Bateri kereta Waja : Dari saiz hingga kepada harga
Bateri kereta Waja. Proton Waja adalah salah satu model kereta keluaran Proton yang diperkenalkan pada tahun 2000. Kereta ini menjadi pilihan ramai kerana reka bentuknya yang moden dan prestasi yang baik pada waktu itu.
Salah satu komponen penting yang menyokong prestasi kereta adalah bateri waja. Ianya yang berfungsi untuk menyediakan kuasa elektrik bagi menghidupkan enjin serta menyokong sistem elektrik dalam kereta.
Terdapat beberapa variasi bateri yang digunakan oleh model-model Proton Waja, bergantung kepada jenis enjin dan spesifikasi kereta itu sendiri. Bateri yang digunakan dalam Proton Waja turut berkembang mengikut peredaran masa, dan pengeluaran kereta ini berakhir sekitar tahun 2015.
Baca berkaitan : Bateri kereta proton
Bateri Waja Campro
Proton Waja Campro merujuk kepada model Waja yang menggunakan enjin Campro, yang diperkenalkan pada tahun 2004. Bateri yang digunakan pada model ini biasanya adalah jenis bebas penyelenggaraan dan mempunyai keupayaan voltan 12V.
Selain itu, bateri Campro mempunyai saiz yang agak lebih besar berbanding model sebelumnya, dengan kapasiti yang mencukupi untuk menyokong keperluan enjin yang lebih berkuasa. Bateri ini direka untuk tahan lama dan lebih sesuai bagi kenderaan yang kerap digunakan di kawasan bandar atau luar bandar dengan jarak perjalanan yang jauh.
Salah satu ciri khas bateri Campro adalah ketahanan terhadap cuaca panas dan sejuk yang boleh mengganggu prestasi kereta jika tidak dijaga dengan baik.
Bateri waja 1.6 juga lebih efisien dalam memberikan kuasa kepada sistem elektronik dan aksesori tambahan pada kereta.
Bateri Waja MMC
Proton Waja MMC (Mitsubishi Motor Corporation) merujuk kepada model Waja yang menggunakan teknologi dan komponen yang dibekalkan oleh Mitsubishi. Bateri yang digunakan pada model ini sedikit berbeza kerana enjin MMC cenderung untuk memerlukan bateri dengan kapasiti lebih tinggi bagi menyokong prestasi enjin yang lebih besar dan lebih kuat.
Bateri untuk Waja MMC biasanya berfungsi dengan lebih efisien untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan bagi sistem elektrik yang lebih kompleks, termasuk sistem audio dan penyejukan.
Dalam model ini, bateri MMC juga menawarkan kelebihan dari segi kebolehpercayaan dan ketahanan terhadap kerosakan akibat suhu tinggi atau keadaan cuaca yang ekstrem.
Walaupun mempunyai harga yang sedikit lebih tinggi, pengguna model MMC Waja mendapat manfaat daripada prestasi bateri yang sangat baik dan ketahanan yang lebih lama.

Saiz Bateri Kereta Waja Berdasarkan Kod Bateri
Secara umum, bateri yang digunakan oleh Proton Waja mempunyai saiz yang agak standard dengan kod seperti NS60L. Saiz bateri waja ini biasanya berukuran panjang sekitar 9 inci hingga 10 inci dan lebar 6 inci hingga 7 inci.
Contoh saiz bateri kereta waja adalah seperti NS60LS atau 55B24LS. Kedua kod bateri kereta ini boleh anda jadikan rujukan sebagai saiz proton waja yang sangat sesuai anda gunakan.
Berikut merupakan penjelasan terhadap kod yang tertera pada 55B24LS :
- 55 adalah bacaan tenaga elektrik (aH)
- B adalah saiz lebatxtinggi bateri kereta (kod A,B,C,D)
- 24 adalah panjang bateri kereta (cm)
- LS adalah saiz terminal pada bateri yang bermaksud terminal positif terletak di sebelah kiri bateri dan saiz terminal merupakan saiz standard/besar.
Namun, anda pasti akan mempunyai beberapa pilihan lain yang pasti akan menjadi persoalan bagaimana untuk menggunakan bateri kereta waja yang membekalkan lebih tenaga kepada spec kereta yang lebih tinggi.

Cara membaca saiz bateri kereta waja
Caranya adalah memilih saiz bateri waja berdasarkan kod yang boleh anda rujuk yang tertera pada bateri kereta. Contohnya kod bateri 55B24LS. Anda boleh mendapatkan bacaan yang lebih tinggi pada kod bahagian depan seperti 65B24LS atau 70B24LS.
Bacaan depan mewakili jumlah 65aH dan juga 70aH menunjukkan ianya membekalkan lebih tenaga elektrik. Namun, anda sangatlah tidak menggalakkan untuk memilih saiz bateri waja dari segi bacaan aH yang lebih rendah.
Contohnya kereta waja mmc boleh anda gunakan saiz bateri waja mmc berdasarkan kod 65B24LS (jika ada) dan manakala, saiz bateri waja campro menggunakan kod bateri 55B24LS.
Namun, dalam masa yang sama kod bateri dibahagian tengah dan belakang tidak boleh anda ubah kerana ianya telah ditetapkan berdasarkan tapak saiz bateri waja anda.
Jika ianya tidak sama, maka kesukaran ketika meletakkan bateri waja anda pada tapak akan berlaku sama ada terlalu kecil akan mengakibatkan longgar, dan jika terlalu besar tidak akan memuatkan tapat yang telah disediakan.
Bolehkah tukar saiz bateri kereta waja?
Bagi mereka yang ingin menukar bateri proton waja dengan saiz lebih kecil atau lebih besar, penting untuk memastikan bahawa bateri tersebut masih sesuai dengan ruang yang ada di dalam ruang enjin kereta.
Saiz bateri proton waja yang lebih kecil seperti ns40 boleh membantu mengurangkan beban berat kereta. Tetapi perlu diingatkan bahawa saiz yang lebih kecil mungkin akan mengurangkan keupayaan kuasa dalam menyokong peralatan elektrik dalam kereta. Saiz ini adalah sangat tidak digalakkan.
Sebaliknya, bateri yang lebih besar sepeti ns70 mungkin memberikan kuasa yang lebih tinggi. Namun, boleh menambah beban dan menjadikan kereta kurang efisien dari segi penggunaan bahan api. Saiz ini masih boleh digunakan tetapi perlu sedikit pengubah suaian tapak bateri kereta yang asal.
Oleh itu, adalah penting untuk memilih saiz bateri kereta waja yang tepat untuk keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api.
Perbezaan guna saiz ns60 vs ns70 untuk bateri kereta Waja
Kelebihan dan kekurangan bateri ns60 untuk kereta waja
| Bateri NS60 Kereta Waja | Bateri NS70 Kereta Waja |
| Tapak bateri yang asal muat untuk memasukkan bateri NS60LS dan masih berbaki ruang | Tapak bateri sedia ada boleh dimasukkan muat-muat dan lakukan sedikit pemotongan jika perlu |
| Harga yang berpatutan | Harga lebih tinggi (melebihi RM50-RM70) |
| Boleh hidupkan enjin seperti biasa | Start kereta lebih smooth (rasanya sedikit sahaja) |
| Ketahanan sekitar 2-3 tahun (mengkut cara penggunaan dan pemanduan) | Ketahanan boleh mencapai 4 tahun (jika tiada sebarang penambahan aksesori) |
| Lebih ringan | Lebih berat |
| Sesuai bagi kereta Waja 1.6cc dan 1.8cc | Sesuai untuk kereta Waja 1.8cc |
| Tiada sebarang pengubah suaian wayar ke terminal | Gunakan terminal lebih kecil seperti LS |
| Contoh kod : 55B24LS(NS60LS) | Contoh kod : 90D26L(NS70L) |
Nota : Perbezaan harga yang dinyatakan adalah mengikut harga pasaran semasa. Harga mungkin berubah mengikut jenama bateri kereta seperti century, amaron, yokohama dan lokasi tempat anda beli bateri kereta.
Harga Bateri Kereta Waja di Pasaran
Di pasaran Malaysia, terdapat beberapa jenama bateri yang popular dan dipercayai untuk digunakan dalam Proton Waja. Jenama-jenama ini termasuk Amaron, Century, Bosch, dan dua lagi jenama terkenal iaitu Yuasa dan Exide
Harga bateri Amaron untuk Proton Waja biasanya bermula dari sekitar RM200 hingga RM400 bergantung kepada saiz dan jenis model bateri.
Century pula menawarkan harga sekitar RM250 hingga RM450 untuk bateri yang berkualiti tinggi.
Harga bateri waja untuk jenama Bosch yang terkenal dengan prestasi yang baik pula menjual bateri mereka pada harga sekitar RM280 hingga RM500.
Harga bateri kereta proton waja bagi jenama Yuasa dan Exide juga memberikan pilihan yang lebih premium dengan harga di antara RM300 hingga RM550.
Pilihan harga ini memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih bateri mengikut bajet dan keperluan prestasi kereta mereka.
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta
Bateri kereta Proton Waja Kong
Kenapa bateri kereta proton waja cepat kong kalau jarang gerak ?
Walaupun anda sudah menukar kepada bateri kereta waja yang baru, kejadian bateri baru boleh cepat kong boleh terjadi dengan antara sebabnya adalah jarang ianya digerakkan.
Bateri kereta waja memerlukan pengecasan paling minima setiap minggu. Pengecasan ini bermula apabila ianya bergerak dan bukan sekadar enjin kereta dihidupkan tanpa bergerak.
Pengecasan pada bateri kereta waja berlaku ketika alternator yang berfungsi dengan jarak yang sedikit jauh iaitu digalakkan melebihi 5 kilometer sebaiknya.
Sekiranya anda langsung tidak hidupkan enjin kereta waja ini, bateri waja tetap digunakan secara minima melalui sistem alarm kereta waja, sistem lock/unlock kereta dan juga jam kereta yang telah diaktifkan.
Kesimpulan
Bateri kereta Proton Waja memainkan peranan penting dalam memastikan sistem elektrik berfungsi dengan lancar dan enjin dapat dihidupkan dengan baik.
Terdapat beberapa jenis bateri yang digunakan dalam model Waja, seperti bateri Waja Campro dan Waja MMC. Yang masing-masing menawarkan kelebihan tersendiri berdasarkan jenis enjin dan spesifikasi kereta.
Pemilihan saiz bateri yang tepat, berdasarkan kod bateri yang sesuai, adalah penting untuk memastikan prestasi kereta tetap optimum. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan jenama bateri dengan harga yang berbeza di pasaran, memberikan pengguna pilihan mengikut bajet dan keperluan prestasi.
Secara keseluruhan, menjaga bateri waja dengan baik dan memilih yang sesuai untuk kereta Waja adalah langkah penting. Ini adalah untuk memastikan kereta kekal dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar.
P/s : Untuk yang ingin tahu lebih lanjut jalan penyelesaian terhadap masalah berkaitan, sila rujuk lebih lanjut di bateri kereta.

Pingback: Saiz bateri kereta Waja - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Proton : Segalanya mengenai model berkaitan - Mekanikakereta