Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara check bateri kering kereta

Cara check bateri kering kereta. Bagaimanakah sekiranya anda nak ketahui keadaan bateri kereta anda sama ada masih mempunyai cas bateri atau elektrik di dalam bateri tersebut sudah hampir lemah ?

Di artikel ini kita akan fokuskan cara nak cek khusus kepada jenis bateri kereta kering. Adakah bateri kering anda tidak boleh digunakan lagi dan perlu diganti baru ?

Tapi sebelum itu seharusnya anda wajib untuk tahu cara check bateri kering kereta supaya anda tidak mengalami kerugian. Mana tahu bateri kereta kering tersebut masih lagi mempunyai elektrik di dalamnya.

Dalam masa yang sama mempunyai masalah lain yang dihadapi bukan disebabkan bateri kereta.

Bayangkan terdapat kes walaupun sudah menukar bateri kereta baru, tetapi masih mempunyai masalah tidak boleh start enjin kereta. Jika berlaku di luar, buat sementara, terpaksa lakukan jumper bateri kereta.

Artiket berkaitan : Bateri kereta kering boleh jumper tak

Bila dah check secara keseluruhan, perlu membaiki masalah lain yang memerlukan kos lebih sedangkan anda sudah membeli bateri kereta kering yang baru.

Bagaimanakah cara check bateri kering kereta ?

1. Buka bonet kereta

Perkara pertama sekali dalam cara check bateri kering kereta adalah anda perlu membuka bonet hadapan kereta.

2. Kenal pasti kedudukan bateri kereta kering

Ketahui kedudukan bateri kereta kering anda terletak di mana. Jika dari pandangan hadapan, selalunya di sebelah kanan. Namun, setiap kereta lain kedudukan bateri kereta diletakkan.

3. Indicator pada permukaan bateri kereta

Indikator berbentuk bulat adalah sumber rujukan kepada anda supaya dapat check keadaan bateri kereta.

Tidak semua bateri kereta menyediakan indikator ini. Jika anda boleh dapatinya tersedia supaya mudah anda check bateri kereta anda.

Rujuk pada arahan disebelah bulatan sebelum anda melihat pada bahagian dalam bateri kereta tersebut.

Mengikut pengalaman aku, jika anda nampak tanda biru di dalam bulatan tersebut, maka bateri kereta anda masih dalam keadaan baik.

Manakala, jika keluar warna hitam, itu bermakna bateri kereta anda dalam keadaan lemah dan masih boleh dicas.

Sekiranya tiada sebarang warna yang dilihat, maka anda perlu segera menukar kepada bateri kereta baru.

4. Guna alatan bacaan bateri kereta

Sekiranya tiada sebarang indikator pada permukaan di atas bateri kereta, maka anda boleh gunakan alatan bacaan bateri kereta.

Contoh alatan yang membolehkan anda membuat bacaan elektrik di dalam bateri kereta anda adalah multimeter.

Alat multimeter ini boleh mengenal pasti bacaan voltan bateri kereta kering anda sama ada ianya lemah, atau sudah habis atau masih dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan lagi.

cara check bateri kering kereta
Cara check bateri kering kereta

Kesimpulan cara check bateri kereta kering

Kedua-dua cara check bateri kereta kering di atas boleh anda lakukan sendiri di rumah.

Jika anda berasa kurang pasti, anda bolehlah rujuk ke kedai bateri kereta bagi membuat check bateri kereta untuk pastikan dimana tahap bateri kereta anda yang sebenarnya.

One thought on “Cara check bateri kering kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *