Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta myvi eco idle

Bateri kereta myvi eco idle. Apakah itu sebenarnya bateri kereta myvi eco idle ? Apakah perana disebalik bateri myvi eco ini ?

Bateri kereta merupakan satu alat bekalan tenaga yang membantu kereta perodua myvi anda dari menghidupkan enjin kereta hingga mampu mengerakkan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Di tambah pula dengan mempu menghidupkan segala peralatan kereta anda dan memberi fungsi yang baik seperti radio, wiper, lampu kereta depan dan belakang, lampu brek dan lampu signal.

Namun begitu, apa bezanya dengan bateri kereta biasa dan juga bateri kereta eco idle untuk kereta perodua myvi anda ?

Apa itu bateri myvi eco idle ?

Eco idle ini sudah banyak dimasukkan ke dalam kereta-kereta yang berteknologi kini.

Fungsinya memberi fokus kepada kereta yang sering kali menghadapi aliran trafik yang tinggi hampir setiap hari.

Semakin lama anda mengharungi trafik jem, maka anda tidak terlepas dengan penggunaan bahan api yang berlebihan.

Pengenalan kepada bateri kereta eco idle adalah satu langkah bagi memberikan penjimatan minyak kepada setiap kereta yang menggunakannya termasuklah kereta perodua myvi.

Adakah myvi eco idle battery sesuai untuk semua jenis spec perodua myvi ?

Berdasarkan penggunaan tekologi eco idle kepada kereta perodua myvi, ianya tidak melibatkan semua spec.

Anda sendiri boleh rujuk pada butang yang terdapat dalam kereta myvi anda sama ada ianya terdapat butang eco idle atau pun tidak.

Butang tersebut perlu diaktifkan sekiranya anda inginkan penjimatan bahan api semasa melalui kawasan trafik yang lama dan tinggi.

Sekiranya tiada butang tersebut, maka spec kereta perodua myvi anda tidak menyediakan teknologi ini.

bateri kereta myvi eco idle

Bagaimana ingin mendapatkan bateri kereta myvi eco idle ?

Sekiranya anda sudah pastikan kereta myvi anda mempunyai butang eco idle, maka secara automatik bateri kereta yang anda gunakan adalah myvi eco idle battery.

Untuk mendapatkan bateri kereta myvi eco idle ini, anda boleh rujuk kepada beberapa tempat seperti :

  1. Kedai menjual bateri kereta
  2. Pusat servis perodua
  3. Kedai alatan menjual barangan sparepart

Ketiga-tiga tempat di atas pasti akan terdapat berdekatan kawasan kediaman anda. Kebanyakkannya buka pada waktu sabtu mahupun ahad.

Apakah saiz dan kod untuk myvi eco idle battery ?

Saiz yang digunakan oleh bateri kereta myvi eco idle adalah sama saiz dengan kereta yang tidak menggunakan eco idle iaitu bersaiz 40L.

Berdasarkan kod myvi eco idle battery pula menggunakan jenis bateri M42 dan boleh didapatkan hampir setiap kedai seperti yang dinyatakan di atas.

Berapakah harga bagi sebiji bateri kereta myvi eco idle ?

Myvi eco idle battery sebenanrnya tidaklah begitu mahal berbanding harga bateri kereta myvi biasa yang tidak mempunyai eco idle.

Berikut merupakan anggaran bagi senarai harga mengikut jenama untuk bateri kereta myvi eco idle :

Jenama bateri kereta myvi eco idleHarga bateri kereta myvi eco idle
CenturyRM293
VartaRM278
YuasaRM300
AmaronRM268
ExideRM320
ExcelRM189

Harga bagi myvi eco idle battery di atas adalah anggaran bagi bateri sahaja dan belum termasuk harga upah dan pasang.

Anda boleh mendapatkan harga yang lebih jimat sekiranya tempat anda beli bateri kereta myvi eco idle tersebut ingin membeli bateri kereta lama.

Adakah cara pasang bateri kereta myvi eco idle sama dengan bateri kereta myvi yang bukan eco idle ?

Cara pasang bateri kereta myvi eco idle adalah sama dengan bateri kereta myvi yang tidak menggunakan eco idle.

Yang berbeza cumalah jenis bateri yang digunakan itu menyokong sistem teknologi eco idle itu sendiri.

Cara pasang bateri kereta myvi eco idle adalah seperti berikut :

  1. Buka pengikat dan wayar positif dan negatif bateri kereta eco idle yang lama.
  2. Bawa keluar bateri kereta lama.
  3. Bawa masuk bateri kereta myvi eco idle yang baru anda beli.
  4. Pastika kedudukannya adalah betul untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang wayar positif dan negatif.
  5. Pasang wayar positif dan negatif kepada terminal dengan kemas.
  6. Hidupkan enjin kereta.
  7. Selesai.

Adakah boleh untuk kereta myvi yang mempunyai eco idle menggunakan bateri kereta myvi biasa tanpa eco idle ?

Untuk menjawab soalan ini adalah boleh. Namun ianya adalah untuk sementara waktu sahaja. Untuk penggunaan lebih lama adalah tidak digalakkan.

Hal ini kerana, semasa anda menggunakan bateri kereta myvi biasa, elakkan dari menggunakan sistem teknologi eco idle dengan menekan butang “OFF”.

Tukar kepada bateri kereta myvi eco idle secepat mungkin untuk mendapatkan tempoh penggunaan bateri kereta yang lebih tahan dan jangka hayat yang lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *