Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kering boleh jumper tak ?

Bateri kereta kering boleh jumper tak. Sememangnya ada terdapat jenis-jenis bateri kereta iaitu terdiri daripada bateri kereta kering dan juga bateri kereta basah.

Berdasarkan artikel ini, kita akan menjawab tentang persoalan adalah bateri kering boleh jumper tak ? Hal ini menimbulkan pertanyaan kepada anda yang menggunakan jenis bateri kereta kering berasa kurang pasti akan perkara ini.

Apakah kelebihan sekiranya bateri kereta kering boleh jumper ? Adakah terdapat kesan buruk sekiranya anda masih bergantung kepada membuat jumper bateri kereta kering kepada kereta anda ?

Apakah proses bateri kereta kering jumper ini rumit dan tidak sama seperti bateri kereta lain ? Persoalan di atas adalah melalui pengalaman semasa berlakunya bateri kereta lemah.

Ianya juga tidak digalakkan dilakukan semasa bateri kereta anda telah habis. Kita boleh tahu bateri kereta itu telah habis terus atau pun masih boleh diselamatkan lagi.

Setidaknya mampu membawa kereta anda pulang ke kediaman sementara menukar bateri kereta baru atau terus ke kedai bateri kereta.

Bacaan terkait : Jumper bateri kereta

Bateri kering boleh jumper tak ?

Bateri kereta kering boleh jumper atau tak ?Jawapannya adalah ringkas. Sudah tentu bateri kering kereta anda boleh anda lakukan jumper.

Untuk jumper bateri kereta kering, ianya tidak memilih jenis bateri kereta itu sendiri. Tujuan jumper bateri kereta adalah untuk membantu kereta anda yang masih berbaki cas elektrik di dalamnya.

bateri kereta kering boleh jumper tak
Bateri kereta kering boleh jumper tak

Apakah kelebihan disebalik bateri kereta kering boleh jumper ?

Jika anda jumper bateri kering kereta yang lemah, pasti enjin kereta anda masih boleh dihidupkan buat perjalanan yang singkat.

Paling tidak pun ianya membantu membawa kereta anda pulang ke rumah sementara anda membeli bateri kereta untuk ditukar kepada yang baru.

Namun, kelebihan ini perlulah diiringi dengan alatan jumper kereta. Jika tiada alatan jumper ini maka bateri kereta kering anda tidak boleh di start bagi digerakkan buat sementara waktu.

Adakah proses jumper bateri kereta kering rumit ?

Mudah sahaja jika anda tahu proses jumper bateri kereta kering. Ianya adalah sama seperti proses jumper bateri kereta yang lain.

Apa yang penting tekniknya perlulah betul supaya tidak berlaku sebarang litar pintas semasa melakukan bateri kereta kering.

Hal ini demikian, dapat mengelakkan kerosakan dalaman terhadap kereta yang membantu anda untuk dijumper.

Apakah kesan buruk sekiranya kerap kali anda melakukan jumper terhadap bateri kereta kering ?

Proses jumper bateri kereta kering memberikan kesempatan kereta anda yang melalui masalah bateri kereta lemah untuk dibantu.

Jika anda kerap kali melakukan jumper pada bateri kereta kering anda, pasti akan datang ianya sudah tidak boleh dilakukan lagi.

Hal ini kerana, tenaga elektrik yang tersimpan di dalam bateri kereta sudah kehabisan. Tujuan jumper bateri kereta sudah tidak boleh dicapai lagi walaupun kereta anda sudah boleh di start.

Bila nak menggerakkan kereta akan memerlukan tenaga di dalam bateri kereta lebih kuat dan pasti enjin kereta anda akan mati selepas itu.

2 thoughts on “Bateri kereta kering boleh jumper tak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *