Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kong tak sampai setahun

Bateri kereta kong tak sampai setahun. Apakah sebabnya terjadi bateri kereta yang sedang anda gunakan menjadi kong walaupun anda baru guna tak sampai setahun ?

Hakikat barangan pakai buang atau dikenali sebagai wear & tear yang digunakan bagi kereta akan tamat luput bila tiba masanya.

Namun, bila dikaitkan dengan bateri kereta, pasti ianya merupakan sebuah punca tenaga utama yang digunakan setiap kali anda menuju dari destinasi A ke destinasi B.

Tanpa tenaga bateri kereta atau bateri kereta kong, sudah tentu kereta anda tidak mampu digerakkan menggunakan sumber elektrik yang tersimpan didalamnya.

Tempoh bateri kereta sepatutnya

Paling utama untuk anda ketahui adalah tempoh berapa lamakah ketahanan bagi sesebuah bateri kereta yang anda baru beli.

Kalau anda sering tukar-tukar bateri kereta tanpa mengambil tahu dan katakan ia adalah perkara biasa, anda patut membuat bacaan disini terlebih dahulu.

Bagi sesebuah bateri kereta, tempoh ianya akan kong adalah selepas 2 tahun hingga 2 tahun setengah dari anda menggunakan bateri kereta tersebut.

Berbeza menggunakan dan membeli. Jika anda membeli bateri kereta tapi belum masih menggunakannya kerana masih menggunakan bateri kereta lama, ianya tidak termasuk dalam tempoh penggunaan bateri kereta itu bermula.

Sebaik sahaja bateri kereta anda mula digunakan, maka tempoh bateri kereta anda barulah boleh dikira sehingga ianya tamat melepasi tempoh tamat.

Namun, tempoh tersebut bukanlah satu-satunya tanda aras dimana bateri kereta anda perlu ditukar dengan segera.

Mengapa terjadinya bateri kereta kong tak sampai setahun ?

Ada beberapa perkara yang boleh anda perhatikan sebaik sahaja anda dah dapat tentukan bateri kereta anda dah kong tak sampai setahun.

Antaranya adalah seperti di bawah :

1. Sangat jarang start enjin kereta

Jika anda sangat jarang start enjin kereta sudah tentu anda juga jarang menggunakan kereta tersebut.

Terutamanya jika anda mempunyai kereta lain untuk ke tempat kerja atau menggunakan motor sebagai kenderaan alternatif ke tempat kerja.

Namun, sekiranya anda hanya membiarkan kereta tersebut tanpa digunakan atau start secara berkala seperti melebihi sebulan sekali atau lebih, ianya pasti akan kong dengan cepat.

Jangan hairan bila anda baru sahaja tukar bateri kereta dalam tahun yang sama, bila tiba nak hidupkan enjin kereta ianya tidak memberi kerjasama.

2. Tidak menjaga servis enjin kereta dengan baik

Apa kaitannya dengan penjagaan servis minyak enjin kereta anda? Semakin lama anda tidak tukar minyak enjin kereta, maka semakin bekerja keras kereta anda dalam melakukan pergerakan.

Hal ini juga berkait rapat dengan sistem aliran tenaga elektrik dalam kereta anda. Tenaga elektrik yang digunakan atau ditarik akan menjadi tinggi supaya dapat mengekalkan pengoptimum keseluruhan kereta anda.

Oleh itu, jika anda menjaga tempoh servis kereta anda, maka bateri kereta anda juga akan turut terjaga dengan mengikut tempoh ianya kong.

3. Kualiti bateri kereta

Barangan pakai buang ini semestinya daripada 1000 biji, pasti ada 1 akan menjadi masalah atau kurang bernasib baik.

Begitu juga bagi sesebuah bateri kereta. Walaupun, anda membeli bateri kereta yang mempunyai jenama terbagus sekalipun, jika kurang bernasib baik, pasti perlu tukar kepada bateri kereta yang baru.

Namun, sebelum membeli yang baru, pastikan anda merujuk kedai bateri kereta yang sebelum ini anda beli dengan membuat rujukan pada warrantly yang disedikan.

Lain syarikat bateri kereta, lain terma dan syarat yang dikenakan oleh mereka. Rujuk mereka terlebih dahulu tanpa mengharapkan dapat tukar bateri kereta baru secara percuma.

Kebanyakkan dalam warrantly tidak menyediakan bateri kereta yang baru bagi masalah bateri kereta kong tak sampai setahun.

Bacaan terkait : Sebab bateri kereta cepat rosak

Langkah-langkah mengatasi bateri kereta kong tak sampai setahun

Bila masuk bab cara atasi bateri kereta kong tak sampai setahun ini, kita boleh rujuk punca di atas seperti yang telah dibincangkan.

Langkah-langkah di bawah adalah seperti berikut :

1. Kerap menghidupkan enjin kereta

Perbuatan ini adalah sangat digalakkan seminggu 2 hingga 3 kali supaya penggunaan bateri kereta anda ditahap yang baik.

Kekerapan ini ditambah dengan seminggu sekali dengan membawa kereta tersebut walaupun berjalan di kawasan taman, kampung atau ke kedai runcit berdekatan.

2. Servis minyak enjin kereta mengikut jadual

Ada dua saranan dalam penjagaan minyak enjin kereta yang akan memberi kesan kepada aliran cas bateri kereta anda.

Pertama adalah servis minyak enjin berdasarkan milage atau kilometer. Ada minyak enjin disarankan ditukar 5,000km sekali. Manakala, ada juga 7,000km sekali serta 10,000km sekali penukaran minyak hitam.

Selain itu, cara kedua adalah mengikut tempoh seperti 6 bulan sekali walaupun minyak enjin yang anda gunakan itu belum mencapai 10,000km.

bateri kereta kong tak sampai setahun
Bateri kereta kong tak sampai setahun

5 thoughts on “Bateri kereta kong tak sampai setahun

  • Pingback: Bateri kereta kong yang sedang anda alami - Mekanikakereta

  • bateri kereta saya tak sampai 6 dah kong tak pasti sebab ape tapi kereta tu memang jarang penggunaan jaya walau jarang penggunaan tapi saya selalu panaskan enjin kereta.
    mohon pencerahan

    Reply
    • Panaskan enjin selalu tidak menjamin sama ada bateri kereta tahan atau tidak. Jika dah tukar kepada bateri baru, pastikan kereta tersebut di bawa berjalan walaupun dekat dan sekejap. Sekiranya penggunaan bateri masih kong di bawah 1 tahun, sila check alternator kereta anda.

      Reply
  • Kereta kancil saya alternator ok .bwk pergi kerja..bila masuk 4-5 hari esok pagi nak start dah x bole…bateri jenis kering…pening saya

    Reply
    • Ada kemungkinan bateri kereta yang sama mempunyai masalah. Boleh cuba check bacaan bateri kereta menggunakan multimeter terlebih dahulu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *