Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar ?

Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar ? Adakah terdapat peratusan yang boleh anda jadikan indokator atau kayu ukur supaya mudah untuk anda terus tukar bateri kereta yang baru ?

Lain orang lain langkah-langkah penjagaan bateri keretanya. Pengetahuan dalam penjagaan bateri kereta ini adalah ilmu tambahan yang tidak begitu rumit dan mudah anda sendiri fahami.

Persoalan ini ada logiknya. Tidak semua orang menggunakan bateri kereta sehingga ianya habis digunakan.

Namun, jika terlalu awal tukar bateri kereta yang baru, ianya merugikan bagi pihak anda sendiri. Oleh itu, berapa peratus bateri kereta perlu ditukar supaya anda membuat keputusan yang paling tepat sewaktu melakukan perkara ini ?

Ketahui bacaan terkait : Tanda bateri kereta kong

Adakah terdapat bacaan dalam peratus bateri kereta sebelum ianya perlu ditukar ?

Indikator atau kayu ukur bacaan bateri kereta tidak boleh dibuat menggunakan peratusan.

Ada beberapa bacaan bateri kereta yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah bacaan bateri kereta normal. Bacaan normal bateri kereta menentukan peratus bateri kereta yang berbaki.

Mengikut pengalaman aku sendiri, bacaan bagi bateri kereta ada 2 cara iaitu :

1. Menggunakan multimeter

Multimeter bekerja sebagai membaca berapakah nilai yang terdapat dalam bateri kereta dalam bacaan Voltan dan Ampere.

Melalui multimeter, anda boleh tahu adakah bateri kereta anda perlu ditukar pada waktu itu, atau masih lagi ianya digunakan.

2. Bacaan pada bateri kereta (jika disediakan)

Tidak semua bateri kereta mempunyai indikator atau bacaan ini. Jika anda dapati terdapat bacaan tersebut, anda boleh membuat bacaan hanya menggunakan penilitian pada indikator tersebut.

Perhatikan pada permukaan bateri kereta anda ada berbentuk bulat dan boleh dilihat warnanya jika diteliti betul-betul.

berapa peratus bateri kereta perlu ditukar
Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar

Namun, indikator ini hanya menyediakan bacaan bateri kereta masih lagi boleh digunakan ditanda sebagai bacaan berwarna hijau atau biru.

Manakala, bacaan merah atau hitam tandanya ianya perlu ditukar kepada bateri kereta baru dengan kadar segera.

Artikel berkaitan : Bila perlu tukar bateri kereta

Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar

Apakah cara lain bagi menentukan bila waktunya bateri kereta anda sesuai untuk ditukar kepada yang baru ?

Sesebuah bateri kereta boleh anda tentukan jangka hayatnya mengikut tempoh waktu tertentu yang mudah anda rujuk.

Terdapat dua jenis bateri kereta iaitu bateri kering dan bateri basah. Kedua ini membezakan dari segi tempoh ianya berapa lamakah ianya mampu bertahan.

Kebanyakkannya ramai pengguna menggunakan bateri kereta kering kerana ianya mudah dijaga dan tidak perlu dimaintain secara berkala.

Bacaan terkait : Bateri kereta kering tahan berapa lama

Bateri kereta kering akan bertahan selama minimum 2 tahun atau 24 bulan. Jadi, jika sudah melepasi tahun ke 2 tersebut, maka anda boleh saja untuk terus tukar bateri kereta yang baru.

Manakala, bagi bateri kereta basah pula, tempoh minimum ianya akan bertahan adalah 2 tahun setengah hingga 3 tahun. Namun, ianya perlu dimaintain dengan baik dari bulan ke bulan supaya mencapai ketahanan tempoh minimum di atas.

Jika sudah melepasi tempoh ini, namun tiada tanda bateri kereta perlu ditukar, anda masih boleh meneruskan menggunakannya. Namun dengan syarat, bacaan voltan bateri kereta perlu anda monitor dari masa ke masa.

Artikel berkaitan : Tukar bateri kereta berapa lama

Bagaimana jika terlupa tarikh beli bateri kereta sebelum ini ?

Setiap pembelian bateri kereta anda pasti pihak kedai kereta akan membuat tanda pada bateri kereta baru anda itu.

Buka sahaja bonet hadapan kereta anda sekiranya terlupa tarikh last bila anda beli bateri kereta tersebut.

Bukan saja itu, tandaan tarikh bateri kereta itu juga adalah sebagai permulaan kepada warrantly bateri kereta yang baru anda miliki itu.

Walaupun anda beli bateri kereta itu awal dan belum digunakan lagi, tarikh tersebut tetap akan berjalan sehinggalah penetapan tarikh akhir warrantly itu tiba.

Baca selanjutnya : Cara cek tarikh bateri kereta

3 thoughts on “Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *