Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Apakah ciri-ciri bateri bezza 1.3 X yang kena tahu ?

Bateri Bezza 1.3 X. Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang bateri kereta bagi sebuah perodua bezza 1.3 spec X.

Jika anda menggunakan perodua bezza 1.3 X sudah pasti artikel ini adalah untuk anda. Artikel ini akan mengfokuskan tentang bateri kereta anda.

Setiap kereta mempunyai ciri-cirinya yang berbeza. Begitu juga untuk sesebuah bateri kereta bezza 1.3 spec X perlu diketahui apakah bateri kereta yang sesuai untuk digunakan.

Semua ini akan berada dalam artikel ini yang boleh anda jadikan rujukan sekiranya anda merupakan pengguna dan pemilik kereta perodua bezza 1.3 X.

Adakah bateri kereta jenis kering atau basah sesuai untuk digunakan oleh perodua bezza 1.3 X ?

Sebenarnya kedua jenis bateri kereta kering mahupun bateri kereta basah boleh dijadikan pilihan untuk bateri bezza 1.3 X anda.

Lebih mudah nak faham, pilih bateri kereta jenis kering untuk bateri bezza 1.3 X anda sekiranya anda jenis suka start kereta dan terus jalan setiap hari.

Manakala, sekiranya anda jenis sedikit rajin dan tahu untuk maintain bateri kereta, gunakan bateri kereta jenis basah. Ianya perlu diberi perhatian lebih kerana perlu mengisi air bateri kereta sekiranya sudah berkurangan.

Kedua jenis bateri kereta kering dan basah ini mempunyai kelebihan masing-masing. Pilih mengikut gaya hidup yang diberikan di atas bagi memudahkan untuk anda faham.

Kebanyakkannya akan memilih bateri kereta jenis kering untuk bateri bezza 1.3 X kerana ianya sangat mudah dan praktikal dan tidak perlu sentiasa buka bonet kereta untuk check baki air bateri kereta.

Apakah saiz terbaik yang patut anda beli bagi menggantikan bateri kereta lama kepada bateri kereta baru perodua bezza 1.3 X ini ?

Bila bercakap mengenai saiz bateri kereta bezza, ianya merujuk kepada kod (code) yang tertera pada bateri kereta.

Nak mudah, anda boleh rujuk pada bateri kereta lama yang ingin anda tukar kepada bateri kereta baru.

Disitu, akan tertulis kod yang memberitahu anda tentang saiz bateri kereta bezza anda.

Untuk saiz bateri bezza 1.3 X sangat sesuai untuk menggunakan saiz bateri kereta NS40 atau NS40ZL. Salah satu kod bateri kereta ini boleh digunakan pada kereta bezza anda.

Anda tidak perlu begitu risau kerana berkenaan saiz bateri kereta bezza ini sudah diketahui oleh pihak kedai bateri kereta.

Berapa lamakah tempoh bagi sebuah bateri bezza 1.3 X mampu bertahan ?

Jawapan kepada persoalan tempoh jangka hayat bateri kereta bezza lebih-lebih lagi bateri bezza 1.3 X ini sangatlah subjektif.

Hal ini demikian, bergantung kepada perkara berikut :

  1. Kekerapan penggunaan kereta seperti harian, mingguan atau bulanan.
  2. Adakah anda suka melenjan kereta bezza atau pun suka membawa secara berhemah.
  3. Adakah terdapat penambahan aksesori yang melibatkan wiring tambahan secara berlebihan.

Ketiga point di atas merupakan antara penyebab bateri kereta bezza anda tahan ataupun sebaliknya.

Bagaimanakah ingin check baki elektrik untuk sebuah bateri bezza 1.3 X ?

Check baki elektrik dalam bateri kereta amat sesuai dibuat sekiranya anda sudah melepasi 2 tahun penggunaan bateri bezza 1.3 X tersebut.

Anda boleh ke kedai bateri kereta terdekat untuk membuat bacaan Volt dan dapatkan nasihat dari pihak kedai bateri kereta tersebut.

Jika masih berada tahap optimum, anda masih boleh gunakan bateri kereta tersebut untuk tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.

Manakala, jika sudah berada pada tahap lemah, maka digalakkan untuk tukar bateri kereta baru. Selain itu, anda boleh gunakan initiatif seperti mengecas bateri kereta dan ianya boleh memanjangkan umur bateri kereta bezza sehingga 6 bulan.

bateri bezza 1.3 x

Apakah brand bateri kereta dan sekaligus harga bateri bezza 1.3 X boleh anda belanjakan setiap kali ingin membeli yang baru ?

Untuk pengetahuan anda, bateri bezza 1.3 X menggunakan bateri biasa. Hal ini kerana, ianya tidak mempunyai Start/Stop atau Eco idle sistem yang membantu mematikan enjin kereta sementara kereta dalam keadaan pegun/ tidak bergerak.

Harga bateri bezza 1.3 X jauh lebih jimat dibandingkan dengan bateri kereta bezza yang menggunakan eco idle.

Berikut merupakan jenama/brand bateri kereta jenis kering yang anda boleh gunakan dengan anggaran harga bateri bezza 1.3 X yang sangat berpatutan.

Jenama/Brand bateri keretaHarga bateri bezza 1.3 X
CenturyRM190
AmaronRM265
YokohamaRM175
BoschRM183
MotoliteRM150
ExcelRM120

One thought on “Apakah ciri-ciri bateri bezza 1.3 X yang kena tahu ?

Comments are closed.