Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Kereta auto bateri kong

Kereta auto bateri kong. Apakah perkara yang penting untuk anda tahu sewaktu mengalami bateri kereta kong terutamanya untuk kereta yang menggunakan gear auto yang menjadi majoriti pilihan pemilik kereta sekarang ini ?

Semakin hari semakin banyak kenderaan kereta yang menggunakan transmisi atau gear auto. Kemudahan yang terbukti pada gear automatik ini memberikan kelebihan jauh lebih baik dari segi praktikal ianya digunakan seharian.

Tatkala, bagi kereta yang menggunakan gear manual pula sudah berkurangan atas faktor besar adalah disebabkan trafik yang tinggi lebih-lebih lagi kita yang duduk di kawasan pusat bandar tumpuan.

Namun, secara tak langsung ada kekurangan juga sekiranya anda menggunakan kereta yang mempunyai gear automatik ini. Apa yang kita akan fokus disini adalah kereta auto bateri kong.

Ada ke kesan terhadap bateri kereta kong yang gunakan transmisi gear auto atau manual ini? Bagaimana caranya anda mengawal masalah bateri kereta kong yang menggunakan gear auto?

Tetapi sebelum itu anda perlu ketahui dulu cara cek bateri kereta kong supaya anda betul-betul dapat sahkan kereta auto bateri kong anda itu.

kereta auto bateri kong
Kereta auto bateri kong

Adakah terdapat beza terhadap bateri bateri kong sama ada menggunakan gear auto atau manual ?

Kedua transmisi gear ini digunakan di seluruh dunia bagi sebuah kereta. Bila ianya dikaitkan dengan bateri kereta ketika ianya kong, pasti ada beza cara untuk anda mengawal dan atasi perkara ini.

Kereta auto bateri kong lebih rumit untuk ianya dihadapi dibandingkan kereta yang menggunakan transmisi manual. Seperti yang kita tahu untuk kereta yang menggunakan gear manual, jika bateri kereta kong, anda mampu usahakan lagi dengan cara hidupkan enjin kereta manual dengan mendapatkan bantuan orang lain untuk menolak dan menghidupkan enjin kereta tersebut.

Manakala, kereta yang menggunakan gear automatik tidak boleh menggunakan cara sama seperti kereta gear manual. Namun, pasti ianya boleh diselesaikan juga dengan cara hidupkan enjin kereta auto dengan betul.

Tambahan pula, jika bateri kereta kong itu tidak langsung memberikan apa-apa respon dengan merujuk kepada meter kereta semasa kunci itu telah ditujukan pada “ON”, ini bermakna ianya tidak boleh diselamatkan selain menukar bateri kereta yang baru. Bezanya adalah anda perlu membuka sendiri bateri kereta kong tersebut, beli bateri kereta baru serta memasang ianya semula.

Apa langkah perlu diambil jika bateri kereta kong untuk kereta gear atau transmisi automatik ?

1. Buka dan pasang sendiri bateri kereta baru jika kereta di rumah kediaman

Beli bateri kereta sendiri dan pasang sendiri merupakan pilihan pertama untuk anda yang mengalami masalah kereta auto bateri kong ini. Kemahiran ini boleh anda pelajari sendiri sama ada bertanyakan pada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Malah, anda boleh turut pelajarinya merujuk kepada internet yang kini semakin banyak tutorial cara pasang bateri kereta. Ianya boleh dilakukan sendiri dari rumah dengan hanya beberapa peralahan.

2. Panggil towing jika berada di luar kawasan kediaman

Pilihan lain jika kereta anda mengalami kereta auto bateri kong adalah dengan meminta bantuan trak tunda kereta atau towing truck. Kemana untuk bawa kereta ini? Sebaiknya bawa terus ke kedai bateri kereta yang terdekat sebaik sahaja anda kenal pasti bateri kereta kong.

Anda juga mempunyai pilihan untuk membawa kereta tersebut towing ke rumah anda. Seterusnya anda boleh menggunakan pilihan 1 di atas iaitu dengan membuka dan memasang bateri kereta sendiri pada bila-bila masa. Terutamanya kejadian bateri kereta kong yang berlaku pada lewat malam semasa kedai bateri kereta telah pun tutup.

Pilihan ini juga digunakan oleh pemilik kereta sekiranya ingin menangguhkan seketika pembelian bateri kereta yang baru.

kereta auto bateri kereta kong
Kereta auto bateri kereta kong

Situasi menjadi cabaran tempat kereta auto breakdown akibat bateri kereta kong

Perhatikan beberapa situasi di bawah ketika anda menghadapai kereta breakdown disebabkan bateri kereta kong :

  • Kediaman yang mempunyai parking bertingkat
  • Pusat membeli belah yang mempunyai parking berbayar
  • Kereta yang tidak mempunyai kemudahan free towing

Ketika situasi di atas tidak boleh anda panggil trak towing. Hal ini kerana, tempat ini mempunyai had ketinggian dan membatasi baginya untuk menyediakan servis towing kereta anda. Oleh itu, anda perlulah memanggil kenalan atau orang kedai bateri kereta yang menyediakan servis tukar bateri kereta “on call” 24 jam.

Selain itu, anda boleh melakukan penukaran bateri kereta sendiri. Dengan cara membuka bateri kereta sendiri dan memasangnya semula dengan cara yang betul. Namun sebelum itu, adalah sewajarnya untuk anda mengetahui sebab enjin kereta anda tidak boleh start adalah disebabkan bateri kereta kong.

Seterusnya, kereta yang dilindungi insuran 3rd party tidak disediakan khidmat free towing. Sudah pasti akan memerlukan duit yang agak tinggi dan boleh jadi ianya akan melebihi harga sebuah bateri kereta yang baru sekiranya mengambil towing di luar.

Hal ini demikian, akan menganggu anda untuk membaiki kereta auto bateri kong secepatnya kerana telah menggunakan budget duit kepada kos towing tadi.

2 thoughts on “Kereta auto bateri kong

Comments are closed.