Bateri kereta Toyota Veloz : Mpv jenama dipercayai
Bateri kereta Toyota Veloz. Apakah bateri kereta original toyota veloz gunakan dari kilang dan apakah ciri-ciri dan masalah mengenai bateri kereta toyota veloz perlu diketahui setiap pemilik?
Bateri kereta 12v merupakan kegunaan wajib untuk anda mulakan hari sebelum ke tempat kerja atau sesuatu destinasi.
Kepentingan bateri kereta bagi toyota veloz tidaklah sepenuhnya, tapi ianya satu permulaan yang sangat diperlukan.
Kalau tiada bateri kereta ini, maka toyota veloz anda pun takkan boleh dihidupkan apa lagi nak sampai ke destinasi dengan rasa yakin.
Di artikel ini, anda boleh tenang ketahui segala permasalahan dan jalan penyelesaian terbaik yang dikongsikan berkait rapat dengan bateri kereta toyota veloz berdasarkan pengalaman sendiri mahupun orang ramai.
Jika tidak menemui jalan penyelesaian di sini, maka anda boleh kemukakan soalan di bawah agar ianya dapat diketengahkan.
Manakala, jika anda menemui jalan penyelesaian tapi tidak dinyatakan di artikel ini, maka dialu-alukan untuk anda sebagai pemilik atau pengguna kereta toyota veloz kongsikan untuk manfaat pemilik toyota veloz yang lain.
Saiz bateri kereta Toyota Veloz
Bateri toyota veloz yang digunakan sejak dari ianya keluar dari kilang toyota iaitu bateri original menggunakan bateri dari jenama GS yang merupakan kod saiz M42L.
Kod saiz bateri ini menyokong sistem teknologi Auto Start-Stop atau dikenali sebagai Eco-Idle tujuan untuk penjimatan minyak di kawasan bandar pesat penuh dengan trafik yang tinggi.
Pastikan anda bila nak gantikan bateri toyota veloz yang baru mengutamakan kod M42L ini supaya ianya dapat kekal digunakan mengikut tempohnya.
Namun, jangan tersilap, penggunaan bateri M42L ini bukan untuk memanjangkan jangka hayat bateri, ianya cuma sesuai digunakan oleh kereta yang ada sistem Eco-Idle seperti toyota veloz.

Jenis bateri kereta Toyota Veloz
Jenis bateri kereta sangatlah memainkan peranan mengikut apa yang pemandu atau pemilik kereta toyota veloz perlukan.
Toyota veloz dibekalkan dengan jenis bateri basah (original kilang) dan ianya perlu dijaga sebaiknya dari segi level air bateri kereta ini.
Nak buat macam mana dah ini yang dibekalkan, jadi, gunakan sepenuhnya tanpa risau selama anda menghantar servis di pusat servis toyota (SC).
Bukan nak promote pusat servis toyota, cuma pihak SC Toyota ini akan tambah air bateri jenis basah ini setiap kali anda lakukan servis minor atau major.
Untuk yang dah tak hantar pada SC Toyota pun jangan ambil hati sebab nak tambah air bateri basah toyota veloz ni pun mudah sahaja.
Paling malas pun, pastikan ianya berada di takat antara “LOW dan HIGH” itu pun dah kira bagus dan boleh digunakan lagi tanpa ragu-ragu.
Yang penting kat sini anda wajib check sendiri la keadaan bateri kereta toyota veloz tu. Bila dah bawah dari takat “LOW”, anda boleh beli air bateri sendiri dan topup sampai ianya cukup dan ini bukanlah setiap hari atau minggu perlu dilakukan cuma 1 bulan sekali sahaja.
