Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara mengatasi bateri kereta kong

Cara mengatasi bateri kereta kong. Bolehkah anda memilih untuk tidak mahu terlibat menghadapi situasi bateri kereta kong seperti mana terjadi kepada semua orang yang memiliki kereta ?

Bateri kereta membekalkan tenaga elektrik kepada sesebuah kereta dan ianya berfungsi ibarat sebagai jantung dalam diri. Bateri kereta kong sudah pasti tidak dapat membantu sebuah kereta itu untuk digerakkan dari satu destinasi ke destinasi lain.

Selain itu, bateri kereta juga salah salah satu penjana yang penting bagi penggerak barangan elektrik mahupun elektronik yang melengkapi kemudahan dan keselesaan tersedia di dalam kereta anda seperti aircond serta radio kereta anda.

Jadi, bagaimana cara mengatasi bateri kereta kong ? Ada ke bateri kereta yang tidak akan kong ? Adakah bateri kereta akan bertahan selamanya tanpa kita perlu menukarnya kepada yang baru ?

Adakah bateri kereta boleh bertahan selamanya ?

Setiap bateri kereta pasti akan habis riwayat hidupnya. Malah, bateri kereta merupakan termasuk dalam kategori pakai dan buang (wear & tear).

Bila kita lihat sektor barangan pakai dan buang ini, ianya tidak akan kekal selamanya selama mana kita gunakan kereta tersebut.

Bateri kereta kong sudah pasti bakal terjadi kepada setiap pemilik kereta. Malah, jika sudah terjadi, cara nak start kereta bateri kong tidak boleh dilakukan lagi.

Bagaimana cara mengatasi bateri kereta kong ?

Cara mengatasi bateri kereta kong adalah lebih bermaksud kepada cara kita nak elak dari menghadapi masalah bateri kereta kong. Sudah tentu kita boleh pelajari sedikit sebanyak beberapa perkara ini supaya dapat elakkan kereta dari berlaku breakdown di tepi jalan.

Antara cara mengatasi bateri kereta kong dari awal adalah seperti berikut :

1. Mengenal pasti tanda awal bateri kereta kong

Jika anda mempunyai pengetahuan tentang tanda bateri kereta kong, semestinya anda dapat mengenal pasti dari awal sebelum kereta anda kehabisan bateri kereta.

Bila dah sedar akan tanda-tanda awal bateri kereta kong ini, anda tidak perlu lagi buang masa menunggu sehingga ianya kong sepenuhnya.

Hal ini supaya anda dapat hindarkan masalah lain yang lebih merumitkan keadaan seperti kereta tidak boleh start sewaktu keadaan kecemasan ingin menggunakannya.

Sudah pasti anda boleh memanfaatkan cara cek bateri kereta kong sebelum ianya bakal berlaku kepada anda.

2. Bersiap sedia jika menghadapi sebarang bateri kereta kong dengan menyimpan nombor telefon kedai bateri kereta berhampiran rumah atau tempat kerja anda

Perkara ini kerap kali orang tidak peduli tentang kepentingannya. Hal ini sangat penting semasa kereta anda breakdown disebabkan bateri kereta kong diluar waktu kerja.

Hal ini kerana, cara hidupkan kereta bateri kong pun tidak dapat membantu anda. Ini disebabkan cara nak hidupkan kereta bateri kong tidak boleh dilakukan kecuali anda tukar kepada bateri kereta yang baru.

Ternyata ada pihak kedai bateri kereta juga menyediakan runner membantu kereta dikala ianya mempunyai masalah bateri kereta kong pada waktu malam. Namun, ianya tidak semua kedai bateri kereta yang terlibat.

3. Membeli bateri kereta baru dan menyimpannya di dalam bonet belakang kereta

Jarang sekali pemilik kereta yang nak buat perkara seperti membeli bateri kereta awal-awal dan simpan di dalam bonet kereta. Ini kerana mereka tidak tahu apakah tanda dari awal bateri kereta nak kong bakal berlaku.

Cara mengatasi bateri kereta kong yang ini boleh diguna pakai sekiranya anda ingin menggunakan kereta tersebut untuk perjalanan yang jauh. Begitu juga kepada anda yang tiada masa sepanjang hari bekerja tidak sempat untuk membeli bateri kereta pada waktu ianya kong.

Jadi, anda membeli pada waktu hujung minggu bateri kereta yang baru dan bila-bila masa bersedia sehingga bateri kereta yang digunakan sekarang telah pun habis digunakan.

4. Menyediakan alatan jumper start kereta sekiranya kereta tidak boleh dihidupkan

Jumper kit untuk bateri kereta adalah sangat penting pada waktu anda memerlukannya. Anda boleh membelinya dan simpan di dalam bonet belakang kereta bagi langkah jaga-jaga jika bateri kereta kong itu berlaku.

Setidak-tidaknya jika dah berlaku bateri kereta kong, kereta masih boleh anda hidupkan dibantu oleh kereta lain sebelum anda pergi tukar bateri kereta yang baru.

cara mengatasi bateri kereta kong
Cara mengatasi bateri kereta kong

One thought on “Cara mengatasi bateri kereta kong

Comments are closed.