Jumper bateri kereta : Cara paling simple
Jumper bateri kereta. Bagaimanakah untuk anda bagi menggunakan jumper kereta ketika dalam beberapa situasi yang agak terdesak ?
Setiap bateri kereta yang lemah adalah masih boleh diselamatkan lagi dengan beberapa kaedah.
Salah satunya dengan cara menggunakan jumper bateri kereta. Antara situasinya adalah tiba-tiba enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan atau tak boleh start.
Tetapi dalam masa yang sama bila kunci kereta anda dimasukkan dan ditujukan pada “ON”, nyalaan pada paparan meter kereta masih lagi mempunyai lampu.
Ini menandakan bateri kereta anda sudah berapa di tahap lemah dan memerlukan tenaga bateri kereta yang lebih baik untuk kereta anda dapat start enjinnya.
Kegunaan jumper kereta
Jumper bateri kereta merupakan cara paling mudah untuk anda menghidupkan atau start enjin kereta jika mengalami masalah bateri kereta lemah.
Jumper bateri kereta dalam kata mudah merupakan cara pinjaman tenaga bateri kereta yang berada dalam keadaan optimum kepada kereta yang mempunyai tenaga bateri kereta lemah.
Fungsi jumper kereta ini hanya membantu kereta yang mempunyai bateri kereta lemah tadi untuk sekadar hidupkan enjin kereta sahaja.
Jadi, kereta yang mempunyai bateri kereta lemah tadi boleh la bergerak ke kedai bateri kereta terdekat agar dapat tukar bateri kereta yang baru.

Bateri kereta kering boleh jumper tak ?
Bateri kereta kering boleh jumper atau tak ?Jawapannya adalah ringkas. Sudah tentu bateri kering kereta anda boleh anda lakukan jumper.
Untuk jumper bateri kereta kering, ianya tidak memilih jenis bateri kereta itu sendiri. Tujuan jumper bateri kereta adalah untuk membantu kereta anda yang masih berbaki cas elektrik di dalamnya.

Apakah kelebihan disebalik bateri kereta kering boleh jumper ?
Jika anda jumper bateri kering kereta yang lemah, pasti enjin kereta anda masih boleh dihidupkan buat perjalanan yang singkat.
Paling tidak pun ianya membantu membawa kereta anda pulang ke rumah sementara anda membeli bateri kereta untuk ditukar kepada yang baru.
Namun, kelebihan ini perlulah diiringi dengan alatan jumper kereta. Jika tiada alatan jumper ini maka bateri kereta kering anda tidak boleh di start bagi digerakkan buat sementara waktu.
Adakah proses jumper bateri kereta kering rumit ?
Mudah sahaja jika anda tahu proses jumper bateri kereta kering. Ianya adalah sama seperti proses jumper bateri kereta yang lain.
Apa yang penting tekniknya perlulah betul supaya tidak berlaku sebarang litar pintas semasa melakukan bateri kereta kering.
Hal ini demikian, dapat mengelakkan kerosakan dalaman terhadap kereta yang membantu anda untuk dijumper.
Apakah kesan buruk sekiranya kerap kali anda melakukan jumper terhadap bateri kereta kering ?
Proses jumper bateri kereta kering memberikan kesempatan kereta anda yang melalui masalah bateri kereta lemah untuk dibantu.
Jika anda kerap kali melakukan jumper pada bateri kereta kering anda, pasti akan datang ianya sudah tidak boleh dilakukan lagi.
Hal ini kerana, tenaga elektrik yang tersimpan di dalam bateri kereta sudah kehabisan. Tujuan jumper bateri kereta sudah tidak boleh dicapai lagi walaupun kereta anda sudah boleh di start.
Bila nak menggerakkan kereta akan memerlukan tenaga di dalam bateri kereta lebih kuat dan pasti enjin kereta anda akan mati selepas itu.
Jumper kereta yang mempunyai gear automatik (auto/cvt/dcvt dan lain-lain)
Adakah kereta yang menggunakan gear automatik boleh membuat jumper kereta ?
Sama ada kereta anda menjadi jumper kepada kereta lain atau kereta anda dijumper oleh kereta lain, jumper kereta untuk kereta yang menggunakan transmisi automatik adalah boleh dilakukan.
Tidak kiralah dengan kehadiran pelbagai jenis kereta automatik sekarang ini ianya adalah boleh sama sekali.
Tambahan pula, alternatif ini merupakan satu-satunya cara bagi menghidupkan kereta gear automatik pada waktu getir sebelum anda bertindak untuk menukar bateri kereta yang baru.
Untuk kereta gear automatik juga, jumper bateri kereta dapat membantu kereta untuk di bawa keluar dari tempat sukar untuk menarik kereta menggunakan trak tunda atau towing kereta.
Contoh tempat yang sukar dicapai untuk towing kereta anda adalah kawasan parking mall bertingkat serta rumah kediaman seperti apartment bertingkat.
Jawapannya adalah jumper kereta untuk kereta automatik adalah jalan penyelesaian sementara bagi membawa kereta keluar dari kawasan tersebut sementara kereta boleh dihidupkan enjin.
