Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara pasang bateri kereta positif negatif

Cara pasang bateri kereta positif negatif. Apakah yang patut anda buat dalam cara pasang bateri kereta terutamanya melibatkan wayar positif dan negatif ?

Bagaimanakah cara untuk anda kenal pasti wayar positif dan wayar negatif yang perlu dipasang pada terminal bateri kereta anda ?

Di artikel ini anda akan dapati bagaimanakah proses bermula dari cabut bateri kereta yang lama menggunakan wayar positif atau negatif terlebih dahulu.

Seterusnya, bila anda dah beli bateri kereta baru, bagaimana pula nak pasang bateri kereta tersebut dengan menggunakan wayar positif atau negatif dulu ?

Ada ke kesan yang buruk akan berlaku sekiranya anda tersalah cabut dan pasang semula bateri kereta yang baru ?

Cara kenal pasti wayar bateri kereta positif dan negatif

Apa yang paling penting yang perlu anda ketahui adalah wayar positif adalah berwarna merah dan manakala negatif pula berwayar warna hitam.

Jika kita lihat pada terminal bateri kereta juga akan tertulis simbol atau tanda tambah (+) sebagai positif dan simbol tolak (-) sebagai negatif.

Baca juga : Wayar merah dan hitam positif negatif

Cabut bateri kereta positif atau negatif ?

Buat permulaan bagi kerja-kerja tukar bateri kereta secara sendiri ini perlulah dilakukan dengan mengingati part pada bahagian yang penting.

Jika anda tidak ingat, anda boleh melakukan inisiatif lain seperti menangkap gambar sebaik sahaja bonet hadapan kereta anda baru dibuka.

Pentingnya untuk anda beri perhatian kepada perkara ini supaya anda tidak melakukan kesilapan semula pemasangan balik wayar bateri kereta nanti.

Jika terdapat pengikat bateri kereta, pastikan anda membukanya supaya proses cabut bateri kereta positif atau negatif anda berjalan dengan lancar.

Selepas itu, barulah anda boleh mulakan proses cabut bateri kereta pada wayar negatif. Wayar hitam iaitu wayar negatif tersebut akan memutuskan cas dari bateri kereta yang lama kepada kereta anda.

cara pasang bateri kereta positif negatif

Kemudian, barulah anda cabut wayar berwarna merah dari terminal bateri kereta yang lama tersebut.

Seterusnya, cabut bateri kereta lama dan bawa keluar dari tapak tempat letak bateri kereta yang telah disediakan.

Baca dengan lebih lanjut : Cabut bateri kereta positif atau negatif

Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu ?

Sekarang tiba masanya untuk pasang bateri kereta yang baru. Sediakan bateri kereta baru dan letak pada tapak bateri kereta yang asal tadi. Cuma bezanya adalah tadi kita cabut bateri kereta lama, sekarang kita pasanag bateri kereta baru.

Sebelum nak letak bateri kereta baru pada tapaknya, pastikan anda telah kenal pasti kedudukan terminal bateri positif dan negatif.

Jika anda letakkannya secara terbalik, pasti wayar bateri kereta akan dipasang secara salah dan enjin kereta anda sudah tentu tidak boleh dihidupkan.

Pasangkah wayar positif yang berwarna merah terlebih dahulu semasa proses pemasangan bateri kereta baru dibuat.

Baca juga : Bateri kereta merah positif

Kemudian, pasang pula wayar berwarna hitam. Hati-hati kerana terdapat sedikit percikan atau spark yang akan keluar kerana gabungan bateri kereta dengan kereta telah tercapai.

Namun, ianya tidaklah bahaya. Cuma anda perlu berhati-hati dengan memakai sarung tangan kain atau yang bergetah.

Baca juga : Cara pasang bateri kereta myvi

Ketatkan skru pengikat wayar pada terminal bateri kereta anda. Dan start enjin kereta anda bagi mengetahui ianya sudah boleh dihidupkan.

Jika telah berpuas hati, ikat semula bateri kereta anda menggunakan pengikal bateri yang telah anda tanggalkan pada awal tadi bagi kemasan terakhir.

Baca lebih lanjut : Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu

Adakah terdapat kesan buruk yang bakal berlaku sekiranya anda tidak mengikuti cara cabut dan cara pasang bateri kereta mengikut wayar positif dan negatif dengan betul ?

Sebenarnya tiada apa-apa kesan buruk yang bakal berlaku kepada kereta anda sekiranya mencabut wayar bateri kereta negatif atau positif terlebih dahulu.

Malah, bagi pemasangan wayar bateri kereta positif atau negatif dulu pun juga tidak memberi kesan besar kepada kereta anda pada masa hadapan.

Namun, langkah berjaga-jaga amatlah penting bagi anda yang melalui sendiri proses cabut dan pasang semula bateri kereta ini.

Bukan sahaja itu, cabut dan pasang bateri kereta ini adalah sesuai bagi kereta-kereta yang masih lagi kurang penggunaan teknologinya.

Untuk kereta-kereta terkini yang didatangi bersama teknologi canggih terkini, ada teknik tambahan supaya program komputer yang telah di setting itu terjaga dengan rapi.

Cara cabut dan pasang bateri kereta di atas masih juga boleh digunakan, namun memerlukan teknik yang lebih berjaga-jaga dan tidak meluru dan memandai tanpa pengetahuan.

Baca juga : Pasang bateri kereta alarm berbunyi

6 thoughts on “Cara pasang bateri kereta positif negatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *