Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cabut kepala bateri kereta mati

Cabut kepala bateri kereta mati. Apakah yang menjadi sebab apabila anda mencabut kepala bateri kereta dan kemudian enjin kereta itu tiba-tiba mati atau tidak hidup ?

Seperti yang kita tahu bateri kereta membantu enjin kereta anda semasa ingin dihidupkan. Peranan bateri kereta juga bukan itu saja, ia membantu kereta anda untuk berfungsi dengan baik seperti menyalakan lampu dan radio kereta anda.

Jika bateri kereta lemah atau sudah habis, maka kereta anda juga tidak dapat dihidupkan. Malah, akan menjejaskan urusan harian anda.

Namun, jika anda sudah menukar kepada bateri kereta yang baru, namun tetap menjadi masalah yang sama, apakah yang menjadi punca kepada perkara tersebut ?

Kenapa cabut kepala bateri kereta mati ?

Punca asalnya anda tidak akan tahu jika tidak terjadi masalah semasa pemanduan. Walaupun bateri kereta anda sudah ditukar kepada baru, enjin tetap boleh dihidupkan.

cabut kepala bateri kereta mati
Cabut kepala bateri kereta mati

Namun, semasa melakukan pergerakkan enjin kereta anda seperti tidak support dengan pergerakkan. Dari situ juga anda akan perasan pada panel meter kereta anda akan menyala lampu bateri kereta.

Punca sebenar kepada cabut kepala bateri kereta mati adalah berasal dari alternator kereta anda. Namun, bukan disebabkan bateri kereta anda.

Untuk anda menambah kepastian masalah sebenar itu datang dari alternator adalah dengan cara selepas enjin kereta anda dihidupkan. Kemudian, cabut salah satu kepala bateri kereta anda dan akan dapati enjin kereta anda akan mati.

Artikel berkaitan : Cabut bateri kereta positif atau negatif

Apa kaitan bateri kereta dengan alternator semasa cabut kepala bateri kereta ?

Bateri kereta bertindak sebagai menghidupkan enjin kereta anda. Manakala, alternator pula berperanan sebagai seperti dynamo.

Dynamo apabila pergerakkan dilakukan, maka bateri kereta anda tidak digunakan sepenuhnya. Malah, alternator akan menggantikan bateri kereta dengan menghasilkan tenaga elektriknya sendiri.

Dan segala fungsi dalaman kereta yang memerlukan tenaga elektrik dan elektronik adalah dari pengecasan alternator sewaktu pemanduan.

Maka, penggunaan bateri kereta anda dijimatkan dengan kehadiran alternator itu sendiri. Jika alternator tidak berfungsi, maka pergerakkan kereta yang dilakukan akan diganti kepada bateri kereta sepenuhnya.

Disebabkan itulah, lampu bateri kereta pada panel meter kereta anda akan menyala sewaktu kereta anda bergerak. Ia menandakan alternator kereta anda tidak berfungsi, malah ia menggunakan bateri kereta.

Sewaktu anda cabut kepala bateri kereta, enjin kereta akan mati. Ini bermakna, enjin kereta dihidupkan dengan menggunakan bateri kereta sahaja tanpa alternator itu sendiri.

Adakah perlu untuk tukar kepada bateri kereta baru jika alternator sudah diganti ?

Jalan kepada penyelesaian kepada masalah cabut kepala bateri kereta mati ini adalah menukar kepada alternator baru. Jika tidak tukar alternator baru, cukup untuk ianya dibaiki untuk penjimatan jika ia masih boleh dibaiki.

Minta nasihat pihak bengkel kereta. Jika tukar kepada alternator baru pun lebih bagus sebenarnya kerana alternator yang dibaiki kemungkinan tidak tahan lama.

Berbalik kepada persoalan di atas, penggunaan bateri kereta walaupun baru dibeli itu boleh digunakan lagi.

Gunakan sehingga ianya betul-betul habis atau kong dan dalam masa yang sama alternator sudah diganti kepada yang baru.

Akan datang jika bateri kereta sudah kong barulah mudah untuk tahu enjin kereta tidak dapat dihidupkan disebabkan bateri kereta telah pun habis.

One thought on “Cabut kepala bateri kereta mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *