Bateri kereta honda civic : Model sambutan tinggi
Bateri kereta honda civic fd. Honda Civic bukanlah pertama kali diperkenalkan di negara kita tetapi kita pilih model generasi ketiga dalam siri Honda Civic sebagai rujukan pemula. Model ini menjadi kegemaran ramai kerana reka bentuknya yang moden, prestasi yang cemerlang, dan teknologi yang inovatif.
Honda Civic FD telah membawa perubahan besar berbanding model sebelumnya sejak 2006, dengan peningkatan dalam aspek keselamatan dan keselesaan.
Dengan pilihan enjin yang pelbagai dan penampilan yang sporty, Civic FD berjaya menarik perhatian ramai peminat kereta di Malaysia dan di seluruh dunia.
Model ini terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kereta kompak dengan prestasi tinggi dan penggunaan bahan api yang efisien.
Manakala, generasi ke sembilan pada tahun 2012 hingga 2015 yang dikenali sebagai honda civic fb. Seterusnya, generasi ke sepuluh yang bermula pada tahun 2016 hingga 2021 yang dikenali sebagai honda civic fc.
Dan generasi terkini iaitu honda civic fe yang tahun keluarannya bermula dari tahun 2021 hingga kini.
Rujuk juga pada bateri kereta honda sekiranya anda inginkan perbandingan ringkas dan padat secara langsung.
Saiz Bateri Kereta Honda Civic
Bateri adalah salah satu komponen penting dalam mana-mana kenderaan, termasuklah Honda Civic FD. Saiz bateri honda civic fd yang digunakan untuk model ini biasanya adalah jenis NS60L, yang mempunyai kapasiti sekitar 46Ah hingga 55Ah.
Kod bateri yang lebih spesifik bagi Honda Civic FD adalah 46B24L, yang menunjukkan bahawa bateri ini sesuai dengan keperluan kuasa enjin dan komponen elektronik kereta tersebut.
Dalam beberapa keadaan, pemilik Civic FD boleh memilih bateri yang lebih besar. Contohnya seperti N-55 atau 80B24L, untuk memberikan kuasa tambahan kepada sistem elektrik kenderaan.

Honda civic FB menggunakan kod saiz bateri NS60L/B24L untuk petrol 1.8 dan petrol 2.0 dan manakala NS40ZL/B19L/B20L untuk honda civic 1.5 hybrid.
Honda civic FC atau civic ketam pula gunakan saiz kod bateri NS60L/B24L bagi kedua enjin 1.5 turbo dan juga 1.8 N/A.
Honda civic FE menggunakan saiz bateri dengan kod LN2L sama ada DIN55L,DIN60L dan juga DIN62L bagi enjin 1.5 turbo. Manakala, bagi honda civic fe 2.0 eHev atau hybrid pula menggunakan NS60L atau B24L.
Jenis bateri kereta Honda Civic
Pilihan bateri kereta bagi honda civic adalah seperti berikut :
- Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
- Bateri basah (Wet/Conventional)
- EFB (Enhanced Flooded Battery)
Salah satu pilihan terbaik untuk menggantikan bateri asal adalah bateri EFB (Enhanced Flooded Battery) yang menawarkan prestasi lebih baik berbanding jenis bateri konvensional.
Bateri EFB ini mampu memberikan jangka hayat yang lebih panjang dan lebih tahan lasak. Ini terutamanya dalam cuaca yang panas atau penggunaan kereta yang kerap.
Harga bateri kereta Honda Civic
Harga bateri honda civic yang murah merupakan satu tumpuan yang sering dijadikan keutamaan bila nak beli bateri baru.
Namun, ada juga pemilik kereta yang mengutamakan jenama bateri yang sudah dikenali dan juga mempunyai pengalaman menggunakan jenama tersebut.
Apa-apa pun keduanya tidaklah salah dan ada kelebihan serta kekurangan masing-masing. Tambahan yang perlu diutamakan bila nak beli bateri baru semestinya warranty bateri yang selalunya minima 1 tahun akan diberikan.
Rujuk juga pada panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta pada model-model dan juga jenama bateri secara ringkas dan mudah.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta honda civic bagi generasi yang dinyatakan di atas :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Honda Civic |
| Century Marathoner Max | 55B24L (NS60L) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Motolite Hybrid | NS60L | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
| Varta Blue Dynamic | DIN55L (LN2L) | Kering (Dry/MF) | RM350 |
| Bosch Hightec | DIN60L (LN2L) | EFB | RM430 |
P/s : Pastikan anda mendapatkan solusi terhadap segala masalah yang sedang dihadapi secara lengkap mengenai bateri kereta.

Pingback: Maklumat Saiz bateri kereta lengkap - Mekanikakereta