Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton Preve : Sedan teguh hingga kini

Bateri kereta Proton Preve. Ketahui maklumat penting yang disediakan oleh kami tentang bateri kereta proton preve dari segi ciri-cirinya hingga segala pengetahuan terperinci mengenainya.

Pengenalan kepada saiz bateri kereta proton preve merupakan sedikit ilmu pengetahuan sekiranya anda sedang menghadapi bateri kereta lemah atau sudah kong .

Tidak semua orang pasti bateri kereta manakah yang sesuai untuk kereta proton preve. Hal ini demikian, bateri kereta preve tidak ditukar setiap hari, minggu mahupun bulan.

Walaupun bateri kereta preve yang anda gunakan itu perlu ditukar setiap tahun, anda berkemungkinan sudah terlupa dan tidak begitu yakin dengan saiz bateri kereta preve yang sebetulnya.

Kebaikan mengetahui saiz bateri kereta proton preve

Tidak semua orang yang menggunakan kereta proton preve mengetahui barangan apa yang sesuai digunakan. Hal ini kerana, terlalu banyak bahagian pada kereta preve ini termasuk dalam kategori pakai dan buang (wear anda tear).

Barangan pakai dan buang ini sampai masanya perlu digantikan kepada baru atau 2ndhand yang masih baik supaya kereta preve anda dapat digunakan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Salah satunya adalah bateri kereta preve itu sendiri. Bateri preve termasuk dalam kategori pakai dan buang. Namun, ianya tidaklah perlu diganti untuk setiap tahun.

Secara minimum 2 tahun penggunaan untuk setiap bateri preve adalah cukup bagus. Semakin lama bateri kereta preve digunakan, maka ianya menandakan semakin baik bateri preve yang anda gunakan.

saiz bateri kereta preve

Apakah saiz bateri kereta preve yang sebetulnya ?

Bateri preve saiz bukan hanya sekadar dimensi bateri kereta itu sendiri. Memang betul dimensi seperti panjang, lebar dan tinggi sesebuah bateri kereta preve itu penting untuk ianya kemas diletakkan dalam tapak bateri kereta preve anda.

Justeru, setelah bateri preve yang baru telah dipasang, maka bonet hadapan proton preve anda dapat ditutup dengan baik tanpa gangguan bateri kereta yang lebih tinggi.

Berikut merupakan saiz bateri kereta preve yang boleh anda dapatkan di pasaran atau kedai bateri kereta berdekatan rumah anda atau tempat kerja anda :

Saiz bateri kereta preveAntara Jenama bateri kereta
55D23LCentury Hybrid
75D23LCentury Marathoner Max
70D23LCamel Plus
85D23LAmaron FLO
85D23LVarta Blue Dynamic

Jadual di atas merupakan saiz bateri kereta preve berdasarkan jenama bateri kereta yang boleh anda dapati di kedai bateri kereta. Jika anda lihat, bacaan yang sama diberikan iaitu D23L perlulah dikekalkan sebagai dimensi pada bateri preve.

Namun, bacaan hadapan pada kod bateri kereta preve dibolehkan berlainan yang bermula dari 55aH(minimum) hingga 85 Ah (antara tertinggi). Ianya adalah sebagai pilihan bekalan tenaga elektrik yang perlu anda pilih mengikut keperluan anda.

Jenis bateri kereta Proton Preve

Ramai antara pemilik kereta termasuk pemilik kereta proton preve tidak begitu pasti akan peranan dalam pemilihan jenis bateri yang sesuai dengan keperluan.

Kereta proton preve menggunakan dua jenis bateri kereta iaitu :

  1. Bateri kering (Dry/MF)
  2. Bateri basah (Wet/Conventional)

Nak mudah pakai saja bateri tertera tulisan MF (maintainance free) yang bermaksud ianya tidak perlu melakukan apa-apa dan pakai hingga habis.

Sementara itu, bateri basah susah nak jaga sebab kena selalu isi air bateri kereta dan jika tak maintain topup air, nanti bateri cepat habis sebab tak jaga.

Akan tetapi di luar sana ramai pemilik kereta preve kebanyakkannya dah lali dan majoritinya tahu tukar bateri sendiri.

Tahukah anda potensi bila menggunakan bateri basah mampu digunakan hampir dua kali ganda berbanding bateri kering?Ini bermaksud bateri basah tahan lebih lama dan ini boleh menjimatkan duit anda.

Ramai saja pengguna proton preve nak jimat dan bateri yang tahan lama tetapi ianya perlukan sedikit perhatian yang berjadual.

Bukan selalu pun nak isi air bateri basah tu. Satu bulan sekali sahaja hanya check dan topup air bateri adalah syarat minima jika nak terus dapatkan manfaat penjimatan bateri berbanding perlu beli bateri kering dengan lebih kerap.

Tapi tiada kesalahan pun nak terus gunakan bateri kering (MF) untuk kereta proton preve anda kerana ianya akan berbalik kepada kerajinan dan budget kewangan anda.

Harga bateri kereta Proton Preve

Sememangnya setiap biji bateri kereta itu mempunyai harganya tersendiri mengikut jenama, tempat dan spec bateri kereta yang ditawarkan.

Ada harga bateri yang murah, ada juga yang mahal dan pilihan ini tidak digalakkan menjadi perkara utama untuk kegunaan bateri proton preve.

Utamakan keperluan bateri kereta preve anda terlebih dahulu kemudian baru lihat poket anda. Sebab ramai yang utamakan poket dulu iaitu nak bateri yang murah dan kemudian menyesal bateri tak tahan la, bateri tak cukup power la.

Memandangkan kebanyakkan dari pemilik proton preve menggunakan kereta tanpa sebarang tambahan aksesori, rujuk harga di bawah sebagai panduan mudah :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Proton Preve
Century Hybrid55D23LBasah (Wet/Conventional)RM260
Century Marathoner Max75D23LKering (Dry/MF)RM320
Camel Plus70D23LKering (Dry/MF)RM360
Amaron FLO85D23LKering (Dry/MF)RM520
Varta Blue Dynamic85D23LKering (Dry/MF)RM390

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *