Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cabut bateri kereta positif atau negatif

Cabut bateri kereta positif atau negatif. Manakah langkah yang benar dan betul bagi proses cara pasang bateri kereta positif negatif yang sebetulnya boleh anda terapkan dan ikuti walaupun melakukannya sendiri di rumah ?

Sudah tentu juga anda ingin cabut bateri kereta atas alasan ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang agak lama seperti sebulan dan ke atas.

Sebab dan kesan nak cabut bateri kereta positif atau negatif

Kaedah : Cabut bateri kereta tinggal lama

Jika anda berhajat dan sudah ketahui ingin meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama, sudah pasti anda perlu tahu cara cabut bateri kereta tinggal lama. Hal ini demikian, kaedah cabut bateri kereta tinggal lama merupakan salah satu cara untuk anda tidak kerugian tenaga bateri kereta setelah meninggalkan kereta yang terlalu lama.

Bacaan terdahulu : Cabut bateri kereta tinggal lama

Kesan : Cabut kepala bateri kereta mati

Kesan bagi kebanyakkan kereta lama akan alami adalah ketika anda ingin cabut kepala bateri kereta mati. Sepatutnya enjin masih boleh dalam keadaan hidup setelah anda hidupkan enjin. Namun, ianya tidak berlaku sebaik sahaja anda mencabut kedua wayar kepala bateri kereta.

Artikel berkaitan : Cabut kepala bateri kereta mati

Proses bagi cabut bateri kereta positif atau negatif adalah penting supaya anda mengelakkan beberapa kesan sampingan. Kesan yang tidak baik boleh membawa kepada masalah lain lebih-lebih lagi terhadap wiring dalaman kereta.

Sudah tentu barangan elektrik serta elektronik dalaman kereta merupakan kegunaan utama untuk anda yang mempunyai kereta terkini yang hampir setiap kali memerlukan sistem sesentuh bagi menghidupkan sesuatu.

Ianya adalah seperti sistem penghawa dingin dan brek parking elektronik. Dengan zaman teknologi yang bergerak pantas sikit demi sedikit semua kereta akan beralih arah kepada kereta yang menggunakan sistem tenaga elektrik dan elektronik.

Jadi, secara tidak langsung apabila anda ingin tukar bateri kereta sendiri, anda perlu tahu cara bagi cabut bateri kereta positif atau negatif dahulu.

Cabut bateri kereta positif atau negatif dahulu ?

Cara cabut bateri kereta sebetulnya adalah perlu anda perhatikan dulu pada bateri kereta anda. Kenal pasti wayar positif iaitu berwarna merah. Manakala, wayar berwarna hitam bermaksud ianya wayar negatif.

Wayar yang berwarna tersebut sudah terikat kepada bateri kereta anda sekarang. Ianya terikat pada yang dikenali sebagai terminal bateri kereta. Wayar dan terminal bateri kereta adalah berbeza tempat asalnya.

Wayar bateri kereta adalah datang dari kereta anda yang akan menjadi penghubung. Manakala, terminal bateri kereta adalah berasal dari bateri kereta itu sendiri. Tanpa kedua wayar dan terminal ini, maka proses menghubungkan bateri kereta itu tidak akan terjadi.

Berbalik kepada persoalan di atas, cabut bateri kereta positif atau negatif dahulu ? Jawapannya adalah mencabut wayar negatif atau wayar berwarna hitam terlebih dahulu.

Apakah langkah sebetulnya cabut bateri kereta positif atau negatif ?

Langkah cabut bateri kereta positif atau negatif ini perlulah betul supaya tiada sebarang komplikasi buruk terhadap sistem utama pada komputer yang tersimpan dalam kereta.

Kalau kita lihat penyataan di atas sekiranya anda ingin mencabut bateri kereta dan menukar kepada bateri kereta baru pada kebiasaan yang dilakukan oleh orang ramai atau kedai bateri kereta.

Di bawah ini anda akan dapati cara paling terbaik bagi cabut bateri kereta postif atau negatif yang mengikut teknik paling selamat digunakan oleh kedai bateri kereta yang terlatih dan mempunyai pengetahuan.

Berikut merupakan langkah demi langkah cabut bateri kereta yang sebenar :

  1. Sediakan bateri kereta tambahan seperti portable bateri.
  2. Proses ini sebaiknya dilakukan semasa enjin kereta anda dimatikan terlebih dahulu.
  3. Ambil wayar negatif portable bateri kereta dan klipkan pada mana-mana bahagian besi dalaman kereta anda.
  4. Halakan wayar merah (positif) portable bateri dan klipkan pada wayar merah (positif) kereta.
  5. Cabut wayar merah yang sudah diklipkan bersama portable bateri kereta tadi.
  6. Kemudian, barulah boleh anda cabut wayar hitam(negatif) yang berada pada bateri kereta lama tersebut.

cabut bateri kereta positif atau negatif
Cabut bateri kereta positif atau negatif

Cara di atas merupakan cara cabut bateri kereta agak jarang dilakukan oleh kedai bateri kereta. Lebih-lebih lagi jika anda menukar bateri kereta sendiri di rumah disebabkan ketiadaan protable bateri kereta.

Namun, anda masih boleh ikuti langkah kebiasaan cabut bateri kereta di bawah yang sering dilakukan oleh kedai bateri kereta :

  1. Start enjin kereta
  2. Cabut wayar hitam iaitu wayar negatif terlebih dahulu.
  3. Kemudian cabut wayar mereah iaitu wayar positif dari terminal bateri kereta lama.
  4. Semasa proses ini dilakukan, jangan risau enjin kereta anda tidak akan mati.
  5. Kemudian, teruskan dengan proses pasang bateri kereta baru dengan betul.

Baca juga : Pasang bateri kereta positif atau negatif dulu

Kebaikan jika cabut bateri kereta positif atau negatif

Sistem elektronik dalaman kereta semakin hari semakin mendominasi. Bayangkan parking brek kereta anda sudah mempunyai sistem elektronik yang dahulu hanya menggunakan tuil brek secara manual.

Begitu juga dengan sistem aircond kereta anda juga dikawal dengan hanya menggunakan sistem elektronik secara touch atau sesentuh untuk ianya dihidupkan dan adjust tahap kesejukkan.

Di sinilah kebaikan cabut bateri kereta positif atau negatif ini amat perlu diterapkan bagi semua kedai bateri kereta. Walaupun ianya tidak begitu menggangu sistem dalaman elektrik dan elektronik kereta anda, jika tersilap kereta, pasti akan merosakkan sistem komputer ini.

Kebaikan lain adalah dapat mengekalkan keoptimuman barangan elektronik yang digunakan tanpa perlu merujuk pusat servis kereta untuk membaikinya sejurus itu menyelamatkan kos yang agak tinggi yang perlu dikeluarkan oleh anda.

Apakah kesan buruk salah cabut bateri kereta positif negatif ?

Sistem dalam komputer kereta bukanlah perkara yang boleh diselesaikan dengan cepat walaupun anda mampu membayarnya. Hal ini kereta memerlukan tenaga yang mahir untuk ianya diselesaikan lebih-lebih lagi kereta tersebut merupakan generasi baru ianya dikeluarkan.

Pertama sekali adalah kos masa yang perlu anda leburkan bagi membaiki masalah elektonik dalaman kereta anda. Jika tidak menjumpai jalan penyelesaiannya, pasti akan memerlukan masa yang lebih supaya ianya dapat dibaiki sama seperti sediakala.

Keduanya, kos yang perlu anda keluarkan adalah tidak sepatutnya berlaku disebabkan hanya tidak mengikut langkah dalam cabut bateri kereta positif atau negatif ini dengan baik. Lebih rumit masalah yang anda hadapi, lebih tinggi kos perlu anda bayar untuk ianya diselesaikan.

5 thoughts on “Cabut bateri kereta positif atau negatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *