Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Proton S70 : Sedan hangat pilihan utama

Bateri kereta Proton S70. Proton S70 merupakan model sedan yang diperkenalkan oleh Proton pada tahun 2023 sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk meraih lebih banyak pasaran dalam segmen sedan.

Kereta ini dibangunkan dengan fokus kepada prestasi, keselesaan, dan teknologi moden, memenuhi keperluan pengguna yang mencari kenderaan yang elegan dan praktikal.

Proton S70 dilengkapi dengan enjin 1.5L turbocharged yang menawarkan gabungan prestasi dan kecekapan bahan api yang baik. Model ini turut menawarkan ciri-ciri keselamatan canggih serta sistem hiburan yang inovatif. Ianya menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mementingkan pengalaman pemanduan yang selesa dan teknologi terkini.

Proton S70 hadir dengan beberapa varian untuk memberi fleksibiliti kepada pengguna. Dengan penekanan kepada reka bentuk premium dan kelebihan dalam keselamatan.

Saiz Bateri Kereta Proton S70

Proton S70 menggunakan beberapa pilihan saiz bateri mengikut keperluan varian dan jenis sistem elektrik yang digunakan. Saiz bateri asas yang digunakan dalam model Proton S70 adalah DIN60L/LN2. Yang memberikan kuasa mencukupi untuk menyokong operasi enjin dan sistem elektrik pada tahap penggunaan biasa.

Bateri ini cukup untuk memenuhi keperluan harian bagi pemanduan biasa di bandar atau perjalanan jarak dekat. Namun, bagi pengguna yang menginginkan prestasi lebih kuat dan ketahanan lebih lama, pilihan yang lebih tinggi iaitu DIN60L/LN2 (EFB) disediakan.

Bateri Enhanced Flooded Battery (EFB) ini memberikan prestasi yang lebih baik di bawah beban tinggi dan dalam cuaca panas. Ini memastikan voltan stabil semasa penggunaan pelbagai sistem elektrik secara serentak.

Untuk mereka yang lebih menuntut dalam prestasi dan ketahanan, Proton S70 juga menawarkan pilihan bateri DIN60/LN2 (AGM). Bateri Absorbent Glass Mat (AGM) ini direka khas untuk memberikan prestasi terbaik dalam keadaan ekstrem dan beban yang tinggi.

Teknologi AGM memberikan ketahanan yang lebih tinggi terhadap getaran dan suhu yang berubah-ubah, menjadikannya pilihan yang lebih tahan lama dan lebih sesuai untuk kegunaan jarak jauh atau keadaan pemanduan yang lebih mencabar.

saiz bateri kereta proton s70

Bateri AGM juga lebih efisien dalam menahan kerosakan akibat pengecasan yang tidak stabil, menawarkan jangka hayat yang lebih panjang, serta meningkatkan prestasi sistem elektrik secara keseluruhan. Ini memastikan bahawa Proton S70 dapat beroperasi dengan lancar walaupun dalam situasi yang lebih intensif.

Dengan pilihan saiz bateri yang berbeza ini, Proton S70 memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih bateri yang paling sesuai dengan gaya pemanduan dan keperluan mereka.

Penggunaan bateri yang lebih kuat seperti EFB dan AGM akan memberikan ketahanan yang lebih lama dan kestabilan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Pilihan bateri ini membantu memastikan prestasi yang lebih stabil dan lebih baik untuk sistem elektronik kereta, terutamanya dalam keadaan cuaca atau trafik yang ekstrem.

Ada ke beza saiz bateri kereta Proton S70 3 silinder dan 4 silinder (S70 MC1) ?

Proton S70 3 silinder merupakan keluaran pertama pada tahun 2023 kereta ini diperkenalkan. Manakala, sejak dari tahun 2026, proton S70 4 silinder yang dikenali sebagai Proton S70 MC1 merupakan model facelift terbaru yang membawa beza besar dari segi enjinnya yang berbeza walaupun di bawah cc yang sama iaitu 1.5 .

Jadi, persoalan disini, adakah jika enjin sudah berubah, apakah terdapat beza antara kedua saiz bateri yang digunakan oleh model proton S70 awal dan MC1 ?

Penggunaan saiz bateri kedua-dua proton S70 3 silinder dan 4 silinder ini adalah sama iaitu DIN60L/LN2 dari jenama Camel dan tidak termasuk dalam perubahan yang dilakukan pihak proton.

Bateri ini sudah cukup untuk menampung bagi penggunaan kereta proton S70 anda sesuai dengan aksesori yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *