Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kong lama tak start

Bateri kereta kong lama tak start. Adakah benar sebab bateri kereta kong adalah berpunca dari kereta anda dah lama tak start enjinnya ?

Apakah penjelasan disebalik faktor bateri kereta kong lama tak start yang bakal atau telah dilalui oleh anda sekarang ?

Bagaimana caranya nak jadikan bateri kereta yang lama tak start itu boleh tahan lama ? Ianya disebabkan beberapa faktor salah satunya akan dirungkaikan di bawah.

Hal ini mungkin membantu sedikit sebanyak dalam penjimatan mengganti bateri kereta yang baru dalam tempoh terlalu awal kepada anda.

bateri kereta kong lama tak start
Bateri kereta kong lama tak start

Adakah benar bateri kereta boleh menjadi kong kerana lama tak start ?

Mengikut pengalaman aku sendiri adalah betul dan benar bateri kereta kong lama tak start. Dahulunya aku menggunakan motor sahaja untuk pergi balik tempat kerja.

Jadi, memandangkan kereta aku adalah sangat jarang digunakan dan dalam masa yang sama dengan kesibukan aku dalam bekerja di luar kawasan.

Oleh itu, kereta tersebut sudah lama tidak start padahal bateri kereta baru 1 tahun ditukar kepada yang baru.

Lebih kurang 1 bulan jugalah kereta aku tu tak dihidupkan enjinnya. Aku hanya membiarkannya sahaja tanpa risau dan banyak fikir.

Satu hari tiba masa aku nak hidupkan enjin kereta itu, ia bermula dengan tidak respon apabila menggunakan kunci alarm kereta.

Aku pun terus sudah agak masalah yang bakal aku hadapi adalah bateri kereta kong disebabkan lama tak start.

Apakah penjelasan disebalik bateri kereta kong lama tak start ?

Penjelasannya adalah mudah dan mengikut logik. Bateri kereta kong lama tak start adalah tidak mengalirkan sebarang cas elektrik bagi sebuah kereta.

Lama kelamaan aliran cas bateri kereta yang tersimpan dalam bateri kereta akan dialirkan ke bumi melalui badan kepada tayar kereta seterusnya ke permukaan bumi.

Dan disebabkan inilah aliran cas dalam bateri kereta akan berkurangan dan terbazir dengan cepat dan terjadikan bateri kereta kong lama tak start.

Sekiranya anda melakukan 1 minggu sekali start enjin kereta, hal bateri kereta kong juga bakal berlaku, namun, tidak secepat tidak start kereta langsung untuk jangka masa yang lama.

Bagaimanakah caranya bagi mengelakkan bateri kereta kong disebabkan lama tak start ?

Caranya ini merupakan langkah yang diambil dari awal. Namun, bukan untuk sebaik sahaja kereta anda sudah lama tidak anda start.

Langkah awal ini adalah bagus sekiranya anda lakukan kerana beberapa perkara iaitu :

Hendak ke luar negara atas beberapa urusan dalam masa yang lama contohnya percutian mahupun bekerja.

Sibuk bekerja tidak sempat untuk menghidupkan enjin kereta pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Memiliki kereta lebih dari 2 sehingga tidak dapat fokus dalam penjagaan kesemua kereta.

Cara yang paling mudah bagi mengelakkan bateri kereta kong lama tak start adalah dengan mencabut wayar positif dan negatif pada panel bateri kereta.

Dengan cara ini bateri kereta tersebut tidak akan terjadinya kong atau cepat habis. Namun, perlu diingatkan tempoh masanya perlulah anda ikuti semenjak ianya dibeli.

Hal ini kerana, tempoh sesebuah bateri kereta juga mempunyai hayatnya walaupun anda tidak menggunakannya.

Rujuk bacaan : Punca bateri kereta cepat kong

bateri kereta kong lama tak start
Bateri kereta kong lama tak start

One thought on “Bateri kereta kong lama tak start

Comments are closed.