Cara jumper bateri kereta auto
Cara jumper bateri kereta auto. Selalu kita sering dengan jumper kereta saja digunakan untuk kereta manual gear atau transmisi. Bagaimana pula cara jumper bateri kereta sekiranya kereta anda menggunakan gear auto ?
Terlebih dahulu kita akan menjawab persoalan tentang adakah anda boleh buat jumper bateri kereta untuk kereta-kereta yang terdiri dari transmisi automatik ?
Bacaan terkait : Jumper bateri kereta
Kemudian baru kita akan perlihatkan bagaimanakah cara jumper bateri kereta auto itu dilakukan. Selain itu, adakah cara jumper bateri kereta auto dan manual itu berbeza ?
Jika terdapat perbezaan, apakah yang boleh dikenal pasti agar anda tidak melakukan kesilapan semasa melakukan jumper kereta ?
Bacaan selanjutnya : Kereta auto bateri kong
Adakah kereta yang menggunakan gear automatik boleh membuat jumper kereta ?
Sama ada kereta anda menjadi jumper kepada kereta lain atau kereta anda dijumper oleh kereta lain, jumper kereta untuk kereta yang menggunakan transmisi automatik adalah boleh dilakukan.
Tambahan pula, alternatif ini merupakan satu-satunya cara bagi menghidupkan kereta gear automatik pada waktu getir sebelum anda bertindak untuk menukar bateri kereta yang baru.
Untuk kereta gear automatik juga, jumper bateri kereta dapat membantu kereta untuk di bawa keluar dari tempat sukar untuk menarik kereta menggunakan trak tunda atau towing kereta.
Contoh tempat yang sukar dicapai untuk towing kereta anda adalah kawasan parking mall bertingkat serta rumah kediaman seperti apartment bertingkat.
Jawapannya adalah jumper kereta untuk kereta automatik adalah jalan penyelesaian sementara bagi membawa kereta keluar dari kawasan tersebut sementara kereta boleh dihidupkan enjin.
Adakah terdapat beza cara jumper bateri untuk kereta gear auto dan manual ?
Untuk pengetahuan anda, tiada beza cara jumper bateri kereta antara kereta yang berbeza transmisi gear auto dan gear manual.
Keduanya mengikut prosedur dan aturan yang sama bagi melengkapkan proses cara jumper bateri kereta selengkapnya.
Jika cara jumper bateri kereta auto tidak sama untuk cara jumper bateri kereta manual, maka terdapat sesuatu yang anda terlepas pandang ketika melalui prosedur ini dari mula hingga akhir.
Ulang semula cara jumper bateri kereta auto anda dengan tertib tanpa sebarang halangan dihadapi. Jika cara jumper bateri kereta auto anda masih terdapat masalah, maka ianya perlu merujuk kepada peralatan yang anda gunakan itu adakah ia berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Cara jumper bateri kereta auto langkah demi langkah
1. Sediakan peralatan bagi memulakan cara jumper bateri kereta auto
Antara peralatan bagi melakukan cara jumper bateri kereta auto adalah set wayar jumper dan sepasang sarung tangan.
Sarung tangan amat penting supaya anda dapat mengelakkan dari terkenal sebarang renjatan elektrik.
2. Gunakan bateri kereta yang masih berfungsi dengan baik pada kereta lain
Untuk lakukan cara jumper bateri kereta auto anda, anda memerlukan sebuah kereta lain yang mempunyai bateri kereta yang masih baik keadaannya.
Pastikan kereta tersebut dimatikan enjinnya sebelum alatan jumper mula digunakan.
3. Guna alatan jumper
Ambil alatan jumper kereta positif dan negatif dan kepitkan pada bahagian bateri kereta yang berfungsi dengan baik tadi.
Kepitkan jumper berwarna merah pada terminal atau besi wayar positif. Manakala, kepitkan pula jumper berwarna hitam kepada terminal atau besi wayar negatif.
Kemudian, ambil wayar positif sejalur yang telah dikepitkan tadi dan kepitkan kepada terminal atau wayar positif bateri kereta yang perlukan bantuan dihidupkan enjin kereta.
Seterusnya, ambil pula wayar negatif berwarna hitam yang sejalur dengan bahagian kepitan negatif tadi dan kepitkan kepada mana-mana bahagian besi di kawasan dalam bonet kereta anda.
4. Hidupkan enjin kereta
Hidupkan enjin kereta yang mempunyai fungsi bateri kereta yang baik tadi. Selepas itu buka lampu besar kereta anda untuk meningkatkan kadar aliran cas elektrik.
Pastikan gear kereta auto anda berada pada kedudukan P (parking). Seterusnya, start enjin kereta auto yang mengalami masalah untuk hidupkan enjin tadi.
5. Cabut wayar jumper bateri kereta
Setelah enjin kereta telah dihidupkan, maka cara jumper bateri kereta auto anda telah pun berjaya dilaksanakan.
Kemudian, cabut wayar jumper bateri kereta anda satu persatu. Namun, cabut wayar jumper bateri kereta secara reverse dari cara pasang jumper tadi.
Mulakan dengan mencabut wayar negatif yang telah diletakkan pada besi badan kereta tadi dan seterusnya wayar negatif pada kereta satu lagi. Manakala, wayar positif juga turut dicabut mengikut turutan terbalik seperti wayar negatif.
Enjin kereta auto anda akan kekal hidup sehinggalah anda sendiri yang mematikan enjinnya.
6. Bawa kereta ke kedai bateri kereta terdekat
Apabila enjin kereta anda telah dihidupkan, bawa kereta itu ke kedai bateri kereta berhampiran agar anda boleh tukar kepada bateri kereta yang baru.
Anda tidak digalakkan masih menggunakan bateri kereta tersebut kerana akan datang pasti akan menimbulkan masalah tidak boleh start sekali lagi.
Jika berlaku sekali lagi, maka gunakan cara jumper bateri kereta auto ini sama seperti pertama kali anda melakukannya.
Pingback: Jumper bateri kereta yang wajib diketahui - Mekanikakereta