Bateri kereta Perodua Traz : Compact SUV pilihan utama kini
Bateri kereta Perodua Traz. Bateri kereta apakah yang paling sesuai digunakan oleh kereta Perodua Traz dan ciri-ciri manakah yang diperlukan oleh kereta ini?
Perodua Traz pun pakai bateri kereta 12V macam kereta-kereta lain. Bateri kereta ini adalah punca utama ketika anda nak hidupkan enjin.
Masuk saja kereta, tekan push-start button dan enjin hidup. Di sinilah peranan utama bateri kereta walaupun hanya 12V sahaja menjadi penentu sama ada kereta boleh bergerak lepas itu atau pun tidak.
Masa dah start enjin kereta Perodua Traz, bateri kereta dah serahkan tugas kepada alternator untuk bekerja mengecas dan membekalkan tenaga yang diperlukan peralatan elektrik dan elektronik dalam kereta.
Oleh itu, walaupun bateri kereta macam kecil saja, ianya memainkan peranan besar sebagai pemula kepada segalanya.
Sebab itulah, anda diwajibkan untuk tahu akan spesifikasi bateri kereta yang Perodua Traz gunakan agar tidak tersalah beli bateri dan dapat memanfaatkan bateri kereta yang diperlukan.
Pastikan juga anda lakukan rujukan pada bateri kereta perodua sekiranya saja-saja nak buat perbandingan terhadap model lain dalam satu jenama perodua.

Saiz bateri kereta Perodua Traz
Ini antara yang paling best bila anda memiliki Perodua Traz, iaitu saiz bateri yang digunakan adalah antara paling terbanyak ada dipasaran.
Kod saiz bateri Perodua Traz gunakan ini adalah NS40ZL. Kod ini memang tak pening kepala nak cari kat mana-mana kedai bateri kereta.
Kalau kereta tiba-tiba tersadai di kawasan bukan kedai bateri kereta, paling minima bengkel baiki kereta atau kedai tayar atau kedai aksesori kereta pasti akan ada stok bateri ini.
Jadi, tak perlu pun nak call pusat servis perodua (SC) semata-mata bateri kong dan towing bawa ke sana untuk ganti bateri baru (untuk bateri kereta Perodua Traz yang dah tamat warranty).
Biasa pihak SC perodua akan beri warranty pada bateri kereta sahaja iaitu 1 tahun atau 20,000km mana-mana tiba dahulu.
Jika dah lebih antara dua tempoh tersebut, maka anda kena keluar duit sendiri dan waktu tu dapatkan saiz bateri Perodua Traz bukanlah masalah bagi anda.
Jenis bateri kereta Perodua Traz
Model perodua traz kali ini didatangkan dengan tanpa sistem Eco-Idle (auto start-stop system) sebagai penjimatan minyak dan ianya digantikan dengan mode-mode seperti Eco, Normal dan Power yang boleh diset sendiri.
Jadi, jenis bateri kereta perodua traz pun dah mudah nak dicari kerana tergolong dalam dua jenis sahaja iaitu :
- Bateri kering (Dry/Free Maintenance)
- Bateri basah (Wet/Conventional)
Lepasni memang tiada isu lagi bateri mahal la seperti yang digunakan SUV abangnya seperti ativa dan 2 jenis bateri ini telah memadai bagi penggunaan perodua Traz.
Lihat perbandingan pada bateri kereta ativa dan anda akan dapati mana satu yang lebih berbaloi untuk spesifikasi yang digunakan.
Paling best, dua-dua jenis bateri ini paling mudah nak didapatkan di pasaran dalam pusat servis perodua mahupun di kedai bateri kereta kat luar.
Jadi, pergi mana-mana pun tak risau walaupun kereta habis bateri di kawasan hujung kampung, nak gantikan bateri kereta traz yang baru tiada masalah langsung sampaikan boleh cari di bengkel kereta biasa, kedai jual tayar mahupun kedai aksesori kereta.
Harga bateri kereta Perodua Traz
Bila saiz dan jenis pun mudah jumpa, bab harga bateri perodua traz pun bahagian paling mudah dan banyak pilihan.
Akan tetapi, dinasihatkan anda membuat pilihan yang betul-betul dan letakkan harga sebagai pilihan kedua lepas menjumpai jenama bateri yang dipercayai.
Sebab bateri yang mahal belum tentu berkualiti, dan bateri murah belum tentu bagus. Ada saja bateri murah tahan dan ada saja bateri mahal tak sampai 2 tahun dah habis.
Pilih jenama bateri berdasarkan pengalaman kereta yang anda gunakan sebelum ini. Jika perodua traz merupakan kereta pertama anda, buat rujukan pada jenama bawah yang merupakan pilihan terbaik yang ada dipasaran sekarang atas pengalaman saya.
Nak check harga, jenis dan saiz bateri kereta untuk kereta anda sebelum ni pun boleh dan buat perbandingan sama atau berbeza pilihan anda pada kereta traz ini.
| Jenama bateri kereta | Saiz bateri kereta | Jenis bateri kereta | Harga bateri kereta Perodua Traz |
| Century Marathoner Max | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM190 |
| Amaron Go | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM200 |
| Motolite | NS40ZL | Basah (Wet/Conventional) | RM160 |
| Astra | 40B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM220 |
| Varta Blue | 46B20L (NS40ZL) | Kering (Dry/MF) | RM230 |
| Yokobatt | NS40ZL | Kering (Dry/MF) | RM240 |
P/s : Segala masalah yang anda cari jalan penyelesaian tentang bateri kereta boleh ditemui secara lebih umum di post utama kami.