Adakah terdapat beza cara jumper bateri untuk kereta gear auto dan manual ?
Untuk pengetahuan anda, tiada beza cara jumper bateri kereta antara kereta yang berbeza transmisi gear auto dan gear manual.
Keduanya mengikut prosedur dan aturan yang sama bagi melengkapkan proses cara jumper bateri kereta selengkapnya.
Jika cara jumper bateri kereta auto tidak sama untuk cara jumper bateri kereta manual, maka terdapat sesuatu yang anda terlepas pandang ketika melalui prosedur ini dari mula hingga akhir.
Ulang semula cara jumper bateri kereta auto anda dengan tertib tanpa sebarang halangan dihadapi. Jika cara jumper bateri kereta auto anda masih terdapat masalah, maka ianya perlu merujuk kepada peralatan yang anda gunakan itu adakah ia berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Cara jumper bateri kereta yang betul
Berikut merupakan susunan cara jumper bateri kereta yang betul boleh anda praktikkan :
- Buka bonet hadapan kereta anda.
- Kenal pasti di manakah bateri kereta anda diletakkan.
- Rapatkan kereta yang mempunyai bateri kereta yang masih optimum dengan kereta bateri kereta lemah supaya wayar jumper bateri kereta dapat di capai dengan baik.
- Pastikan kereta yang membantu dimatikan enjin terlebih dahulu.
- Ambil jumper bateri kereta.
- Kepitkan wayar merah (positif) dan wayar hitam (negatif) pada bateri kereta yang mempunyai bateri kereta optimum tadi.
- Kemudian, ambil wayar merah terlebih dahulu dan kepitkan pada wayar positif yang berwarna merah bateri kereta lemah.
- Seterusnya, wayar hitam pula di kepitkan pada mana-mana bahagian besi dalam kereta bateri kereta lemah tadi.
- Mulakan start enjin kereta untuk kereta yang memberi bantuan.
- Buka lampu kereta bagi menaikkan sedikit penggunaan voltan semasa pemberian tenaga bateri kereta pada kereta yang memberi bantuan.
- Start enjin kereta untuk kereta yang mempunyai bateri kereta lemah tadi.
- Selesai.
Setelah enjin berjaya dihidupkan, cabut jumper bateri kereta anda secara terbalik dari cara pasang jumper bateri kereta tadi.
Cara jumper bateri kereta auto langkah demi langkah
1. Sediakan peralatan bagi memulakan cara jumper bateri kereta auto
Antara peralatan bagi melakukan cara jumper bateri kereta auto adalah set wayar jumper dan sepasang sarung tangan.
Sarung tangan amat penting supaya anda dapat mengelakkan dari terkenal sebarang renjatan elektrik.
2. Gunakan bateri kereta yang masih berfungsi dengan baik pada kereta lain
Untuk lakukan cara jumper bateri kereta auto anda, anda memerlukan sebuah kereta lain yang mempunyai bateri kereta yang masih baik keadaannya.
Pastikan kereta tersebut dimatikan enjinnya sebelum alatan jumper mula digunakan.
3. Guna alatan jumper
Ambil alatan jumper kereta positif dan negatif dan kepitkan pada bahagian bateri kereta yang berfungsi dengan baik tadi.
Kepitkan jumper berwarna merah pada terminal atau besi wayar positif. Manakala, kepitkan pula jumper berwarna hitam kepada terminal atau besi wayar negatif.
Kemudian, ambil wayar positif sejalur yang telah dikepitkan tadi dan kepitkan kepada terminal atau wayar positif bateri kereta yang perlukan bantuan dihidupkan enjin kereta.
Seterusnya, ambil pula wayar negatif berwarna hitam yang sejalur dengan bahagian kepitan negatif tadi dan kepitkan kepada mana-mana bahagian besi di kawasan dalam bonet kereta anda.

4. Hidupkan enjin kereta
Hidupkan enjin kereta yang mempunyai fungsi bateri kereta yang baik tadi. Selepas itu buka lampu besar kereta anda untuk meningkatkan kadar aliran cas elektrik.
Pastikan gear kereta auto anda berada pada kedudukan P (parking). Seterusnya, start enjin kereta auto yang mengalami masalah untuk hidupkan enjin tadi.
5. Cabut wayar jumper bateri kereta
Setelah enjin kereta telah dihidupkan, maka cara jumper bateri kereta auto anda telah pun berjaya dilaksanakan.
Kemudian, cabut wayar jumper bateri kereta anda satu persatu. Namun, cabut wayar jumper bateri kereta secara reverse dari cara pasang jumper tadi.
Mulakan dengan mencabut wayar negatif yang telah diletakkan pada besi badan kereta tadi dan seterusnya wayar negatif pada kereta satu lagi. Manakala, wayar positif juga turut dicabut mengikut turutan terbalik seperti wayar negatif.
Enjin kereta auto anda akan kekal hidup sehinggalah anda sendiri yang mematikan enjinnya.
6. Bawa kereta ke kedai bateri kereta terdekat
Apabila enjin kereta anda telah dihidupkan, bawa kereta itu ke kedai bateri kereta berhampiran agar anda boleh tukar kepada bateri kereta yang baru.
Anda tidak digalakkan masih menggunakan bateri kereta tersebut kerana akan datang pasti akan menimbulkan masalah tidak boleh start sekali lagi.
Jika berlaku sekali lagi, maka gunakan cara jumper bateri kereta auto ini sama seperti pertama kali anda melakukannya.
Cara jumper bateri kereta sel kering
Cara jumper bateri kereta bagi yang menggunakan bateri kereta jenis sel kering boleh mengikut cara dan langkah yang telah diberikan di atas.
Sebenarnya tiada beza pun cara jumper bateri kereta sekiranya anda menggunakan bateri kereta jenis kering ataupun basah.
Yang penting, teknik dan langkah itu perlulah mengikut aturan yang betul. Jangan anda cuba skip salah satu dari langkah di atas supaya tidak berlaku sebarang masalah lain.
Jika berlaku sebarang litar pintas, secepat mungkin rujuk pihak bengkel kereta berdekatan. Hentikan dari mencuba cara jumper bateri kereta sendiri jika sudah berlaku perkara ini.
Cara jumper bateri kereta guna power bank
Begitu juga dalam cara jumper bateri kereta menggunakan power bank. Gelaran ini juga kita boleh kenali sebagai portable car battery.
Portable car battery ini sebenarnya digunakan sebagai pengecas bateri kereta yang lemah.
Bateri kereta anda yang lemah akan ditambah tenaga elektrik di dalamnya mengikut waktu pengecasan yang betul.
Namun, untuk jangka masa yang singkat, portable car battery atau power bank ini juga boleh digunakan segala anda hendak menggunakan cara jumper bateri kereta.
Tidak banyak beza seperti cara jumper bateri kereta yang betul di atas. Berikut merupakan cara jumper bateri kereta guna power bank :
- Buka bonet kereta anda.
- Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda.
- Ambil power bank.
- Kepitkan wayar merah (positif) dari power bank tadi kepada wayar bateri kereta anda yang lemah tadi.
- Kemudian, wayar hitam (negatif) pula anda kepitkan pada mana-mana bahagian besi dalam kawasan bonet kereta anda.
- Mulakan start enjin kereta.
- Selesai.
Seperti biasa, setelah enjin dapat dihidupkan, cabut wayar hitam terlebih dahulu. Kemudian baru anda cabut wayar berwarna merah.
Bolehkah jumper bateri kereta cc enjin kereta kecil kepada cc enjin kereta besar ?
Antara syarat paling penting jika anda menggunakan cara jumper bateri kereta yang betul adalah cc enjin kereta.
Bantuan yang diberikan oleh kereta yang mempunyai cc enjin kecil adalah tidak digalakkan sama sekali.
Kereta yang membantu kereta bateri kereta lemah perlulah mempunyai cc enjin yang sama atau lebih tinggi.
Hal ini kerana, jika bateri kereta dari cc enjin kecil digunakan, ia tidak akan dapat membantu bateri kereta yang mempunyai cc enjin besar yang memerlukan voltan melebihi dari kereta cc enjin kecil berikan.
Berapa lama nak jumper bateri kereta ?
Setelah enjin kereta berjaya dihidupkan, agak-agak berapa lama perlu jumper bateri kereta itu dibiarkan seketika ?
Mengikut pengalaman, dinasihatkan untuk anda membiarkan 5 minit hingga 10 minit sebelum jumper bateri kereta.
Cabut jumper bateri kereta anda setelah melepasi waktu tersebut. Tempoh ini cukup sekadar menstabilkan aliran elektrik dalaman kereta anda sebelum menggerakkan kereta.
Proses jumper ini juga tidak boleh digunakan secara berkali-kali. Selagi bateri kereta anda tidak kong, ia masih boleh anda melakukan jumper.
Kereta yang tak boleh jumper
Susdah tentu kereta yang tak boleh melakukan jumper bateri kereta adalah kereta yang sudah mencapai bateri kereta kong atau kehabisan bateri kereta secara sepenuhnya.
Cara nak tahu bateri kereta kong sepenuhnya bila anda masukkan kunci dan putar ke arah “ON”, tiada sebarang nyalaan lampu pada paparan meter kereta anda.
Kesan jumper bateri kereta
Kesan jika anda melakukan jumper bateri kereta sudah tentu memberikan kebaikan iaitu menjimatkan kos.
Jumper bateri kereta dapat menggerakkan sebuah kereta yang mempunyai bateri kereta lemah untuk datang ke kedai bateri kereta bagi menggantikannya kepada bateri kereta yang baru.
Jika jumper bateri kereta tidak dilakukan, sudah pasti anda memerlukan trak tunda bagi membawa kereta ke kedai bateri kereta atau bengkel kereta berdekatan. Ianya memerlukan anda untuk keluarkan kos lain selain perlu mengeluarkan kos membeli bateri kereta yang baru kemudiannya.

Pingback: Bateri kereta kering boleh jumper tak ? - Mekanikakereta
Pingback: Cara jumper bateri kereta auto - Mekanikakereta