Bateri kereta Proton Emas 7 : EV / PHEV 12V Auxiliary Battery
Bateri kereta Proton Emas 7. Apakah ciri-ciri bateri kereta terutamanya bateri sokongan atau tambahan 12V yang digunakan oleh kereta proton emas 7 bagi model penuh EV dan PHEV ?
Penggunaan bateri 12v dalam kereta proton emas 7 full EV dan proton emas 7 PHEV adalah satu keperluan wajib yang tidak boleh ditinggalkan.
Ianya bertindak sebagai penyokong ketika kereta ini belum dihidupkan seperti alarm kereta yang sentiasa beroperasi ketika anda tidak menggunakan kereta ini atau berada di parking lot.
Keutamaan bateri 12v juga diperlukan untuk menghidupkan bateri utama proton emas 7 EV dan menghidupkan enjin pada kereta proton emas 7 PHEV sebelum melakukan perjalanan.
Di artikel ini, anda akan tahu maklumat mengenai bateri 12v apakah yang digunakan oleh kereta anda sama ada proton emas 7 EV ataupun PHEV.
Ikuti juga panduan bateri kereta proton bagi model-model di bawah jenama sama untuk anda mudah lakukan perbandingan ringkas dan cepat.

Saiz bateri kereta Proton Emas 7
Saiz bateri kereta Proton Emas 7 Full EV
Setakat yang diketahui, untuk kereta proton emas 7 full EV menggunakan bateri lithium-ion dengan jenama LifePO4 yang terletak di bahagian tengah dalam kabin antara pemandu depan dan penumpang depan (Centre Console).
Nak lebih mudah bateri 12v ini terletak di sebelah brek kaki kereta ini. Boleh buka bahagian tersebut untuk lihat bateri 12v anda.
Bateri lithium-ion ini digunakan kerana saiznya lebih kecil tetapi tahan lebih lama dibandingkan bateri lead-acid biasa.
Saiz bateri kereta Proton Emas 7 PHEV
Manakala, saiz bateri bagi proton emas 7 PHEV juga turut menggunakan kod LifePO4 (Lithium Iron Phosphate) yang sama dan kedudukan bateri 12v turut terletak di bahagian sebelah brek kaki atau di centre console sebelah bawah dalam kabin pemandu anda.
Bateri 12v lithium-ion ini lebih kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam bahagian tengah kabin tersebut bagi membantu penggunaan aksesori kereta ini.
Jenis bateri kereta Proton Emas 7 EV dan PHEV
Dengan menggunakan jenis bateri lithium-ion, ianya tidak memerlukan penjagaan dan sama seakan bateri kering atau MF (Maintenance Free).
Jenis bateri proton emas 7 EV dan proton emas 7 PHEV gunakan ini memudahkan pengguna kerana ianya dicas secara dalaman walaupun ianya bateri 12v dan tak sama seperti lead-acid biasa gunakan yang mempunyai tempoh jangka hayat lebih singkat.
Harga bateri kereta Proton Emas 7 EV dan PHEV
Untuk harga bateri bagi menggantikan bateri 12v LifePO4 untuk proton emas 7 EV dan juga proton emas 7 PHEV adalah bergantung kepada jumlah Ah (Ampere Hour) yang anda inginkan.
Setakat ini bateri ini masih diguna pakai kerana ianya masih baru dan akan datang ianya jauh lebih tahan sebenarnya menggunakan bateri yang disediakan oleh pengilang.
Ikut juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta bagi yang nak check dan lakukan perbandingan harga bateri untuk model kereta lain.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta Proton Emas 7 EV dan PHEV :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta (LifePO4) | Harga bateri kereta Proton Emas 7 EV & PHEV |
| E-Honstone | 25AH | RM170 |
| MaxSon | 30AH | RM360 |
| PowMr | 30AH | RM340 |
| VieDakes | 40AH | RM270 |
P/s : Pastikan anda dapatkan solusi terhadap segala permasalahan yang sedang dihadapi fokus mengenai bateri kereta di post utama kami.
