Bateri kereta Toyota Innova : Mpv diyakini keluasannya
Bateri kereta Toyota Innova. Toyota Innova adalah sebuah MPV yang sangat digemari oleh keluarga di Malaysia.
Dengan keselesaan, ruang yang luas, dan keandalan yang terbukti, Innova sering digunakan untuk perjalanan panjang atau untuk kegunaan harian keluarga besar.
Sebagai sebuah kenderaan yang lebih besar, ia memerlukan bateri yang lebih berkapasiti untuk menyokong keperluan elektrik dan prestasi enjin.
Saiz Bateri Kereta Toyota Innova
Bagi Toyota Innova, saiz bateri kereta untuk toyota innova yang disarankan adalah 55D23L untuk generasi pertama, DIN55 untuk generasi kedua dan generasi ketiga iaitu toyota zenix juga menggunakan DIN55/LN2 . Bateri ini mempunyai kapasiti sekitar 45Ah, yang mencukupi untuk menyokong enjin 2.0L dan pelbagai sistem elektrik dalam kenderaan ini.
| Model/Tahun | Saiz bateri Toyota Innova/Innova Zenix |
| Generasi pertama(2004-2015) | D23 (Toyota Innova) |
| Generasi kedua(2015-2022) | DIN55/LN2(Toyota Innova) |
| Generasi ketiga (2023-Sekarang) | DIN55/LN2(Toyota Innova Zenix/Toyota Innova Zenix Hybrid) |
Dengan kapasiti ini, bateri dapat memastikan sistem elektrik berfungsi dengan baik dan membantu menghidupkan enjin dengan lancar.
Toyota Innova dilengkapi dengan enjin 2.0L yang menghasilkan sekitar 136hp dan tork 182Nm. Innova juga menawarkan banyak ruang untuk penumpang dan barang, menjadikannya pilihan popular di kalangan keluarga yang memerlukan kenderaan yang lebih praktikal.
Dengan saiz bateri yang tepat, sistem elektrik dan prestasi enjin Innova dapat dioptimumkan.

Jenis bateri kereta Toyota Innova
Terdapat dua pilihan bateri toyota innova boleh anda gunakan iaitu :
- Bateri Kering (Dry/ Maintainance Free)
- Bateri Basah (Wet/Conventional)
Kedua-dua jenis bateri ini bergantung kepada karakter setiap pemilik dan keperluan yang perlu dipenuhi sepanjang setiap 1 biji bateri digunakan.
Bateri kering toyota Innova
Namun, kebanyakkan dari pemilik toyota innova akan menggunakan bateri kering sebagai pilihan utama kerana lebih mudah digunakan tanpa perlu diselenggara (Maintainance Free).
Semasa nak membeli pun anda akan nampak pada kotak bateri akan tulis huruf MF yang menandakan ianya jenis kering tanpa keraguan lagi.
Lepas pasang bateri kering yang baru, guna sahaja tanpa perlu lihat pada keadaan bateri kecuali jika terdapat masalah seperti kereta innova tidak boleh dihidupkan disebabkan oleh bateri tersebut.
Bateri basah toyota Innova
Sekiranya anda nak gunakan bateri jenis basah pada toyota innova anda, maka sangat digalakkan sekiranya anda sedikit rajin dalam menjaga air bateri kereta ini.
Namun, penjagaan air bateri tidaklah serumit disangka. Gunakan formula ini, semakin kerap anda gunakan kereta, maka semakin kerap penjagaan air perlu diberi keutamaan.
Kerap yang dimaksudkan pun bukannya setiap hari, ianya sekitar 1 bulan sekali sahaja dan dalam kalangan pemilik kereta toyota innova jarang sekali menggunakan kereta ini dengan kerap.
Jadi, tempoh 2 hingga 3 bulan sekali topup air bateri untuk bateri basah toyota innvoa anda adalah memadai dan cukup mudah dijaga sebenarnya.
Harga bateri kereta Toyota Innova
Perkongsian mengenai harga bateri kereta toyota innova merupakan anggaran terdekat yang boleh anda sebagai pemilik jadikan rujukan sebelum membeli bateri baru.
Pilihan dengan pelbagai jenama yang tersedia boleh anda bandingkan mengikut generasi toyota innova anda.
Ikut kod saiz yang betul supaya bateri yang anda gunakan itu berbaloi dengan harga yang anda bayar dan sesuai dengan keperluan teknologi semasa.
Ini sangat penting agar anda dapat memanfaatkan setiap bateri kereta innova dan tidak sekadar terpedaya dengan harga bateru yang murah.
| Jenama bateri kereta | Jenis bateri kereta | Saiz/Kod bateri kereta | Harga bateri kereta Toyota Innova/Toyota Innova Zenix/Toyota Innova Zenix |
| Amaron Go | Kering (Dry/MF) | DIN55/LN2 | RM430 |
| Century Hybrid | Basah (Wet/Conventional) | D23L | RM250 |
| Motolite Heavy Duty MF | Kering (Dry/MF) | 55D23L | RM260 |
| Varta Blue Dynamic | Kering (Dry/MF) | DIN55/LN2 | RM350 |
| Camel | Kering (Dry/MF) | DIN62/LN2 | RM430 |
Nota peringatan : Saiz/kod bateri D23 digunakan untuk toyota innova generasi pertama. Manakala kod DIN55/DIN62/LN2 digunakan oleh toyota innova generasi kedua dan generasi ketiga toyota innova zenix dan toyota innova zenix hybrid.
