Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta century tahan berapa lama ?

Bateri kereta century tahan berapa lama. Bagaimanakah sekiranya anda memilih bateri kereta yang mempunyai jenama seperti century akan mempengaruhi ketahanan semasa ianya digunakan ?

Dalam banyak-banyak pilihan jenama bateri kereta di artikel ini kita akan perlihatkan dari sudut pengalaman aku sendiri menggunakan bateri kereta jenama Century ini.

Untuk tahun ini, aku sendiri sudah menggunakan bateri kereta Century buat kali yang ke 3 berturut-turut. Di mana yang sebelum ini aku menggunakan brand atau jenama bateri kereta lain.

Disebabkan ada sedikit pengalaman buruk pada bateri kereta jenama sebelum ini aku terus tukar kepada jenama bateri kereta lain. Dalam banyak-banyak pilihan juga, aku memilih jenama bateri kereta Century sebagai pengalaman pertama pada tahun tersebut.

Sebab nak cuba bateri kereta century atas saranan kedai bateri kereta

Waktu itu bateri kereta yang sedang aku gunakan telah pun habis. Jadi aku buka sendiri bateri kereta lama yang sudah tidak boleh dipakai lagi dari kereta.

Jika nak diikutkan bateri kereta tersebut masih lagi boleh dicas. Tapi aku bertindak untuk terus membeli bateri kereta baru walaupun bateri kereta tersebut hampir memcecah tahun ke 2 ia digunakan.

Tiba saja di kedai sparepart barangan kereta yang selalu aku rujuk dan beli, aku terus bertanyakan jenama bateri kereta lain yang mungkin boleh tahan 2 tahun dan ke atas.

Cadangan oleh pihak kedai spaprepart yang menjual bateri kereta tersebut ada tiga jenama. Ketiga-tiga jenama bateri kereta tersebut merupakan jenama terkenal di negara kita sering menjadi pilihan pemilik kereta. Yang membezakan adalah dari segi harganya.

Aku pun memilih bateri kereta jenama Century sebagai percubaan buat kali pertama dengan saranan kedai tersebut.

bateri kereta century tahan berapa lama
Bateri kereta century tahan berapa lama

Adakah bateri kereta century tahan berapa lama ?

Sepanjang kali pertama aku sendiri menggunakan bateri kereta century, ianya bertahan selama 2 tahun 7 bulan.

Selama 2 tahun 7 bulan tersebut, tiada sebarang masalah yang aku hadapi menggunakan bateri kereta century ini.

Hal ini juga, tidak memerlukan maintainence kerana bateri kereta century yang aku gunakan adalah jenis kering.

Artikel berkaitan : Bateri kereta kering tahan berapa lama

Jika anda nak gunakan bateri kereta century basah perlukan maintenance dan mungkin akan bertahan jauh lebih lama.

Adakah bateri kereta century tahan berapa lama ini memberi kesan kepada pemilik kereta ?

Sudah tentu pemilihan bateri kereta century akan memberi kesan kepada anda sebagai pemilik kereta. Kesan yang baik terutamanya membuatkan aku menggunakan bateri kereta century ini untuk kali yang ke 3.

Sehingga kita setiap kali bateri kereta century baru digunakan, ianya pasti akan bertahan 2 tahun hingga 3 tahun maksimum.

Tempoh tersebut merupakan standard tempoh bateri kereta bagi jenisnya yang sesuai dipilih bagi semua cara penggunaan walaupun berbeza jenama bateri kereta.

Bila tibanya tempoh penggunaan ini masuk tahun ke 2, anda boleh sediakan budget bagi membeli bateri kereta century yang baru.

Artikel terkait : Bateri kereta amaron tahan berapa lama

2 thoughts on “Bateri kereta century tahan berapa lama ?

Comments are closed.