Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta sel basah kong

Bateri kereta sel basah kong. Apakah faktor kepada bateri kereta kong akan berkait rapat dengan pilihan jenis bateri kereta yang sedang anda gunakan terutamanya bateri sel basah kong ?

Di artikel ini, semestinya anda perlu pastikan dahulu jenis bateri kereta apa yang anda gunakan sekarang. Walaupun sekarang bateri kereta itu sudah kong, anda tetap perlu mengetahui beberapa kriteria yang diperlukan sebelum ianya dikenal pasti.

Macam mana nak tentukan bateri kereta basah untuk kereta anda? Apakah terdapat tanda awal bateri kereta sel basah sebelum ianya kong atau tiba masanya ia habis ?

Seterusnya, berapa lamakah bateri kereta basah itu akan bertahan dari sejak ianya mula digunakan ? Adakah langkah untuk anda mendapatkan tempoh yang agak lama untuk bateri kereta basah itu bertahan?

Perkongsian ini boleh anda jadikan pembelajaran tambahan mengenai bateri kereta sel basah. Namun, ia juga bergantung kepada pembaca yang menilai jika sedang menggunakan bateri kereta basah mahupun hendak menggunakannya.

Bagaimana nak menentukan bateri kereta basah ?

Sudah tentu sebelum anda nak klasifikasikan bateri kereta kong, perlu anda melihat dahulu jenis bateri kereta apakah yang anda sedang gunakan dalam bonet kereta anda.

Jika kita tak biasa, pasti kita ingat semua bateri kereta itu adalah sama sahaja untuk semua kereta. Namun, terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu bateri kereta basah serta bateri kereta kering.

Dalam nak menentukan bateri manakah yang sedang anda gunakan sekarang adalah dengan membuka bonet kereta anda. Lihat pada permukaan bateri kereta yang terdiri daripada beberapa bentuk pada permukaan atas bateri kereta tersebut.

bateri kereta sel basah kong
Bateri kereta sel basah kong

Jika anda melihat gambaran di atas, pada permukaan atas bateri kereta, akan terlihat deretan skru yang menutupi bahagian tempat isinya air bateri kereta.

Di situlah anda boleh pastikan dan klasifikasikan bateri kereta yang sedang anda gunakan adalah jenis basah atas sel basah.

Adakah terdapat tanda bateri kereta sel basah kong ?

Bateri sel basah kong juga mempunyai tanda sebelum ianya akan kong atau habis tempohnya. Antara tanda yang paling ketara anda boleh sedar adalah akan keluar atau menyala simbol bateri kereta pada paparan meter kereta sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.

Namun, anda sewajarnya perhatikan dengan betul kereta simbol bateri kereta yang menyala itu tidak akan lama. Ianya adalah sekitar 1 hingga 3 saat ketika enjin baru sahaja dihidupkan.

Lebih ketara lagi tips ini anda boleh gunakan sewaktu start enjin kereta pada waktu pagi sebelum bergerak ke tempat kerja.

Berapa lama bateri kereta basah akan bertahan ?

Bateri sel basah kong pasti akan terjadi juga bila tiba tarikhnya tamat. Namun, kita tidak akan ketahui tarikh sebenar secara tepat ianya akan tamat. Namun, jika dibandingkan antara 2 jenis bateri kereta, bateri kereta basah bertahan lebih lama dari anda sangka.

Jangkaan kebiasaan bateri kereta sel basah kong adalah selama minimum 3 tahun hingga maximum 5 tahun. Hal ini perlu diikuti dengan beberapa perkara supaya ianya mencapai paling minimum had tempoh masa yang diberitahu tadi.

Bagaimanakah langkah untuk bateri kereta basah bertahan lebih lama ?

Akan tetapi ianya didatangkan dengan penjagaan yang agak terjaga dan rapi. Ianya tidaklah begitu rapi, namun penjagaannya memerlukan perhatian dibandingkan bateri kereta kering.

Setiap bulan minima sekali sahaja diperlukan untuk anda membuka bonet hadapan kereta dan membuat check up pada takat air bateri kereta. Merujuk gambar di atas, skru tersebut boleh dibuka dan anda boleh check pada takat air bateri kereta tersebut.

Semakin lama bateri kereta sel basah itu digunakan, maka perlu makin kerap anda membuat check up pada takat air bateri kereta. Jika anda tidak membuat maintain yang baik pada bateri kereta basah tersebut, ada kemungkinan besar untuk mencapai tempoh minimum 3 tahun ianya bertahan adalah mustahil.

One thought on “Bateri kereta sel basah kong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *