Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta myvi tahan berapa lama

Bateri kereta myvi tahan berapa lama. Berapa lamakah bagi sesebuah kereta perodua myvi untuk bateri kereta ini akan bertahan selama penggunaannya ?

Siapa yang tidak kenal dengan kereta perodua myvi ini. Jika dilihat pada jalan raya sekarang, 5 dari 10 adalah terdiri dari kereta myvi ini. Pilihan memiliki kereta tempatan iaitu myvi ini merupakan satu idaman kerana penjimatan minyaknya sehingga kita.

Tidak terlepas juga dengan bateri kereta myvi ini. Ketahanan bateri kereta myvi juga agak memberansangkan. Pendapat ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang pernah menggunakan kereta myvi sendiri.

Justeru, mari kita lihat dari segi teknikalnya bateri kereta myvi tahan berapa lama dan adakah penjagaan bateri kereta myvi lebih mudah atau sebaliknya ?

Rujukan berkaitan : Harga tukar bateri kereta myvi

Bateri kereta myvi tahan berapa lama secara teknikal ?

Apa yang boleh aku yakinkan kepada anda sebagai pemilik kereta perodua myvi ini adalah bergantung kepada banyak faktor. Namun, secara asasnya anda boleh ubah cara penggunaan sekiranya lebih menginginkan keputusan lebih bagus dari apa yang aku lalui sebelum ini.

Adakah bateri kereta myvi tahan berapa lama ? Jawapannya adalah ya. Mengikut pengalaman aku sebelum ini, setiap kali penggunaan bateri kereta myvi, aku akan membeli baru bateri kereta tersebut setiap 3 tahun penggunaan.

Ini adalah konsep yang aku gunakan. Bila dah capai 3 tahun penggunaan, terus aku cepat-cepat beli dan tukar kepada bateri kereta yang baru. Padahal, bateri kereta myvi yang aku sedang gunakan itu masih lagi tidak mengeluarkan sebarang tanda-tanda bateri kereta lemah.

bateri kereta myvi tahan berapa lama
Bateri kereta myvi tahan berapa lama

Bagaimana cara untuk bateri kereta myvi tahan untuk tempoh tersebut ?

Kira-kira sepanjang aku gunakan kereta myvi itu adalah selama 7 tahun. Ini bermakna aku hanya perlu menukar bateri kereta myvi tersebut hanya 2 kali. Namun, jika termasuk bateri kereta semasa baru beli yang disediakan oleh pihak pengilang perodua, sudah kali ke 3 bateri kereta myvi baru ditukar.

Sebenarnya tidak banyak faktor yang aku boleh kongsikan. Namun, ini sedikit sebanyak yang aku sendiri boleh nampak berdasarkan gaya aku dalam penjagaan bateri kereta.

1. Membersihkan bahagian terminal bateri kereta

Untuk makluman, aku gunakan bateri kereta myvi jenis kering. Jadi, tidak banyak yang boleh aku katakan kerana mudahkan menjaga bateri kereta jenis kering ini.

Antara cara pertama aku adalah menjaga kebersihan terminal bateri kereta myvi positif dan negatif. Setiap 6 bulan sekali aku akan membuka bonet hadapan kereta dan check pada permukaan bateri kereta tersebut.

Jika dah lama anda gunakan sesebuah bateri kereta, pasti anda akan perasan terdapat kerak-kerak seperti habuk besi pada permukaan bateri kereta myvi berhampiran terminal positif dan negatif.

Peranan untuk membersihkan dengan menggunakan berus atau penyapu kecil yang kecil membantu sedikit sebanyak dalam pemantauan keadaan semasa bateri kereta myvi anda.

2. Check wayar positif negatif bateri kereta myvi

Di samping pemantauan di atas, anda juga boleh cek keadaan wayar bateri kereta myvi anda yang mengikat pada terminal bateri kereta tersebut.

Anda boleh bayangkan sekiranya wayar bateri kereta anda tidak diikat dengan rapi dan kemas, semasa pemanduan lebih-lebih lagi selepas melanggar lubang atau bumper boleh mengakibatkan aliran elektrik pada kereta anda terputus.

Kebanyakkan kes kelonggaran bukan kes tercabut wayar positif negatif bateri kereta myvi tersebut. Walaupun sekadar ikatannya longgar, anda akan menerima kesan semasa ingin hidupkan enjin kereta sehingga semasa pemanduan dilakukan.

Akibat inilah bateri kereta myvi anda tidak akan bertahan lama. Hal ini kerana, aliran cas semasa kereta bergerak amat diperlukan supaya bateri kereta myvi kekal berada di tahap optimum dan tahan lama.

3. Menggunakan start stop sebaiknya

Para pemilik kereta myvi sekarang sudah diberikan kemudahan seperti teknologi start stop bagi penjimatan bateri kereta myvi.

Gunakan sebaiknya start stop ini lebih-lebih lagi ketika anda melalui kawasan aliran trafik yang tinggi. Peranannya adalah memotong aliran cas elektrik kepada enjin kereta dan hanya berfungsi kepada bahagian tertentu contohnya seperti aircond atau penghawa dingin dan radio kereta myvi anda.

Perkara ini akan membantu bateri kereta myvi anda tahan lebih lama dan tidak dibazirkan begitu sahaja kepada anda yang kerap menghadapi rintangan trafik yang tinggi setiap hari.

bateri kereta myvi tahan berapa lama
Start stop pada kereta myvi

Kesimpulannya

Bateri kereta myvi tahan berapa lama tidak menjadi persoalan kerana bermula dari generasi pertamanya dikeluarkan ia terkemuka dengan kadar penjimatan dari segi bateri kereta mahupun penggunaan minyaknya.

One thought on “Bateri kereta myvi tahan berapa lama

Comments are closed.