Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Apa perlu buat jika bateri kereta kong ?

Apa perlu buat jika bateri kereta kong ? Bagaimanakah sekiranya anda mengalami situasi kereta anda secara tiba-tiba breakdown akibat dari bateri kereta kong ?

Tetapi sebelum itu, bagaimana anda tahu kereta anda rosak ditepi jalan atau kereta parking bateri kong disebabkan oleh bateri kereta kong itu sendiri ?

Adakah boleh saja tahu secara terus melalui paparan meter kereta anda ? Adakah juga disebabkan beberapa tanda tanda bateri kereta kong yang sebelum ini terjadi kepada anda ?

Ikuti langkah mudah di bawah supaya anda tidak panik bila berlakunya perkara seperti kereta breakdown yang sedang berlaku kepada anda.

Bacaan terdahulu : Bateri kereta kong lupa tutup lampu

Apa nak buat kalau bateri kereta kong ?

Perkara paling asas namun penting dilakukan oleh anda adalah seperti berikut :

apa perlu buat jika bateri kereta kong
Apa perlu buat jika bateri kereta kong ?

1. Tidak panik jika kereta breakdown

Tindakan bertenang adalah sangat penting supaya anda tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu.

Daripada sikap bertenang ini anda mampu membuat sedikit penilaian tentang tanda tanda bateri kereta kong jika pernah berlaku kepada anda.

Jika tiada sekalipun, maka tindakan anda sewajarnya adalah melakukan check sama ada terdapat masalah lain seperti kehabisan minyak kereta tanpa anda sedari.

Hal-hal ini sebenarnya dipandang remeh, namun boleh berlaku kepada anda atas faktor-faktor yang tidak diduga seperti kecuaian.

2. Hidupkan enjin kereta berulang kali tetapi gagal

Kegagalan anda untuk start enjin kereta merupakan salah satu tanda bateri kereta kong sedang berlaku kepada anda.

Kebiasaannya kegagalan ini berlaku sewaktu anda parking kereta dan kemudian ingin hidupkan semula enjin kereta tetapi tidak boleh dilakukan.

3. Membuat rujukan bila kali terakhir anda tukar bateri kereta

Sekiranya anda baru saja membeli kereta tersebut, anda cuba ingat semula bila tarikh akhir kereta anda dikeluarkan. Buat pengiraan dari tarikh tersebut hingga tarikh waktu sekarang.

Manakala, jika anda sudah lama menggunakan kereta tersebut, buat sedikit rujukan bilakah tempoh bateri kereta yang sedang anda gunakan itu dibeli atau ditukar kepada baru.

Jika sudah mencapai tahun ke 3, kemungkinan besar bateri kereta anda sudah kehabisan dan tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta yang baru.

4. Buat panggilan kepada ahli keluarga yang berhampiran untuk bantuan jumper bateri kereta anda.

Jika betul-betul anda sudah kenal pasti masalah yang berlaku, anda boleh meminta bantuan kepada ahli keluarga atau rakan anda.

Minta untuk mereka datang membawa kereta serta peralatan jumper bateri kereta supaya anda boleh menghidupkan enjin kereta buat sementara waktu.

Tujuan ini adalah penting supaya enjin kereta dapat dihidupkan dan dalam masa yang sama dapat membawa kereta bateri kereta kong anda itu ke kediaman anda atau ke kedai bateri kereta untuk terus tukar kepada bateri kereta yang baru.

5. Buat carian di internet perkhidmatan bateri kereta 24 jam

Zaman sudah moden, jika anda sudah tahu masalah yang berlaku kepada kereta anda, maka buat panggilan kepada servis bateri kereta secara online ini.

Kawasan persekitaran tersebut pasti mempunyai bantuan khidmat tukar bateri kereta walaupun pada waktu tengah malam.

Bantuan akan datang dengan segera dengan membawa bateri kereta yang sesuai digunakan oleh kereta anda.

Ianya jauh lebih mudah jika dibandingkan perlu memanggil khidmat towing kereta dan bawa ke kedai bateri kereta terdekat.

Dekat situ saja memerlukan dua kos iaitu kos towing kereta serta kos beli bateri kereta yang baru.

Namun, perlu diingatkan supaya anda sudah memastikan tanda tanda bateri kereta kong berlaku kepada kereta anda itu adalah betul.

6. Buat carian di internet khimat towing kereta

Jika bukan masalah bateri kereta kong berlaku kepada anda, maka buat panggilan kepada khidmat towing kereta supaya kereta anda di bawa ke bengkel kereta berhampiran.

Kadang-kadang kereta anda mengalami masalah alternator yang memerlukan kereta tersebut dibawa ke bengkel kereta.

Kesimpulan apa perlu buat jika bateri kereta kong

Begitulah sedikit sebanyak tentang apa perlu buat jika bateri kereta kong terjadi kepada anda. Lebih-lebih lagi ianya berlaku pada lewat malam.

Apa yang paling penting adalah anda bertenang supaya masalah yang dihadapi itu dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan baik.

2 thoughts on “Apa perlu buat jika bateri kereta kong ?

Comments are closed.