Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Harga roadtax kereta

Harga roadtax dan insurans kereta 1.6 cc : Rujukan mudah

Harga roadtax dan insurans kereta 1.6 cc. Berapakah jumlah bagi harga roadtax dan insurans kereta 1.6 yang perlu anda belanjakan setiap tahun ?

Seperti yang anda tahu, roadtax dan insuran merupakan satu gabungan bagi melengkapkan sesebuah perlindungan untuk kereta anda.

Syarat untuk menghidupkan roadtax kereta adalah dengan mendahului menghidupkan insurans kereta dahulu.

Tujuan insuran kereta adalah untuk melindungi kereta 1.6 anda jika berlaku sebarang kemalangan, kecurian mahupun kebakaran.

Bagi roadtax kereta pula, tujuannya adalah bagi melengkapkan urusan anda sebelum melakukan claim insuran jika berlaku sebarang kemalangan, kecurian dan kebakaran tadi.

Walaupun di sebaliknya tanggungjawab kita sebagai pemilik kereta perlu dilakukan untuk membayar cukai jalan, ianya juga memberikan kemudahan kepada pemilik kereta sendiri bagi menguruskan claim insurans.

Jika salah satu tidak dibuat, maka tidak lengkaplah sebuah roadtax kereta itu. Bayangkan jika ada orang hanya buat roadtax, tapi insuran tidak buat.

Maka, risiko bagi anda yang menjadi mangsa kemalangan dari kesilapan orang lain adalah tinggi kerana pihak tersebut tidak mempunyai sebarang perlindungan insuran langsung.

Di artikel ini, kita akan fokus kepada harga roadtax dan insurans kereta 1.6 yang mempunyai enjin berjumlah 1.6cc atau 1600cc.

Adakah harga roadtax 1.6 dan harga insuran 1.6 masih berbaloi untuk dimiliki ?

Berapakah harga roadtax kereta 1.6 ?

Sebelum anda nak tahu harga roadtax dan insurans kereta 1.6 sepenuhnya, anda perlu mengetahui harga road tax kereta 1.6 terlebih dahulu.

Roadtax kereta 1.6 boleh dikategorikan sebagai enjin kereta yang masih berbaloi untuk anda miliki. Roadtax 1.6 atau 1600cc ini dari dahulu hingga kini menjadi pilihan ramai.

Hal ini demikian, roadtax 1.6 harga tidaklah begitu mahal dan ianya merupakan cc enjin segmen terakhir untuk anda yang tidak ingin membazir membayar roadtax kereta setiap tahun.

Antara kereta-kereta yang terdapat dalam kategori roadtax 1.6 cc adalah :

  1. Proton Iriz 1.6 (roadtax iriz 1.6)
  2. Proton Persona 1.6 (roadtax persona 1.6)
  3. Proton Exora 1.6 (road tax exora 1.6 atau harga roadtax exora 1.6)
  4. Proton Waja 1.6 (roadtax waja 1.6 atau harga roadtax waja 1.6)
  5. Proton Preve 1.6 (harga roadtax preve 1.6)
  6. Nissan Grand Livina 1.6 (harga roadtax grand livina 1.6)

Kesemua senarai kereta di atas merupakan cc enjin sebanyak 1600cc. Walaupun ada beberapa kereta lain seperti saga 1.6, satria neo 1.6 dan gen2 1.6 , ianya sudah tidak banyak digunakan di atas jalan raya.

Namun, jika anda masih menggunakannya, anda perlu menghidupkan roadtax kereta 1.6 cc. Ini bermakna harga roadtax kereta 1.6 tersebut adalah sama dengan senarai di atas. Berapakah harga roadtax 1.6 cc ?

Harga roadtax kereta 1.6 adalah berjumlah RM90 untuk tempoh 12 bulan atau 1 tahun. Jika anda perlu menghidupkan roadtax kereta 1.6 ini bagi jangka masa 6 bulan dengan sebab tertentu, maka harga roadtax kereta 1.6 cc ini perlu anda keluarkan RM45 sahaja bagi setiap 6 bulan.

harga roadtax dan insurans kereta 1.6

Berapakah harga insuran kereta 1.6 ?

Harga insurans kereta 1.6 adalah tidak tetap. Ianya perlu bergantung kepada beberapa perkara seperti :

  1. Tahun kereta 1.6cc yang anda gunakan
  2. Market value semasa kereta tersebut
  3. Ncd atau peratus ncd ke atas pemilik

Namun, terdapat persamaan pada harga insuran kereta 1.6 iaitu adalah jumlah cc enjin pada kereta anda bersamaan 1600cc.

Jika terdapat kesalahan cc enjin pada polisi insuran kereta 1.6 anda, maka anda perlu segera memperbetulkannya.

Hal ini kerana, bagi mengelakkan semasa claim insuran kereta 1.6 anda tidak dibolehkan disebabkan kesalahan pada cc enjin.

Contohnya, cc enjin kereta tersalah masuk iaitu 1.3cc , padahal kereta anda merupakan cc enjin 1.6cc.

Harga insuran kereta untuk 1.3cc adalah tidak sama dibandingkan harga insuran kereta 1.6cc.

Walaupun sewaktu anda membayar pada harga insuran kereta 1.6 lebih murah, sila semak semula beberapa kali dalam polisi insuran yang tertera pada cc enjin kereta anda betul sama ada 1597cc, 1598cc, 1599cc mahupun 1600cc.

1. Harga insuran kereta waja 1.6

Berikut merupakan harga insuran kereta waja 1.6 sekiranya anda membelinya secara secondhand :

Tahun 1NCDMarket ValueHarga insuran kereta Waja 1.6
125%RM12,000RM450-RM470
230%RM11,000RM410-RM430
338.33%RM10,000RM370-RM400
445%RM9,000RM300-RM350
555%RM8,000RM270-RM290

Harga insuran kereta waja 1.6 merupakan harga anggaran sekiranya anda membelinya secara secondhand yang berada di pasaran.

Harga anggaran tersebut merupakan dari harga insuran kereta first party sekiranya umur kereta waja 1.6 anda di bawah 25 tahun.

Tidak semua syarikat insuran boleh menawarkan harga insuran kereta first party kepada kereta 15 tahun hingga 25 tahun. Majoriti syarikat insuran akan menawarkan harga insuran kereta third party sahaja kepada kereta waja 1.6 kerana faktor umur kereta tersebut.

Namun, hanya segelintir syarikat insuran yang menawarkan harga insurans kereta first party untuk kereta waja 1.6 dengan beberapa syarat yang agak ketat terutamanya umur kereta di bawah 25 tahun paling maksimum.

2. Harga insurans kereta persona 1.6

Harga insuran kereta persona 1.6 pula adalah bergantung kepada 2 jenis model iaitu model persona pertama dan proton persona vvt paling terbaru.

Yang membezakan kedua model proton persona ini adalah seperti berikut :

  1. Market value kereta persona 1.6
  2. Tahun kereta proton persona 1.6
  3. NCD pemilik kereta persona 1.6

Ketiga-tiga ciri di atas yang menjadi penentu kepada harga insurans kereta persona 1.6.

Untuk mendapatkan harga roadtax dan insurans kereta secara sepenuhnya, tambah harga roadtax kereta persona 1.6 bersama harga insuran kereta persona 1.6 anda.

Baca selanjutnya : Harga insuran kereta persona 1.6

4 thoughts on “Harga roadtax dan insurans kereta 1.6 cc : Rujukan mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *