Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Kepala bateri kereta longgar

Kepala bateri kereta longgar. Adakah anda sedang mengalami masalah bateri kereta yang kerap mati berulang kali ?

Hal ini demikian adalah satu penyebabnya disebabkan kepala bateri kereta longgar.

Kepala bateri kereta merupakan elemen penting yang menghubungkan antara bateri kereta kepada bahagian dalaman kereta anda.

Pengantara kepala bateri kereta itu adalah wayar positif dan negatif dari bahagian dalaman kereta dan juga terminal bateri kereta anda.

kepala bateri kereta longgar
Kepala bateri kereta longgar

Apakah punca yang menyebabkan kepala bateri kereta longgar ?

Ada beberapa sebab mengapa kepala bateri kereta yang anda gunakan itu sudah longgar seperti :

1. Skru kepala bateri kereta

Terdapat skru pada kepala bateri kereta anda yang berfungsi sebagai pengikat kepada terminal bateri kereta.

Untuk cabut bateri kereta, skru pada kepala bateri kereta perlu dilonggarkan. Manakala, untuk pasang bateri kereta pula memerlukan skru tersebut itu diketatkan.

Jika anda sudah menggunakan kereta bagi jangka masa yang lama, sudah pasti banyak kali bateri kereta anda ditukar.

Maka, skru pada kepala bateri kereta itu akan menjadi longgar atau loose bila tiba masanya oleh kerana kekerapan membuka dan memasang bateri kereta yang baru.

2. Terminal bateri kereta longgar

Perkara seperti terminal bateri kereta longgar juga turut membolehkan keseluruhan kepala bateri kereta anda menjadi turut longgar.

Setiap kepada bateri kereta mempunyai had tertentu sehingga ianya diikat dengan ketat.

Jika terminal bateri kereta sudah longgar, maka kepala bateri kereta turut akan mempengaruhi menjadi longgar.

3. Wayar bateri kereta longgar

Terdapat 2 wayar iaitu wayar positif dan wayar negatif yang akan disambungkan kepada kepala bateri kereta. Jika wayar bateri kereta longgar akan turut mengganggu aliran tenaga elektrik dihantar kepada komponen kereta untuk menjalankan kerjanya.

Apakah kesan terhadap kepala bateri kereta longgar ?

Apabila anda membiarkan kepala bateri kereta longgar ini terjadi berterusan, kesan kepada pemanduan anda akan terganggu.

Hal ini kerana, semasa kereta bergerak, pasti akan melalui liku-liku seperti lubang atau bonggal yang boleh menyebabkan kepala bateri kereta longgar itu tertanggal dari terminal bateri kereta anda.

Hubungan antara kepala bateri kereta dengan terminal bateri kereta akan terputus lalu menyebabkan aliran elektrik dari bateri kereta tidak digunakan.

Bila berlaku perkara ini, walaupun anda baru saja beli bateri kereta baru, anda akan mengalami perkara seperti enjin kereta tiba-tiba tidak boleh dihidupkan.

Apabila sudah buka bonet dan check keadaan bateri kereta baru anda dapati kepala bateri kereta longgar itu telah terkeluar dari terminal bateri kereta.

Hal ini demikian jika dibiarkan, maka jangka hayat bateri kereta akan menjadi singkat oleh kerana aliran elektrik dari bateri kereta kepada kereta tidak dapat digunakan secara optimum.

Bacaan terkait : Jangka hayat bateri kereta

Apakah ada cara untuk membaiki kepala bateri kereta longgar selain tukar kepada yang baru ?

Bagi sementara waktu, mengikut pengalaman aku sendiri, aku pernah sendiri menyelitkan segelung kecil besi antara kepala bateri kereta dan terminal bateri kereta.

Hasilnya, kepala bateri kereta longgar asalnya sudah diketatkan dan aliran elektrik dari bateri kereta berjalan dengan baik.

Namun, ini merupakan kaedah sementara sahaja. Pemanduan pun tidak digalakkan begitu aggressif. Jika terlanggar bonggol dalam keadaan laju, sudah pasti kepala bateri kereta itu akan tertanggal semula.

Tukar kepala bateri kereta longgar tadi kepada yang baru di bengkel kedai kereta dengan segera bagi mengelakkan kekerapan bateri kereta anda mempunyai masalah akan datang.

3 thoughts on “Kepala bateri kereta longgar

Comments are closed.