Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Bateri kereta Toyota Corolla Cross : Pilihan SUV yang digemari

Bateri kereta Toyota Corolla Cross. Aspek apakah yang diperlukan bagi menentukan bateri kereta toyota corolla cross yang menjadi pilihan SUV di atas jalan raya sekarang?

Sejak pelancaran kereta toyota corolla cross pada sekitar tahun 2021 hingga kini di negara kita, kereta ini menangkap perhatian ramai yang digemari oleh perseorangan mahupun keluarga kecil hingga sederhana besar.

Ada spec yang merupakan full petrol dan ada juga spec yang dilengkapi dengan sistem hybrid untuk toyota corolla cross ini.

Namun, bukan itu yang kita nak fokuskan sekarang ini tetapi penggunaan bateri kereta 12V yang merupakan nadi kepada sesebuah kereta termasuklah kereta corolla cross ini.

Buat juga perbandingan pada bateri kereta toyota yang lain sebagai panduan ringkas dan padat bagi tujuan rujukan sekiranya anda inginkan.

Bateri kereta Toyota Corolla Cross

Saiz bateri kereta Toyota Corolla Cross

Setiap kereta mempunyai saiz bateri kereta tersendiri demi memenuhi keperluan alat elektrik mahupun elektronik yang digunakan.

Antara peralatan tersebut adalah lampu, radio, alarm kereta dan lain-lain yang boleh berfungsi walaupun kereta belum dihidupkan enjinya.

Paling penting bateri tambahan 12v ini diperlukan adalah bagi nak hidupkan enjin kereta toyota corolla cross dan kemudian tugas ini beralih kepada alternator sebagai pengecas yang menyalurkan elektrik kepada peralatan tadi.

Saiz bateri adalah wajib betul kerana ianya boleh dimasukkan ke dalam tapak bateri yang telah disediakan. Pada saiz juga penentu kepada bekalan yang di baca dalam bacaan Ah (Ampere hour).

Saiz bateri toyota corolla cross gunakan adalah DIN43 hingga DIN50 atau dengan ringkasan kod LB1 dan LN1. Datang saja ke kedai bateri dan cari kod ini untuk gantikan bateri lama kepada baru kereta ini.

Jenis bateri kereta Toyota Corolla Cross

Terdapat 4 jenis bateri yang boleh digunakan oleh kereta toyota corolla cross sebenarnya iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)
  3. EFB (Enhanced Flooded Battery)
  4. AGM (Absobent Glass Mat)

Dapat gunakan antara 4 jenis bateri kereta merupakan satu keistimewaan sebenarnya sebab ianya terbuka kepada banyak pilihan kepada pemilik atau pengguna corolla cross.

Gunakan bateri kering (MF) jika anda nak paling mudah dijaga disamping harganya tidak terlalu mahal dan berbaloi untuk dimiliki.

Manakala, pilih bateri basah sekiranya anda sudah biasa menjaga air bateri dari kereta sebelum gunakan corolla cross lagi. Namun, zaman sekarang pilihan ini sudah kurang digunakan dan tidak menjadi pilihan ramai.

Selain itu, gunakan bateri EFB untuk yang nakkan kuasa yang lebih baik dan dapatkan ketahanan lebih lama. Konsepnya sama macam bateri kering tetapi ianya lebih mahal.

Paling akhir, gunakan bateri AGM bagi yang nakkan bateri paling tahan lebih dari bateri EFB. Namun, kesesuaian bateri ini adalah kurang kerana faktor cuaca dalam bonet kereta yang panas dan ditambah lagi cuaca di negara kita yang panas sangat-sangat pada waktu tertentu.

Harga bateri kereta Toyota Corolla Cross

Untuk harga bateri kereta toyota corolla cross akan bergantung kepada saiz, jenis dan juga tawaran yang diberikan oleh sesebuah jenama bateri kereta.

Nak dapat bateri berkualiti memang susah untuk dianggarkan sebenarnya sebab pelbagai jenama bateri baru turut bersaing memberikan kualiti terbaik.

Jadi, saranan utama adalah sebelum beli bateri baru untuk kereta corolla cross anda, pastikan warranty bateri minima diberikan adalah 1 tahun diberikan walaupun jenama bateri itu tak pernah anda dengar.

Warranty merupakan tawaran penentu lepas anda dah tentukan saiz bateri, jenis bateri dan dapat tahu harga bater yang ditawarkan.

Dapatkan juga panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta bagi model-model lain untuk rujukan anda lihat sendiri anggaran terdekat.

Berikut merupakan senarai harga bateri kereta toyota corolla cross untuk rujukan mudah :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Toyota Corolla Cross
Century Marathoner MaxDIN45/LN1EFBRM370
Astra MFDIN45/LN1Kering (Dry/MF)RM330
Varta Blue DynamicDIN45/LN1Kering (Dry/MF)RM330
Amaron PRODIN50/LN1Kering (Dry/MF)RM500
Varta Silver DynamicDIN50/LN1AGMRM830

P/s : Dapat maklumat lengkap di post utama kami bateri kereta bagi mendapatkan jalan penyelesaian terhadap segala masalah yang anda hadapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *