Bateri kereta Proton Tiara : Hatchback antara terawal
Bateri kereta Proton Tiara. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang perlu anda ketahui sekiranya anda memiliki atau baru saja menggunakan kereta lagend iaitu proton tiara ?
Kereta proton tiara merupakan sebuah kereta hatchback yang pernah dikeluarkan oleh jenama tempatan ternama iaitu proton sendiri sejak dari tahun 1996 hingga tahun 2000.
Keluaran kereta ini dilengkapi dengan enjin 1.1 liter yang pada ketika itu sangat sesuai digunakan di atas jalan raya.
Ianya nampak seperti sebuah kereta ala sporty kerana versi hatchback ketika itu tidak banyak diketengahkan dan menjadi pilihan bagi orang muda dan berkeluarga kecil.
Hingga kini masih ada yang menggunakan kereta ini, tetapi ianya sangatlah jarang dapat ditemui lagi di atas jalan raya.
Sekiranya anda salah seorang pemilik atau pengguna proton tiara, maka artikel ini merupakan rujukan utama tentang bateri kereta anda.
Buat rujukan juga pada bateri kereta proton untuk anda yang ingin membuat perbandingan ringkas dan padat.

Saiz bateri kereta Proton Tiara
Proton tiara juga tidak terlepas dari menggunakan bateri kereta 12v yang merupakan sumber utama ketika kereta ini nak dihidupkan enjin pada awal sebelum ianya dapat digerakkan.
Saiz bateri proton tiara gunakan seharusnya perlu lah tepat kerana ruang dalam kawasan bonet kereta ini yang sedikit padat dan sempit.
Oleh itu, saiz bateri kereta proton tiara yang sebetulnya adalah menggunakan NS60L atau B24L yang menjadi rujukan utama ketika anda nak tukar kepada bateri baru.
Pihak kedai bateri kereta sekarang mungkin jarang jumpa dah kereta rare proton tiara ini, tetapi saiz bateri ini tetap masih mudah dijumpai dan hampir tiap kedai bateri pasti ada stok.
Sebab itulah pentingnya, walaupun kereta lama digunakan, keperluan saiz bateri yang masih relavan sangat penting supaya ianya dapat terus dimaintain tanpa sebarang masalah.
Sebagai pengguna atau pemilik proton tiara pun dapat menghembuskan nafas yang lega kerana tak perlu mencari bateri-bateri yang pelik atau sudah dijumpai walaupun sebabnya adalah kereta hampir capai 3 dekat ini.
Jenis bateri kereta Proton Tiara
Ada dua jenis bateri kereta yang sesuai digunakan oleh kereta proton tiara anda iaitu :
- Bateri basah (Wet/Conventional)
- Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
Dalam kalangan jenis-jenis bateri sekarang, sekiranya sesuai digunakan melebihi dari 1 jenis bateri asas, maksudnya ianya memang mudah dicari dan tak risau sekiranya berlaku habis atau kong di mana-mana sekalipun.
Walaupun proton tiara sebuah kereta yang agak lama di atas jalan raya, tetapi penghidup iaitu bateri 12v merupakan faktor utama alatan pakai buang (wear&tear) yang masih relaven boleh didapatkan hingga kini.
Lebih-lebih lagi jenis bateri asas boleh terus dipakai secara plug anda play tanpa sebarang ubah suai apa-apa untuk anda kuatirkan.
Sama ada nak pilih bateri kering, agak mahal sedikit tetapi mudah nak pakai tak perlukan apa-apa penjagaan. Mahupun, bateri basah lebih murah dan tahan lasak tetapi perlukan jadual untuk isi air bateri bagi mengekalkan optimum bateri basah.
Kedua jenis bateri ini mempunyai kelebihan dan kekurangan bagi proton tiara gunakan bergantung juga kepada kehendak dan keperluan anda.
Harga bateri kereta Proton Tiara
Dalam pemilihan bateri proton tiara, harga merupakan perkara paling diutamakan oleh pemilik kereta sebab tak kisah sangat kerana kereta ni dah lama.
Walaupun kereta dah lama sekalipun, ianya memerlukan bateri yang bagus. Bila nak dapatkan bateri bagus, harga murah perlulah diletak kepada pilihan nombor 2.
Hal ini kerana, pentingnya sesebuah bateri punya kualiti untuk digunakan pada kereta proton tiara anda untuk ianya memberi manfaat sepanjang penggunaan.
Utamakan warranty bateri kereta proton tiara terlebih dahulu. Biasa minima 1 tahun untuk bateri baru tak kira ianya jenis basah atau kering yang penting adalah baru.
Jika anda nakkan warranty lebih lama, biasa harga bateri akan lebih mahal tetapi lebih berbaloi sebab anda akan berasa yakin sepanjang tempoh warranty masih ada.
Ikuti panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta selengkapnya agar anda sendiri boleh membuat perbandingan dengan baik.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton tiara :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton Tiara |
| Motolite Hybrid | NS60L | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
| Century Marathoner Max | 55B24L (NS60L) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Yokohama Advance | 55B24L (NS60L) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| GS Tough MF | 55B24L (NS60L) | Kering (Dry/MF) | RM250 |
P/s : Sekiranya anda ingin mencari solusi terhadap masalah lain, maka boleh rujuk di post utama kami di bateri kereta sebagai rujukan utama.
