Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri kereta kancil 660

Harga bateri kereta kancil 660. Berapakah nilai untuk anda membeli baru harga bateri kereta kancil bagi 660 yang berada di pasaran kini ?

Memiliki sebuah kereta idaman ramai pada waktu dahulu hingga kini iaitu perodua kancil adalah bukan sesuatu yang pelik.

Sejak pengeluarannya sejak tahun 1994 merupakan sebuah kereta yang memainkan peranan menuju ke sesebuah lokasi.

Namun, pada waktu sekarang ianya masih menjadi permintaan ramai oleh kerana ingin menjadikan koleksi.

Koleksi yang dimaksudkan bukan untuk disimpan dan dijadikan hobi sahaja, malah dijadikan sebagai kebanggaan produk kereta tempatan.

Apakah itu kereta kancil 660 ?

Sebelum anda perlu tahu apa itu bateri kancil 660, maka perlu tahu dahulu apakah itu makna disebalik kereta kancil 660.

Nombor 660 itu sendiri sebenarnya merupakan bilangan atau nilai cc enjin bagi kereta perodua kancil ini.

Walaupun mempunyai badan/chasis yang sama, namun yang membezakan antara jenis kereta kancil anda adalah jumlah cc yang dibekalkan.

Apabila anda sudah mengenal pasti cc enjin kereta kancil 660 ini, maka mudahlah untuk anda melakukan segala perkara berkait rapat dengan cc enjin kereta kancil ini.

Termasuklah bagi urusan bateri kereta kancil 660. Sebelum anda nak tukar bateri kereta baru, anda perlu membuat check sama ada kereta kancil yang anda gunakan itu merupakan 660 atau 850.

Bagaimana ingin kenal pasti bateri kereta kancil 660 ?

Antara bateri kancil 660 dan bateri kancil 850 tiada beza sebenarnya. Namun, dari segi output bateri kereta kancil 660 lebih jimat penggunaannya.

Hal ini demikian, cc enjin yang rendah seperti bateri kereta kancil 660 pasti akan menggunakan tenaga yang lebih rendah.

Ianya merupakan salah satu faktor ketahanan bateri kereta. Namun, boleh juga terjadi penggunaan bateri kereta kancil 660 lebih boros digunakan oleh sebab-sebab seperti kekerapan menggunakan kereta untuk jarak yang jauh serta terdapat pengubahsuaian pada wiring dalam kereta kancil.

Oleh itu, perkara utama untuk kenal pasti bateri kereta kancil 660 ini amatlah mudah berdasarkan bateri kereta kancil 660 yang lama untuk dijadikan rujukan.

Berapakah harga bateri kereta kancil 660 berdasarkan brand yang terdapat di pasaran negara kita ?

Pilihan bagi bateri kereta yang sesuai dengan bateri kancil 660 sangatlah banyak. Jika dilihat satu persatu boleh membuatkan anda pun tidak pasti yang manakah yang paling terbaik.

harga bateri kereta kancil 660

Untuk anda mendapatkan pilihan bateri kereta kancil 660 terbaik bukanlah berdasarkan harga bateri kancil 660 yang murah sahaja.

Ianya perlu dipertimbangkan berdasarkan kualiti dan jenama yang dipercayai dan juga tawaran seperti warrantly yang sebenar.

Jika harga bateri kereta kancil 660 murah, belum tentu lagi boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Oleh itu, pastikan anda tidak bergantung dengan harga yang berpatutan namun memberikan fungsi yang baik terhadap kereta perodua kancil 660 anda.

Berikut merupakan jenama atau brand serta harga bateri kereta kancil 660 yang boleh anda dapatkan di pasaran :

Jenama bateri keretaHarga bateri kereta kancil 660
AmaronRM192
CenturyRm189
VartaRM178
BoschRM183
CamelRM198

One thought on “Harga bateri kereta kancil 660

Comments are closed.