Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cabut bateri kereta tinggal lama

Cabut bateri kereta tinggal lama. Apakah istillah disebalik anda melakukan cabut bateri kereta tinggal lama ini ? Adakah ia membantu memberikan faedah sekiranya anda melakukan perkara tersebut? Jika tidak melakukan cabut bateri kereta, apakah akan terjadi kepada kereta anda ?

Setiap kereta mempunyai bateri kereta bagi mengerakkannya dari destinasi ke destinasi lain. Bermula dari kereta di start atau dihidupkan enjinnya sehinggalah tiba ke tempat yang anda ingin dituju.

Namun, bagaimanakah cara sekiranya anda tidak menggunakan sesebuah kereta itu dalam jangka masa yang lama ? Adakah bateri kereta itu akan kehabisan sekiranya dibiarkan tinggal lama ?

Ada ke cara bagi anda untuk tidak membazirkan bateri kereta walaupun tidak anda gunakan kereta itu ? Hal ini demikian, akan merugikan anda jika bateri kereta sudah terbazir digunakan dan anda perlu membeli bateri kereta yang baru bagi menggunakan kereta tinggal lama itu semula.

Ikuti beberapa tips tinggal kereta lama yang boleh anda guna pakai agar ia memberi faedah yang sangat baik untuk semua pemilik kereta.

Adakah bateri kereta akan kehabisan sekiranya tidak menggunakannya dalam tempoh masa yang lama ?

Mengikut pengalaman aku sendiri yang mengalami perkara ini sudah tentu jawapannya adalah benar. Bateri kereta yang tidak digunakan lebih-lebih lagi enjin kereta anda tidak dihidupkan untuk tempoh masa yang lama akan kehabisan jika ianya dibiarkan.

Aku mempunyai sebuah kereta yang hanya ditinggalkan di rumah kampung orang tuaku. Hal ini kerana, aku yang bekerja di bandar yang berbeza negeri. Aku ke tempat kerja dengan hanya menggunakan motor. Jadi tidak langsung menggunakan kereta sebagai kenderaan utama.

Kebetulan pada tahun lepas aku hampir 6 bulan tidak pulang oleh kerana sering menghadiri khursus yang memerlukan khidmat aku antara orang yang penting dalam menjayakannya.

Bila pulang ke kampung halaman, aku cuba untuk hidupkan enjin kereta, namun gagal. Walaupun bateri kereta yang aku beli sebelum ini baru digunakan 1 tahun 3 bulan, aku percaya ianya adalah disebabkan kehabisan bateri kereta.

Check punya check dengan membawa bateri kereta ke kedai bateri kereta, maka jangkaan aku betul bahawa bateri kereta tersebut telah pun kehabisan. Lalu aku beli la bateri kereta yang baru bagi menghidupkan enjin kereta yang telah lama aku tinggalkan itu.

Kebetulan juga, orang di kedai bateri kereta itu memberi nasihat supaya aku cabut bateri kereta sekiranya meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama. Sebaik sahaja aku nak pulang ke bandar, aku cuba cabut bateri kereta supaya tidak terjadi lagi perkara yang sama berulang.

Apakah istilah cabut bateri kereta tinggal lama ?

Istilah mudah cabut bateri kereta tinggal lama ini adalah mudah. Anda boleh mencabut bateri kereta sendiri sekiranya pada masa akan datang anda baru nak hidupkan enjin kereta tersebut itu semula.

Cabut bateri kereta ini juga boleh gunakan kepada yang kurang pasti bila untuk anda start semula enjin kereta tersebut. Namun, ianya perlu dilakukan sendiri secara diy oleh anda sebaik sahaja sudah meletakkan kereta di kawasan kediaman anda.

cabut bateri kereta tinggal lama
Cabut bateri kereta tinggal lama

Ianya sangat sesuai dilakukan lebih-lebih lagi anda yang kerap kali bekerja di luar kawasan atau tiada masa untuk menghidupkan enjin walaupun sebulan sekali kerana kesibukan bekerja.

Antara cara cabut bateri kereta tinggal lama adalah dengan menanggalkan wayar hitam dan merah pada bateri kereta anda.

Baca selanjutnya : Cabut bateri kereta positif atau negatif

Faedah jika melakukan cabut bateri kereta yang tinggal lama

1.Menjimatkan wang dari membeli bateri kereta baru

Faedah utama cabut bateri kereta tinggal lama ini adalah dapat menjimatkan wang anda dari perlu membeli bateri kereta baru. Harga bateri kereta tidak murah untuk anda membelinya yang baru setiap kali kehabisan bateri kereta.

2.Memanfaatkan masa penggunaan bateri kereta dengan betul

Seterusnya, dapat memanfaatkan sesebuah bateri kereta itu secara sepenuhnya walaupun anda sangat jarang hidupkan enjin kereta. Sesebuah bateri kereta akan tahan untuk tempoh 2 tahun hingga 3 tahun.

Sekiranya anda cabut bateri kereta yang tinggal lama itu, maka anda dapat menggunakan tempoh sepenuhnya bateri kereta selama waktu tersebut tidak termasuk berapa lama masa yang anda tinggalkan kereta itu.

Justeru, kereta parking lama cabut bateri adalah tidak terbazir sedikitpun berdasarkan manfaat pada sesebuah bateri kereta.

Kesan tidak cabut bateri kereta tinggal lama

Kesan paling ketara sekiranya anda tidak cabut bateri kereta tinggal lama semestinya bateri kereta anda akan kong atau kehabisan. Walaupun ianya mengaktifkan sistem keselamatan kereta seperti alarm, namun, ianya tidak akan bertahan sama seperti jika anda menggunakan kereta itu secara harian.

Hal ini kerana, secara ilmiahnya cas dalaman bateri kereta yang tidak anda cabut wayar pada terminal bateri kereta akan mengalir ke cas bumi atau kita kenali sebagai neutral selama mana ianya masih tidak berlaku pergerakkan.

Melalui pergerakkan, alternator membantu bateri kereta anda untuk mengecas kembali bateri kereta anda supaya sentiasa berada dalam keadaan optimum untuk digunakan.

Walaupun sengaja atau tidak, tinggal kereta lama cabut bateri merupakan kaedah yang memberi kesan penjimatan yang bagus kepada pemilik kereta itu sendiri.

Pastikan tips tinggalkan kereta lama ini juga anda ikuti dengan baik tanpa sekali pun anda membiarkan tinggal kereta lama berlaku lagi seperti sebelum ini.

One thought on “Cabut bateri kereta tinggal lama

Comments are closed.