Bateri kereta merah positif
Bateri kereta merah positif. Bagaimanakah untuk anda mengetahui kedudukan bateri kereta turutamanya wayar positif ?
Terdapat banyak jenis wayar yang berada di dalam bonet kereta. Tetapi dimanakah terletaknya wayar positif yang berwarna merah pada bateri kereta ?
Apakah langkah sebaiknya untuk mengenal pasti antara warna wayar positif dan negatif terutamanya wayar merah ?
Apakah boleh terjadi kesilapan semasa memasang wayar bateri kereta ? Adakah terdapat kesan sekiranya berlakunya kesilapan dalam memasang wayar bateri kereta ?
Di manakah letaknya wayar positif berwarna merah pada bateri kereta ?
Sebelum kita mengenal pasti kedudukan wayar positif, sudah pasti kita perlu mengenali dimana letaknya bateri kereta anda.
Ada kereta kedudukan bateri kereta terletak di bahagian kiri. Manakala, kereta lain pula terletaknya kedudukan bateri kereta berada di sebelah kanan.
Kenal pasti bateri kereta anda terlebih dahulu sebelum anda mengenal pasti wayar positif pada bateri kereta anda.
Tambahan pula, ada juga kereta yang mempunyai penutup dalaman bonet. Sudah pasti kedudukan bateri kereta tidak dapat diketahui.
Untuk memudahkan anda, kenal pasti penutup bersaiz petak tak sama atau rectangle. Buka penutup atau cover tersebut supaya bateri kereta anda kelihatan.
Baca juga : Cara pasang bateri kereta positif negatif
Apakah langkah bagi mengenal pasti warna wayar positif dan negatif terutamanya wayar bateri kereta merah positif ?
Cara paling mudah untuk anda mengenal pasti wayar pada bateri kereta merah positif adalah dengan mengikuti langkah yang betul.
Perkara pertama sekali selepas anda ketahui dimana kedudukan bateri kereta anda di dalam bonet kereta adalah wayar pada bateri kereta anda.
Setiap wayar akan di ikat atau connect pada terminal bateri kereta anda. Wayar pada bateri kereta berwarna merah merupakan positif.
Begitu juga wayar hitam merupakan negatif. Apabila terus melihat pada bateri kereta, anda pasti belum mengetahuinya wayar mana yang betul atau salah.
Langkah yang perlu anda ambil bagi mengenali wayar merah iaitu positif adalah melihat pada terminal bateri kereta tersebut.
Pada bateri kereta itu akan tertulis tanda atau simbol tambah “+” yang menandakan wayar pada bateri kereta merah positif.
Adakah boleh terjadi kesilapan semasa memasang wayar bateri kereta ?
Kesilapan boleh terjadi sekiranya anda tidak mengenal pasti dari awal wayar merah positif dan negatif pada bateri kereta.
Selain itu, kesilapan juga boleh terjadi sekiranya anda tidak melihat kedudukan bateri kereta sebelum mencabut wayar bateri kereta.
Jika pemasangan bateri kereta yang baru hendak dibuat, pasti ada berlaku kesilapan sekiranya anda betul-betul tidak mengetahui kedudukan sebenar bateri kereta yang lama sebelum ianya dicabut.
Kesilapan ini juga boleh berlaku sekiranya anda terlalu ingin cepat menukar bateri kereta yang baru sebelum mengetahui langkah kenal pasti warna wayar positif dan negatif sebetulnya.
Adakah terdapat kesan sekiranya anda tersalah pasang wayar bateri kereta mengikut turutan yang sebenar ?
Sememangnya terdapat kesan sekiranya anda tersalah pasang wayar bateri kereta. Contohnya wayar positif merah anda tersalah pasang ke negatif. Manakala, wayar negatif hitam anda tersalah pasang ke positif.
Sudah pasti kesannya adalah kereta anda tidak dapat dihidupkan enjinnya sama sekali. Ini merupakan kesan paling ketara.
Seterusnya, akan terjadinya litar pintas atau short circuit yang boleh menyebabkan sistem dalaman kereta anda terganggu.
Kes ini jarang berlaku, tetapi bila berlaku kepada anda, akan banyak lagi kos yang perlu anda tanggung bagi membaikinya.
Pingback: Cara pasang bateri kereta positif negatif - Mekanikakereta