Bateri kereta Toyota Rush : SUV keluarga pilihan
Bateri kereta Toyota Rush. Maklumat apakah yang diperlukan untuk anda ketahui mengenai bateri kereta pada sebuah SUV ternama dunia iaitu toyota rush ?
Para pemilik kereta toyota rush sudah semestinya ingin tahu akan maklumat ini supaya tidak tersalah memilih serta membeli bateri yang baru.
Sebelum kita terus ke situ, mari kita pastikan dulu toyota rush anda yang mana satu sebab ianya terbahagi kepada 2 generasi.
Kenal pasti dulu generasi kereta toyota rush anda supaya pemilihan bateri kereta yang tepat dapat dilakukan tanpa perlu ulang kerja banyak kali.
Hal ini kerana, dua generasi toyota rush ini mempunyai berbeza saiz dan juga jenis bateri dan ini menandakan keperluan setiap generasi juga berlainan.
Sekiranya anda gunakan generasi pertama toyota rush ianya adalah dari tahun keluaran bermula dari 2008 hingga tahun 2018. Manakala, toyota rush generasi kedua pula bermula dari tahun 2018 hingga awal tahun 2024.
Sebelum itu, pastikan anda dapatkan maklumat pada model-model lain secara sendiri tentang bateri kereta toyota sekiranya anda mahu.

Saiz bateri kereta Toyota Rush
Saiz bateri kereta Toyota Rush Generasi Pertama
Untuk anda yang memiliki toyota rush generasi awal atau pertama ini, saiz bateri yang digunakan adalah NS40 atau B19R/B20R.
Saiz ini sangatlah mudah untuk didapati di pasaran bateri kereta dan juga kedai-kedai baiki kereta atau aksesori pun juga boleh dapatkan bateri ini.
Namun, sedikit penekanan pada bateri toyota rush sedikit lain dari lain dari segi kod hujungnya yang bertanda “R” . Terminal positif bateri ini wajib di sebelah kanan supaya wayar bateri dapat dihubungkan dengan kemas ketika pemasangan nanti.
Saiz bateri kereta Toyota Rush Generasi Kedua
Berbeza pula untuk kereta toyota rush generasi kedua ini. Saiz kod bateri yang digunakan toyota rush generasi kedua tidak sama dengan generasi pertama.
Saiz bateri kereta toyota rush generasi kedua adalah M42R yang merupakan dari keluaran saiz fizikal lebih kecil B20R tetapi jumlah Ah (ampere hour) lebih besar dari bateri B20/NS40ZL yang lain.
Sebab itu ianya dikenali sebagai M42R kerana jumlah bekalan elektrik yang besar merupakan faktor utama sesuai dengan keperluan kereta toyota rush generasi kedua.
Jenis bateri kereta Toyota Rush
Jenis bateri kereta Toyota Rush Generasi Pertama
Bahagian ini sering kali ramai pemilik terlepas pandang kerana ianya merupakan perkara tidak begitu penting bagi mereka.
Padahal untuk toyota rush generasi awal ini mempunyai dua pilihan jenis bateri iaitu :
- Bateri basah (Wet/Conventional)
- Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
Bagi yang tak begitu kisah akan jenis bateri, mereka pasti anggap bateri kereta semua jenis sama iaitu dikalangan bateri kering yang hanya pakai sampai habis hayat bateri ini. Ini adalah perkara majoriti dimana pemilik kereta langsung tak perasan pun jenis bateri yang sedang digunakan.
Berbeza pula dengan jenis bateri basah. Bateri ini boleh dijadikan pilihan untuk pemilik kereta toyota rush generasi pertama sekiranya anda nakkan ketahanan bagi sesebuah penggunaan bateri. Paling penting anda perlu jadualkan pengisian air bateri ini dengan baik dan rapi.
Jenis bateri kereta Toyota Rush Generasi Kedua
Untuk kereta toyota rush generasi kedua pula hanya terdapat 1 sahaja pilihan jenis bateri iaitu :
- EFB MF (Enhanced Flooded Battery -Maintenance Free)
- EFB Wet (Enhanced Flooded Battery – Conventional)
Jenis bateri EFB sesuai dengan sistem eco-idle atau teknologi auto start-stop yang telah disediakan bagi penjimatan minyak kereta ini.
Bateri EFB untuk toyota rush ini memanfaatkan sistem yang memerlukan banyak kali menghidupkan dan mematikan enjin banyak kali sekiranya menghadapi aliran trafik yang tinggi.
Keluaran original dari kilang akan diberikan bateri EFB WET dimana ianya perlu anda maintain dengan mengisi air bateri kereta ini.
Kebanyakkannya, lepas bateri original kilang itu dah habis, majoriti pemilik akan bertukar kepada bateri EFB MF kerana lebih mudah untuk dijaga.
Kalau guna bateri biasa seperti bateri kering atau bateri basah biasa(bukan EFB) pasti kereta toyota rush generasi kedua ini tidak akan tahan lama.
Harga bateri kereta Toyota Rush
Anda selaku ketua keluarga yang menggunakan kereta toyota rush generasi pertama mahupun generasi kedua sudah pasti dah biasa dalam mendahulukan jenama bateri yang anda sendiri mempunyai pengalaman menggunakannya pada kereta lain.
Utamakan pemilihan bagi jenama bateri yang anda sudah percayai terlebih dahulu sekiranya anda tidak mahu runsingkan kepala.
Manakala jika anda nak tukar angin kepada jenama bateri lain. pastikan dulu review pada pendapat pembeli lain telah dibaca dengan baik.
Pastikan juga anda periksa harga, jenis dan saiz bateri kereta jika anda nak check pada model lain terutamanya kereta kedua anda.
Berikut merupakan harga bateri kereta toyota rush untuk generasi pertama dan kedua (rujuk pada kod saiz) yang terhampir di pasaran sekarang :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Toyota Rush |
| GS Wet | M42R | EFB (Wet/Conventional) | RM360 |
| Motolite Hybrid | NS40 | Basah (Wet/Conventional) | RM160 |
| Century Marathoner Max | 60B20R (M42R) | EFB (Dry/MF) | RM300 |
| Amaron Go | 46B20R (NS40) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Osima MF | 40B19R (NS40) | Kering (Dry/MF) | RM160 |
P/s : Jemput ke post utama kami bateri kereta bagi membuat rujukan pelbagai dari umum ke spesifik pencarian jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi anda.
