Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Naza Ria : Mpv besar kegemaran sejak dahulu

Bateri kereta Naza Ria. Apakah ciri-ciri bateri kereta yang paling sesuai digunakan untuk sebuah kereta mpv yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu kereta naza ria ?

Penggantian sesebuah bateri kereta adalah melibatkan beberapa perkara utama perlu dijalani oleh setiap pemilik kereta termasuk pemilik kereta naza ria.

Bateri naza ria yang betul memudahkan setiap pemilik kereta membeli dan membuat pemasangan sendiri dengan tanpa sebarang masalah.

Jika anda nak bawa kereta naza ria anda terus ke bengkel atau kedai bateri kereta pun turut dibolehkan kerana mereka lebih mahir akan bateri naza ria yang tepat.

Namun, sedikit nasihat diberikan kepada anda agar tetap mempunyai pengetahuan agar sesi pemilihan sesebuah bateri kereta naza ria berjalan dengan baik.

Bukan sekadar berjalan dengan baik, namun pemilihan bateri naza ria mengikut keperluan anda adalah sangat penting untuk anda yang sendiri menggunakan kereta tersebut setiap hari.

Apa yang cuba disampaikan disini adalah anda mesti tahu akan keperluan yang anda perlukan mengikut beberapa ciri.

Antara ciri-ciri tersebut seperti kekerapan penggunan, cara pemanduan dan juga penambahan aksesori tambahan sekiranya ada.

saiz bateri kereta naza ria

Saiz bateri kereta Naza Ria

Berdasarkan ukuran fizikal bateri kereta yang paling tepat digunakan oleh kereta naza ria adalah D26L (NS70) . Namun, ini hanya ukuran secara tinggi, lebar dan panjang bateri naza ria yang paling sesuai.

Ukuran fizikal bateri naza ria sememangnya digalakkan menggunakan hanya ukuran yang dinyatakan. Hal ini supaya bateri kereta dapat diletakkan secara kemas pada tempat letak bateri.

Pilihan bateri kereta naza ria mengikut keperluan anda yang dimaksudkan adalah tentang kuasa bekalan bateri yang bakal anda beli.

Ada yang hanya membeli tanpa bertanya lebih kepada pihak kedai. Kesannya juga akan kembali kepada anda yang menggunakan kereta naza ria sama ada ianya tahan lama atau sebaliknya.

Elakkan dari memilih bateri kereta naza ria yang murah sahaja tanpa mengetahui keperluan anda. Murah sudah pasti bekalan elektrik dalam sesebuah bateri kereta adalah rendah.

Sekiranya anda seorang yang biasa sahaja menggunakan kereta naza ria, maka dibolehkan menggunakan pilihan bateri kereta seperti 65D26L iaitu antara minima bekalan Ah.

Namun, sekiranya anda menggunakan kereta naza ria dengan kerap dan membuat penambahan aksesori pada peralatan elektronik, maka digalakann untuk menggunakan bateri 75D26L atau 80D26L atau juga 95D26L.

Jenis bateri kereta Naza Ria

Bahagian jenis paling mudah nak faham. Selalu orang hanya akan lihat apada saiz dan harga sahaja tapi terlupa peranan penting yang dimainkan oleh jenis bateri kereta.

Setiap jenis bateri kereta mempunyai karakternya tersendiri. Sekiranya anda pemilik atau pengguna kereta naza ria, terdapat 2 jenis utama bateri naza ria gunakan :

  1. Bateri jenis kering (Dry/Free Maintenance)
  2. Bateri jenis basah (Wet/Conventional)

Setiap pemilik atau pengguna kereta naza ria majoritinya agak mahir tentang penggunaan bateri dan tahu serba sedikit tentang alat ganti dalam bonet kereta ini.

Kebiasaan masih ramai yang gunakan bateri kering untuk kereta naza ria kerana mudah dengan pakai hingga habis dan tukar lagi kepada bateri baru.

Ini tidak salah dan memberi kelebihan tak pening kepala soal bateri yang digunakan dan boleh agak bila bateri kering naza ria gunakan kong/habis.

Manakala, bateri jenis basah pula, memang sedikit melecehkan kerana perlu topup air bateri kereta. Tetapi kelebihannya adalah lebih tahan dan murah dibandingkan bateri kering.

Kebanyakkan pemilik atau pengguna kereta naza ria menggunakan kereta ini untuk kegunaan jarak dekat dan sesekali bagi jarak jauh.

Jadi, takut pula nak gunakan bateri basah nanti air bateri tiba-tiba kering boleh tersadai tepi jalan raya. Namun begitu, air bateri bagi bateri basah tidak habis macam minyak kereta mengikut milage.

Air bateri perlu diisi dengan berjadual. Sekiranya jadual telah diikut, maka ketika nak jalan jauh pun tak risau langsung sebab bateri akan berada dalam keadaan optimum.

Kedua bateri kering dan bateri basah pun bagus, tetapi elakkan dari hanya bergantung kepada 1 jenis bateri kering sahaja. Sekiranya anda rajin buka bonet kereta naza ria, gunakan kelebihan bateri basah untuk dapatkan ketahanan hampir 2 kali ganda dari bateri kering.

Harga bateri kereta Naza Ria

Penggunaan bateri kereta naza ria adalah tidak begitu leceh dan ianya mudah untuk didapatkan di pasaran kedai bateri kereta.

Dengan merujuk pada kod yang betul, harga bateri naza ria dapat anda bezakan melalui beberapa jenama tanpa perlu hanya terikat pada sesebuah jenama sahaja.

Ini membuatkan kualiti sesebuah bateri dari jenama untuk bateri naza ria dapat dioptimumkan kerana pemilik atau pengguna seperti anda mempunyai pilihan untuk membeli bateri dari jenama terbaik.

Rujuk pada panduan harga, jenis dan saiz bateri kereta secara umum di sini sekiranya anda hendak membuat perbandingan dengan model lebih kurang kereta anda.

Berikut merupakan harga bateri kereta naza ria rujukan mudah :

Jenama bateri keretaSaiz bateri keretaJenis bateri keretaHarga bateri kereta Naza Ria
Amaron FLO95D26L (NS70)Kering (Dry/MF)RM420
Century Marathoner Max90D26L (NS70)Kering (Dry/MF)RM300
Road Master65D26L (NS70)Kering (Dry/MF)RM335
Yokohama Advance85D26L (NS70)Kering (Dry/MF)RM340
Motolite Hybrid WetNS70Basah (Wet/Conventional)RM245

P/s : Segala panduan yang tidak anda jumpai di sini boleh anda terus rujuk pada post utama yang telah kami sediakan di bateri kereta untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi setiap persoalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *