Bateri kereta Proton Savvy : Hatchback dual gear tempatan
Bateri kereta Proton Savvy. Apakah ciri-ciri yang sepatutnya proton savvy gunakan dalam setiap bateri kereta yang tepat dan baik untuk kereta dari jenama tempatan ini ?
Proton savvy memulakan pelancarannya pada tahun 2005 dan berakhir pada tahun 2011. Tempoh ini merupakan satu jangka masa yang agar lama bagi sesebuah model sebenarnya.
Di jalan raya anda turut boleh melihat kereta ini masih digunakan tanpa sebarang masalah walaupun tahun keluarannya sudah mencapai 2 dekat.
Kelainan pada kereta proton savvy bukan sekadar ianya tampak sedikit sporty dari reka bentuk hatchbacknya, malah ianya dilengkapi dengan dua gear yang menjadi keunikan tersendiri.
Nak pakai manual boleh, dan nak pakai auto gear pun boleh yang dikenali sebagai AMT (Automated Manual Transmission) merupakan sesuatu yang sangat baru pada ketika itu.
Di sebalik keunikan itu, adakah penggunaan bateri kereta proton savvy juga berlainan dan penjagaan sangat rapi dibandingkan modelnya yang lain?
Ikuti juga panduan bateri kereta proton sekiranya anda memiliki model kereta di bawah jenama yang sama bagi rujukan mudah.

Saiz bateri kereta Proton Savvy
Sama anda menggunakan kereta proton savvy Manual atau AMT, hanya satu saiz bateri yang diperlukan oleh kereta ini.
Kod saiz bateri kereta proton savvy gunakan adalah NS60L atau lebih teliti dengan B24L. Penggunaan bateri dengan rujukan B24L sesuai dengan permukaan tapak bateri original yang telah disediakan sejak dari keluaran kilang lagi.
Ini bermakna ukuran panjang, lebar dan tinggi bateri dari kod ini sudah betul dan sesuai untuk diletakkan dengan kemas.
Bila dah tahu ukuran fizikal bateri proton savvy, jumlah Ah (ampere hour) pula bergantung kepada keperluan anda yang menggunakan kereta.
Minima jumlah menerusi kod adalah seperti 48B24L. Sekiranya ada menggunakan proton savvy tanpa sebarang ubah suai seperti tambahan android player atau sound system, maka kod ini sudah cukup.
Jika anda sudah menambah aksesori peralatan elektronik, maka digalakkan untuk menggunakan jumlah Ah yang lebih tinggi. seperti 50B24L, 55B24L mahupun 60B24L.
Jumlah Ah lebih tinggi mampu memberikan kepuasan serta keyakinan menggunakan bateri tersebut selain mendapat manfaat dari segi ketahanan.
Jenis bateri kereta Proton Savvy
Pilihan bagi jenis bateri untuk kereta proton savvy ada 2 iaitu :
- Bateri kering (Dry/Maintenance Free)
- Bateri basah (Wet/Conventional)
Dua pilihan ini merupakan paling banyak ada stok di kedai bateri kereta sekarang. Jadi, tak perlu langsung anda risau bila nak ganti bateri baru bila dah memiliki kereta proton savvy ini.
Saya faham kereta ini hingga kini antaranya digunakan oleh anak-anak muda yang diberikan oleh ibu bapa untuk ke tempat belajar.
Jadi, bila berlaku bateri habis atau kong, pergi saja ke kedai bateri kereta, pasti akan ada 2 pilihan bateri ini.
Namun, persoalan disini, jenis bateri mana paling sesuai digunakan oleh anda yang menggunakan kereta proton savvy ?
Jawapannya adalah bergantung kepada anda sebagai pengguna atau pemilik. Sekiranya anda sudah biasa dengan bahagian bonet hadapan seperti boleh tukar bateri kereta sendiri, maka pilih la bateri basah supaya penjimatan dan ketahanan bateri dapat dirasai lebih lama. Bezanya ada perlu topup air bateri sekiranya bateri basah ini sudah kekurangan air mengikut takat (level) yang telah disediakan.
Manakala, jika anda hanya seorang yang tak mahu rumit tetang soal penggunaan kereta, maka gunalah kelebihan yang ada pada bateri kering. Ianya langsung tak perlu diselenggara macam bateri basah. Hanya start enjin dan guna hingga habis tanpa perlu buat apa-apa pada bateri tersebut.
Harga bateri kereta Proton Savvy
Tentang harga bateri pula, bagi proton savvy sudah tentu ianya mempunyai banyak pilihan dari segi pelbagai sudut.
Jenama bateri, jenis serta saiz (bacaan Ah berbeza) akan mempengaruhi harga bateri yang bakal anda bayar untuk proton savvy anda.
Jadi, pilihan mana paling terbaik sekali digunakan untuk proton savvy ni? Jawapannya adalah anda perlu utamakan dulu jenama bateri yang anda sering dengari. Ini kalau anda dah biasa dengan jenama bateri tersebut.
Sekiranya anda baru pertama kali nak tukar bateri proton savvy, maka utamakan dulu tawaran yang jenama bateri berikan terlebih dahulu.
Minima tempoh warranty untuk bateri baru adalah sepatutnya 1 tahun. Sekiranya ditawarkan lebih dari 1 tahun, maka utamakan itu dahulu jika harga tidak begitu jauh antara 2 buah bateri.
Ni adalah tips yang perlu anda utamakan dan warranty oleh jenama bateri tidak akan dimasukkan ke dalam jadual di bawah sebab tawarannya akan berubah-ubah mengikut masa.
Rujuk juga pada panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta sekiranya anda nak bandingkan dengan kereta lain yang sebelum ini anda pernah gunakan.
Berikut merupakan senarai harga bateri kereta proton savvy yang boleh anda jadikan rujukan :
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Proton Savvy |
| Century Marathoner Max | 55B24L (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM240 |
| Amaron Go | 55B24L (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM280 |
| Astra | 55B24L (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM250 |
| Motoilite Hybrid | NS60 | Basah (Wet/Conventional) | RM170 |
| Osima MF | 46B24L (NS60) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
P/s : Pastikan anda dapatkan solusi terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang anda hadapi mengenai bateri kereta.
