis proton (SC Proton), jadi sangat digalakkan untuk kekalkan jenis bateri yang sama iaitu kering (Dry/Maintenance Free).
Harga bateri kereta Proton Emas 5
Bila dah tahu saiz dan juga jenis bateri untuk kereta proton emas 5 gunakan, maka mudah untuk anda buat pilihan dari segi jenama bateri mana yang anda nak gunakan.
Sekiranya ini merupakan kereta pertama anda, digalakkan untuk anda tahu yang setiap pembelian bateri baru akan diberikan warranty minima selama 1 tahun.
Pilih la jenama bateri apa pun mengikut saiz dan jenis yang telah dinyatakan, bila dah tahu ada warranty, maka itu tidak menjadi sebarang masalah dalam memilih jenama bateri itu.
Lakukan juga perbandingan harga, jenis dan saiz bateri kereta untuk model-model proton yang lain sekiranya anda mahu.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton emas 5 untuk rujukan utama :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton Emas 5 |
| Century Marathoner Max | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM180 |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Bosch MF | 42B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM180 |
| Osima MF | 40B19L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM160 |
P/s : Dapatkan maklumat dengan lebih lengkap dan meluas di post utama kami bateri kereta bagi menemui solusi terhadap segala permasalahan.
