Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Sebab bateri kereta cepat rosak

Sebab bateri kereta cepat rosak. Adakah terdapat beza bateri kereta rosak dan bateri kereta habis ? Bagaimana nak kenal pasti bateri kereta itu rosak atau pun disebabkan sudah tiba waktunya kong ?

Di artikel ini kita akan kupaskan sedikit tentang sebab bateri kereta cepat rosak. Akan tetapi sebelum itu anda perlu tahu terdapat beza bateri kereta rosak dan juga jika ianya sudah habis.

sebab bateri kereta cepat rosak
Sebab bateri kereta cepat rosak

Hal ini demikian, supaya anda dapat memperbaiki cara penjagaan sesebuah bateri kereta dengan baik pada masa akan datang. Perkara ini adalah penting supaya bateri kereta yang anda gunakan itu memberi manfaat yang sepatutnya dan bukan menyebabkan masalah akibat dari kerosakan bateri kereta.

Sewajarnya ada tempoh yang sesuai untuk bateri kereta itu tamat. Namun, jika sebab bateri kereta cepat rosak adalah puncanya, maka perkara ini perlulah dielakkan pada masa akan datang supaya tidak terjadi lagi.

Apa beza bateri kereta rosak dan bateri kereta kong ?

Anda boleh bandingkan berdasarkan jadual seperti di bawah bagi mudah untuk anda fahami :

Bateri kereta rosakBateri kereta kong
Tidak boleh digunakan lagi walaupun masih berbaki cas di dalam bateri keretaTiada sebarang baki cas elektrik dalam bateri kereta yang tinggal
Boleh berlaku bila-bila sajaBerlaku dalam anggaran 2 tahun hingga 3 tahun
Tidak boleh dicasMasih boleh dicas
Beza bateri kereta rosak vs bateri kereta kong

Kesan dari sebab bateri kereta cepat rosak

Kesannya kepada bateri kereta cepat rosak perlu anda ketahui sekiranya hanya membiarkan perkara ini berterusan berlaku. Berikut merupakan kesan kepada sebab bateri kereta cepat rosak :

1. Perlu sering membeli bateri kereta baru

Jika anda mempunyai budget lebih untuk membeli bateri kereta secara kerap tidak mengapa. Namun, jika kekurangan budget, hal ini tidak boleh dibiarkan berlaku sama sekali.

Banyak duit akan dikeluarkan hanya kerana sebab bateri kereta cepat rosak tidak dibendung walaupun sudah dikenal pasti dari awal.

2. Tidak dapat ketahui bila kereta akan mengalami kerosakan

Kesan kepada sebab bateri kereta cepat rosak adalah bila-bila sahaja kereta anda akan meragam tanpa menunjukkan tanda. Tiba-tiba sahaja enjin kereta tidak boleh dihidupkan kerana bateri kereta sudah pun rosak.

Jika berlaku pada lewat malam, pasti akan memberikan masalah kepada anda kerana perlu menunggu sehingga kedai bateri kereta buka.

Apakah sebab bateri kereta cepat rosak ?

1. Tidak membersihkan bahagian terminal bateri kereta

Terminal bateri kereta bertindak menjadi penghubung kepada wayar cas positif dan negatif ke dalam bahagian elektrik dan elektronik kereta.

Jika terdapat seperti lebihan asid atau kita panggil mudah serbuk atau habuk pada bahagian terminal bateri kereta, maka ia menjadi penghalang kepada aliran cas elektrik dari bateri kereta kepada kereta anda.

Walaupun ianya dipandang remeh, namun halangan ini mampu bertindak sebagai kurangnya fungsi aliran cas elektrik kepada kereta anda. Lama kelamaan akan membuatkan bateri kereta anda menjadi cepat rosak.

2. Wayar tidak diikat dengan kemas

Wayar positif dan negatif perlu diikat pada terminal bateri kereta dengan baik dan kemas. Sekiranya tidak kemas, maka akan menyebabkan aliran cas bateri kereta turut tidak diberi secara optimum lalu mengakibatkan bateri kereta terbazir dan berlakunya kerosakan.

Walaupun dari awal ikatan wayar positif dan negatif ini sudah dibuat dengan rapi, ianya tidak semestinya akan bertahan lama. Hal ini kerana, kebiasaan semasa memandu anda akan melanggar lubang atau bumper atau halangan yang menyebabkan pergerakkan wayar tersebut dari terminal bateri kereta.

3. Tidak mengisi air bateri kereta

Perkara ini sangat jarang terjadi kerana setiap pengguna bateri kereta basah pasti akan memantau kadar air bateri kereta mereka dari masa ke masa yang bersesuaian.

Namun, ianya juga akan terjadi ketika pemilik kereta leka dan terlupa untuk mengisi air bateri kereta lebih-lebih lagi sebelum melakukan pemanduan jarak jauh.

Apabila air bateri kereta tidak ditambah ini kerap berlaku, maka ia menjadi punca dan sebab bateri kereta cepat rosak.

4. Sering menjemur kereta di bawah cahaya matahari terik

Kejadian ini sangat jarang sekali berlaku. Biasa kalau anda parking kereta di bawah cahaya matahari terik tidak berlaku sebarang masalah.

Namun, ada juga kes menjemur kereta di bawah cahaya matahari ditambah lagi dengan membuka bahagian bonet hadapan.

Jadi cahaya matahari yang terik terus menghala ke arah bateri kereta akan membuatkan ianya menjadi kembung lalu boleh menyebabkan ianya cepat rosak.

2 thoughts on “Sebab bateri kereta cepat rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *