Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Punca bateri kereta cepat kong

Punca bateri kereta cepat kong. Apakah yang boleh anda sendiri dapati tentang punca bateri kereta kong dengan cepat sebelum tiba waktunya ?

Penilaian ini adalah sangat penting supaya anda tidak mengikuti atau mengulangi perkara-perkara yang bakal anda ketahui ini. Setiap dari perkara ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah dilalui.

Ada orang bila sedang melalui masalah bateri kereta kong, barulah nak buat rujukan. Namun, ia bukan satu kesalahan pun untuk anda ketahui punca asal bateri kereta cepat kong ini.

Hal ini kerana, kadang-kadang kita pun tidak pasti masalah apakah yang sedang dihadapi oleh kereta yang digunakan kerana sejak membelinya langsung tidak mempunyai situasi sebegini.

Perhatikan beberapa punca kenapa bateri kereta cepat kong di bawah dan manakah punca sebenar yang sedang anda alami sekarang ini.

Bateri kereta kong lama tak start

Punca bateri kereta cepat kong adalah berdasarkan masalah bateri kereta kong lama tak start. Peranan untuk anda mengekalkan momentum seminimum mungkin iaitu start enjin kereta amatlah penting.

Sekiranya anda kerap outstation, pastikan kunci kereta anda diserahkan kepada orang dirumah dimana kereta itu berada.

Minta bantu untuk start enjin kereta itu seminggu 2 hingga 3 kali sebaiknya. Dengan cara ini, anda dapat membendung masalah bateri kereta cepat habis.

Namun, jika kereta anda diletakkan di tempat letak kereta di sesebuah kawasan seperti parking di lapangan terbang, ianya tidak dapat diselamatkan. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang berbuat demikian. Namun, inilah antara punca bateri kong boleh berlaku.

Kebanyakkan dari orang yang keluar outstation akan datang ke lapangan terbang menggunakan grab, teksi mahupun meminta keluarga untuk menghantar. Hal ini disebabkan, outstation yang lama perlu dimaintainkan kereta tersebut walaupun dengan hanya start seminggu sekali.

Baca selanjutnya : Bateri kereta kong lama tak start

Terlalu banyak menambah dan ubahsuai barangan gadget dalaman kereta menjadi punca bateri cepat kong

Apa kaitannya dengan kenapa bateri kereta cepat habis dengan pengubah suaian ini ? Kebanyakkan dari kita sekarang terlalu mengikut trend semasa membuat ubahsuai serta menambah barangan gadget dalam kereta. Antara contoh gadget tambahan dalaman kereta adalah lampu lining sepanjang pintu kereta.

Tambahan pula, ada yang suka menambah meter tambahan pada kereta yang dipanggil seperti 3 beradik, 5 beradik mahupun 7 beradik. Hal ini tentu membawa kesan kepada penggunaan yang lebih sesebuah bateri kereta.

Bahkan, bateri kereta akan cepat kong jika anda membuat pengubahsuaian berlebihan. Lebih buruk lagi akan memberi kesan lain seperti litar pintas pada wiring kereta.

Disebabkan kereta dah cantik, punca bateri kereta cepat kong ini perlulah anda sedari sebelum membuat pemasangan barangan gadget tambahan itu lagi supaya anda tidak terkejut dengan perubahan ini.

Minyak enjin yang tidak dijaga dengan baik

Penjagaan sesebuah enjin memberi kesan kepada bateri kereta kong cepat atau pun mengikut masa yang kebiasaannya ia akan habis. Biasa bateri kereta kong mengambil masa 2 tahun hinggalah ke 3 tahun paling lama.

Akan tetapi, jika bateri kereta anda cepat kong di bawah waktu 2 tahun dari kebiasaan ini, perhatikan pada penjagaan minyak enjin kereta anda. Apakah betul sebab bateri kereta cepat habis terkait dengan penjagaan minyak enjin kereta anda ?

Adakah anda sering melewati jangka masa tukar minyak enjin kereta? Adakah anda mengikut kilometer atau milage yang sepatutnya disarankan oleh pihak servis centre kereta anda atau kedai yang anda tukar minyak enjin kereta sebelum ini.

Bagaimana nak tahu minyak enjin perlu ditukar bagi mengelakkan bateri kereta cepat kong tanpa melihat milage dan dalam masa yang sama tidak ingat bila kali terakhir tarikh anda tukar minyak enjin kereta?

Senang sahaja iaitu anda boleh merasai kereta anda berasa berat semasa menekan minyak kereta secara drastik. Itu tandanya minyak enjin kereta anda perlu bekerja keras bagi menggerakkan kereta anda dan dalam masa yang sama akan menarik elektrik dalam bateri kereta dengan banyak.

Kesimpulan

Punca bateri kereta cepat habis atau punca bateri kereta cepat kong perlu anda ketahui supaya perkara ini tidak terjadi lagi kepada anda.

punca bateri kereta cepat kong
Punca bateri kereta cepat kong

2 thoughts on “Punca bateri kereta cepat kong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *